Sir Alex Ferguson melakukan yang terbaik untuk menafikan sebarang keraguan mengenai kemampuan Manchester United memenangi Liga Perdana Inggeris dengan menegaskan pasukannya berada di landasan terbaik untuk kejayaan walaupun mencicirkan mata semasa seri 1-1 di Birmingham. Ferguson terdesak untuk merampas kembali kejuaraan liga dari Chelsea dan beliau akan memasuki Tahun Baru dengan United berada di kedudukan yang beliau fikir, menghantar amaran kepada pesaing-pesaing liga yang berada di belakang The Red Devils. "Saya fikir kami ada peluang memenangi liga. Ketika ini ada lima atau enam pasukan yang sedang bersaing" laung amaran pengurus United, Ferguson. "Saya sentiasa kata jika anda memasuki Tahun Baru di tempat pertama, maka Manchester United memang ada peluang besar." - (sumber dari wiselonline.com)
31 Disember 2010
AMARAN FERGUSON

29 Disember 2010
FERGIE PUAS WALAUPUN SEKADAR SERI
Sir Alex Ferguson mengakui dirinya puas biarpun pasukannya sekadar mencatat keputusan seri ketika kunjungan mereka ke St Andrews awal pagi tadi. United dan Birmingham City terikat 1-1 hasil jaringan lewat Lee Bowyer namun masih mengekalkan kedudukan mereka di puncak liga biarpun berkongsi mata dengan Manchester City kerana memiliki kelebihan jaringan serta baki dua perlawanan dalam tangan. Dalam perlawanan awal pagi tadi, skuad The Red Devils mendahului tuan rumah melalui jaringan Dimitar Berbatov di minit ke 58 sebelum Lee Bowyer menjaringkan gol penyamaan di penghujung permainan. Keputusan ini juga menyaksikan United mengumpul 38 mata dari 18 perlawanan, selain masih mengekalkan rekod tanpa kalah mereka musim ini. Ferguson turut optimis mengenai peluang United merampas semula kejuaraan Liga Perdana Inggeris dari Chelsea musim ini. "Kami memiliki peluang besar untuk muncul sebagai juara. Ketika ini ada lima atau enam pasukan yang memiliki potensi untuk bersaing. Saya selalu mengatakan, jika kami mengekalkan kedudukan di puncak liga pada tahun baru maka peluang untuk menjuarainya adalah besar", ujar Ferguson.
28 Disember 2010
NANI DAN ANDERSON SANDARAN UNITED
LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11
BIRMINGHAM CITY lwn MANCHESTER UNITED
(St Andrews Ground, 29 Disember 2010 jam 04.00 pagi)
Sir Alex Ferguson berharap pemain sayapnya, Nani dapat diturunkan ketika United berkunjung ke St Andrews Ground bagi menghadapi Birmingham City dalam satu lagi jadual ketat musim Krismas Liga Perdana Inggeris awal pagi esok. Nani tidak diturunkan ketika United menang 2-0 ke atas Sunderland Ahad lalu akibat kerana kecederaan belakang namun pemain antarabangsa Portugal itu diberitakan semakin pulih dan sedia diturunkan di St Andrews nanti. "Situasi Nani semakin baik jika dibandingkan dengan beberapa hari lalu, jadi saya rasa dia seharusnya boleh diturunkan ketika menentang Birmingham nanti", kata Ferguson kepada MUTV. Ferguson mengakui jadual perlawanan musim perayaan Krismas memang meletihkan tambahan pula mereka juga kehilangan khidmat Park Ji-Sung yang menyertai Korea Selatan dalam kempen Piala Asia Januari ini dan Paul Scholes yang masih belum pulih dari kecederaan paha. United kini berada ditakhta liga dengan kelebihan dua mata dari pesaing terdekat, Arsenal yang menewaskan Chelsea 3-1 di Emirates pagi tadi.
Sementara itu penampilan terkini pemain tengah Brazil, Anderson jelas memberi harapan baru kepada misi United merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris dari Chelsea. Ferguson menggunakan Anderson di bahagian tengah sejak minit awal ketika United menang ke atas Sunderland Ahad lalu. Prestasi mantap yang dipamerkan Anderson turut menerima pujian dari Patrice Evra yang mengharapkan agar pemain berusia 22 tahun mampu mengekalkan prestasi baiknya. "Ando melakukan tugas dengan baik dan adalah penting dia tidak hanya bermain dengan baik untuk tiga atau empat perlawanan sahaja. Dia seharusnya bermain seperti ini setiap tahun kerana dia sememangnya berbakat", kata Evra. Menurut Evra, keyakinan kelab yang melanjutkan kontraknya selama empat tahun mungkin menjadi penyebab kebangkitan Anderson ketika ini. "Saya tidak terkejut dengan prestasi Ando kerana saya selalu percaya dengan kemampuan yang dimilikinya. Saya akan terus menyokongnya agar dia selalu mempamerkan aksi terbaiknya dalam setiap perlawanan", tambah Evra lagi.

23 Disember 2010
UNITED AKAN DIJUAL?
Masa depan Manchester United menjadi tidak menentu setelah seorang orang atasan kelab berkata Glazers akan menjual kelab itu. Pengarah bukan eksekutif Old Trafford, Mike Edelson mendedahkan: "Ia bukan rahsia lagi, sampai satu masa, keluarga itu akan menjual." Dan ini membuka pintu buat keluarga diraja Qatar, diketuai oleh Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani yang mensasarkan untuk membeli United dengan £1.5 billion. Komen Edelson merupakan tanda jelas pertama Glazers akan mendengar tawaran untuk United, yang kini dibebani dengan hutang besar. Setelah membeli gergasi Liga Perdana itu sebanyak £790 juta, 5½ tahun lalu, mereka dilihat akan menggandakan wang mereka. Sumber laporan dari bandar itu yakin Glazers bersedia untuk menjual selepas mereka melangsaikan £252 juta dari £752 juta hutang yang mereka bebankan kepada kelab itu. Sementara itu, seorang pakar bola sepak Timur Tengah berkata Qatar Holdings, sebuah saluran perniagaan keluarga diraja negara itu telah meninjau peluang untuk mengambil alih United. Sumber itu berkata: "Mereka telah mencuba sebelum ini namun kurang berjaya tetapi kali ini dilihat seperti mereka mungkin akan cuba habis-habisan. "Kini setelah mereka berjaya mendapatkan hak Piala Dunia 2022, negara itu mahu mengembangkan pengaruhnya dalam bola sepak ke seluruh dunia." Keluarga diraja Qatar mempunyai aset lebih kurang £40 billion dan minggu lalu menjadi penaja pertama jersi Barcelona dalam perjanjian berjumlah £125 juta. (sumber dari Wiselonline.com) |
20 Disember 2010
FERGUSON MAHU ANDERSON JARINGKAN GOL
Sir Alex Ferguson mahukan agar pemain tengah dari Brazil, Anderson yang baru menandatangani lanjutan kontrak empat tahun di Old Trafford menjaringkan lebih banyak gol buat United. Khabar angin sebelum ini yang menyebut Anderson bakal meninggalkan United kerana mahu kembali semula ke Porto akhirnya bersetuju untuk terus berada di Old Trafford sehingga 2014. Selepas pulih dari kecederaan ligamen, Anderson meraikan kepulangannya ke pangkuan pasukan dengan menjaringkan gol penyamaan ketika United seri dengan Valencia 1-1 dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah 8 Disember lalu. Penampilan terkini pemain berusia 22 tahun itu yang mendominasi bahagian tengah United nyata melegakan Ferguson.
Anderson membuktikan dia masih pemain berharga buat Red Devils apabila memainkan peranan penting menjana bahagian tengah ketika United menumpaskan Arsenal minggu lalu. Walau bagaimanapun Anderson dilihat masih kurang keyakinan untuk menjaringkan gol, dan jaringannya ketika bertemu Valencia adalah gol keduanya sejak berhijrah dari Porto. Menurut Ferguson, Anderson boleh menjadi pemain yang hebat namun pemain muda Brazil itu harus memperbaiki kelemahannya dalam menghasilkan gol. "Anderson baru berusia 22 tahun dan dia merupakan pemain kami yang sedang meningkat. Saya percaya dia berkemampuan untuk melakukannya", ujar Ferguson.

19 Disember 2010
PERLAWANAN CHELSEA-UNITED DITUNDA
Perlawanan membabitkan Manchester United sekali lagi ditunda akibat cuaca buruk di London. Dua minggu lalu perlawanan Blackpool-United juga ditunda kerana salji tebal hingga menyebabkan padang beku. Jurucakap Chelsea mengesahkan bahawa perlawanan tidak dapat dilangsungkan kerana salji tebal dan beberapa perlawanan Liga Perdana Inggeris lain membabitkan beberapa pasukan juga terpaksa dibatalkan kerana cuaca buruk. Walaupun petugas-petugas bertungkus lumus memastikan keadaan padang boleh digunakan untuk perlawanan ini namun mereka akhirnya akur dengan cuaca buruk yang melanda London ketika ini mengagalkan usaha mereka. Selepas pemeriksaan dibuat, pengadil Mike Jones telah meminta agar perlawanan tersebut ditunda.
18 Disember 2010
FERGUSON: SIR MATT BUSBY TIADA PENGGANTI
Sir Alex Ferguson yang bakal melepasi rekod Sir Matt Busby sebagai pengurus paling lama di Old Trafford menjelang pertembungan dengan Chelsea di Stamford Bridge esok menegaskan bahawa tiada sesiapun termasuk dirinya boleh menggantikan lagenda Old Trafford itu. Saat pertembungan dengan Chelsea esok, Ferguson bakal mencatat 8,811 hari sebagai pengurus United. Perlawanan ini juga bakal menyaksikan Ferguson menguruskan United lebih satu perlawanan berbanding Busby. "Catatan sudah tersimpan rapi di bank memori. Saya fikir Sir Matt Busby akan terus berada di situ untuk selamanya. Dia memulakannya ketika perang berakhir dan cemerlang menjuarai Piala Eropah (ketika ini Liga Juara-Juara) pada tahun 1968", ujar Ferguson.
"Tentu sahaja ini sangat emosional. Beliau membina semula pasukan selepas tragedi Munich, tetapi saya tidak mempunyai semua itu. Ini adalah alasan mengapa dia akan selalu diingati selamanya", tambah Ferguson lagi. Selain dari pencapaian, Ferguson juga tidak mahu disamakan dengan Busby yang mempunyai karekter lebih tenang berbanding dirinya. "Dia lebih tenang jika dibandingkan dengan saya. Saya inginkan semua pemain hebat kami tetap berada di kelab dengan fungsi tugas yang berbeza. Kami mempunyai Sir Bobby Charlton sebagai pengarah dan begitu juga dengan Sir Matt. Hanya orang-orang seperti mereka yang memahami dimensi Manchester United".
11 Disember 2010
FERGIE GEMBIRA SEMUA PEMAIN UTAMANYA CERGAS
LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11
MANCHESTER UNITED lwn ARSENAL
(Old Trafford, 14 Disember 2010 jam 04.00 pagi)
Sir Alex Ferguson menerima khabar gembira dari pasukan perubatannya menjelang pertembungan dengan Arsenal di Old Trafford 14 Disember ini apabila Rio Ferdinand, Patrice Evra dan Paul Scholes disahkan cergas untuk diturunkan. Ferdinand yang gagal menamatkan permainan ketika pertemuan dengan Valencia Rabu lalu akibat ketengangan hamstring bakal digandingkan semula dengan Nemanja Vidic di benteng tengah United. Pertahanan England itu yang kecergasannya diragui untuk menghadapi perlawanan ini diberitakan telah pulih dari masalah hamstring. Paul Scholes juga memberikan khabar gembira apabila dia yang tidak bermain selepas pertemuan dengan Glasgow Rangers hujung bulan lalu disahkan cergas dan sudah mula menjalani latihan penuh bersama pasukan. Sementara itu pertahanan kiri United, Patrice Evra yang tidak diturunkan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara juga bakal memperkuatkan kembali pasukan. Selain dari ketiga-tiga pemain ini yang sudah kembali bersama pasukan, situasi Wes Brown dan Jonny Evans yang sebelumnya diserang virus juga kini beransur pulih.
Dengan kembalinya pemain-pemain utamanya ke dalam pasukan, Ferguson kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam menentukan kesebelasan utamanya dalan perlawanan dengan Arsenal nanti. Ferguson bakal menggunakan perlawanan ini untuk memintas kembali kedudukan Arsenal di tangga teratas selepas United tidak bermain akibat masalah cuaca buruk di Blackpool minggu lalu. Kemenangan ke atas anak-anak buah Arsene Wenger ini juga bakal menyaksikan mereka menjarakkan kedudukan di tangga teratas liga menjelang Krismas nanti di samping memiliki kelebihan satu perlawanan. "Kami cukup yakin semua pemain cergas sepenuhnya dan sudah bersedia menghadapi perlawanan ini", ujar Ferguson. "Paul Scholes sudah kembali berlatih manakala Jonny Evans dan Wes Brown yang diserang virus semakin pulih. Mereka berdua juga sudah kembali berlatih. Ini merupakan berita bagus buat pasukan dan saya gembira semua pemain utama kami cergas menjelang perlawanan penting nanti", tambah Ferguson lagi. Untuk rekod, United sudah memenangi tujuh perlawanan di tempat sendiri dengan West Bromwich Albion menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mengikat United di Old Trafford.

08 Disember 2010
KAMI SEHARUS MENJARINGKAN LEBIH BANYAK GOL
Sir Alex Ferguson menyaksikan pasukannya membazirkan sejumlah besar peluang ketika menentang Valencia di Old Trafford dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi. United mengesahkan kedudukan mereka sebagai juara Kumpulan C selepas berjaya mengikat kelab dari Sepanyol itu dengan keputusan 1-1. Kedudukan sebagai juara kumpulan penting dan menjadi rebutan kedua-dua pasukan bagi mengelakkan mereka dari bertembung dengan pasukan-pasukan pilihan di peringkat kalah mati nanti. Bagaimanapun Ferguson tetap berpuashati dengan persembahan pemain-pemainnya terutama di babak kedua perlawanan. United ketinggalan hasil jaringan Pablo Hernandez di babak pertama akibat kesilapan Michael Carrick dalam cubaannya menghantar bola kebelakang.
Di babak kedua, pemain tengah Brazil, Anderson berjaya mengikat kedudukan diminit ke-62 selepas berjaya memanfaatkan bola lantunan dari rembatan Park Ji Sung. Dimitar Berbatov sebenarnya memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol tapi gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh penyerang Bulgaria itu. "Kami telah mencipta beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan pada keseluruhannya kami bermain dengan baik. Lima minit selepas kami berjaya menjaringkan gol penyamaan, ada beberapa peluang yang kami perolehi. Kami seharusnya menjaringkan dua atau tiga gol lagi selepas itu terutamanya dari Berbatov", ujar Ferguson. Gol dari Hernandez itu juga memusnahkan harapan United untuk mencipta rekod sebagai satu-satunya pasukan yang tidak dibolosi dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
07 Disember 2010
OWEN TAK DITURUNKAN KETIKA HADAPI VALENCIA
LIGA JUARA-JUARA EROPAH 2010/11
MANCHESTER UNITED lwn VALENCIA CF
(Old Trafford, 8 Disember 2010 jam 03.40 pagi)
Penyerang veteran Manchester United, Michael Owen tidak akan diturunkan ketika skuad Red Devils menanti kunjungan Valencia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok. Meskipun sudah mula menjalani latihan bersama pasukan, Ferguson tidak mahu mengambil risiko menurunkan bekas penyerang antarabangsa England itu dalam perlawanan ini. Owen yang baru pulih dari kecederaan hamstring dilihat masih belum bersedia sepenuhnya untuk bermain dalam perlawanan kompetetif. Atas faktor itulah, Ferguson mengenepikan Owen dari senarai pasukan. "Tidak ada peluang bagi Michael untuk masuk ke dalam skuad. Dia sudah kembali berlatih sejak pertengahan minggu lalu, namun kami harus memastikan dia sudah bersedia sepenuhnya. Dia perlu berlatih sekurang-kurangnya dua minggu atau lebih", ujar Ferguson. "Kami tidak mahu mengambil risiko kerana kali terakhir dia cedera adalah disebabkan kesilapan kami", tambah Ferguson lagi. Meskipun kedua-dua pasukan sudah layak ke pusingan seterusnya, perlawanan ini dilihat begitu penting bagi menentukan pasukan mana yang akan muncul juara kumpulan sekaligus boleh mengelakkan mereka dari bertembung dengan Barcelona atau Real Madrid di pusingan 16 pasukan nanti. United hanya memerlukan keputusan seri dari perlawanan ini untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai juara Kumpulan C.
04 Disember 2010
PERLAWANAN BLACKPOOL - UNITED DITUNDA
01 Disember 2010
PIALA CARLING: UNITED TERSINGIR DI SUKU AKHIR
Klik pada wajah di foto untuk menanda mereka. |
Manchester United selaku juara bertahan Piala Carling tersingkir di pusingan suku akhir selepas skuad The Red Devils tewas 0-4 kepada West Ham di Upton Park. Walaupun skuadnya gagal mempertahankan trofi yang mereka menangi dua musim berturut-turut itu, Sir Alex Ferguson tidak mahu terlalu kecewa dengan situasi itu. Menurut Ferguson, pemain muda yang diturukannya masih kurang berpengalaman dan dia juga percaya, kekalahan itu akan menjadikan mereka bertambah kuat. "Kami sering memperolehi sesuatu yang baik selepas setiap kegagalan. Pemain-pemain muda kami harus menghadapi ujian. Beberapa tahun lalu kami tewas kepada Coventry dan selepas itu mereka belajar dari kegagalan tersebut", ujar Ferguson. Ferguson tidak menurunkan sepuluh pemain dari skuad yang menang besar ke atas Blackburn Rovers minggu lalu dengan Anderson menjadi satu-satunya pemain yang kekal. Jonathan Spector dan Carlton Cole masing-masing menyumbangkan dua gol untuk membawa skuad kendalian Avram Grant itu ke peringkat separuh akhir. "West Ham bermain dengan baik dan mereka mampu mengatasi tekanan disamping menerima sokongan padu peminat manakala pemain muda kami pula banyak melakukan kesilapan" tambah Ferguson lagi.
Langgan:
Catatan (Atom)