31 Oktober 2010
UNITED KEKAL REKOD TANPA KALAH
30 Oktober 2010
UNITED TEKAD PERTAHANKAN REKOD
LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11
MANCHESTER UNITED lwn TOTTENHAM HOTSPURS
(Old Trafford, 31 Oktober 2010 jam 12.30 mlm)
28 Oktober 2010
CHICHARITO BUKTI FERGUSON BIJAK MENILAI BAKAT MUDA
25 Oktober 2010
FERGUSON PUAS UNITED CATAT KEMENANGAN DI GELANGGANG LAWAN
"Kami menguasai permainan tetapi apa yang penting ialah pemain mampu bangkit selepas gol penyamaan itu. Mereka memang pasukan yang tidak mudah menyerah kalah, itu yang menyebabkan kami berkualiti", kata Ferguson. Ferguson turut memuji penyokong-penyokong United yang disifatkannya cukup fantastik. "Sikap penyokong cukup fantastik dan reaksi pemain juga cukup luar biasa. Gol minit akhir seperti itu memang sering dilakukan United sejak bertahun-tahun dan pastinya membangkitkan reaksi luar biasa penyokong", tambah Ferguson lagi. Menurut Ferguson, pasukannya bakal memasuki fasa penting menjelang Krismas dan tahun baru sambil berharap anak-anak buahnya akan memaksimakan setiap peluang yang ada bagi mengejar pendahulu ketika ini, Chelsea.
24 Oktober 2010
FERGUSON AKUI MENYESAL JUAL SHAWCROSS
STOKE CITY lwn MANCHESTER UNITED
(Stadium Britannia, 24 Oktober 2010 jam 09.00 mlm)
23 Oktober 2010
FERGUSON: KINI MASANYA UNTUK BANGKIT
"Saya selalu dapat merasakan kualiti yang ada pada diri seseorang ketika mereka menyatakan mereka menyesal dan meminta maaf. Tugas kami seterusnya ialah melupakan perkara ini dan mengembalikan semula Wayne Rooney di padang", tambah Ferguson lagi. Walaupun masih terdapat spekulasi tentang hubungan Ferguson-Rooney oleh media-media di England sedangkan mereka berdua kini telah berdamai, Ferguson segera menyanggah perkara itu. "Tidak terdapat masalah antara saya dan pemain. Kami sedang melakukan apa yang terbaik untuk Manchester United", ujar Ferguson lagi. "Kami memiliki masalah yang lebih penting selepas ini bermula dengan menentang Stoke City. Kami ketinggalan di belakang Chelsea dan kami harus mengejar mereka dengan pantas. Perkara ini hanya boleh dilakukan bila semua orang bersatu. Selepas itulah baru kami dapat menunjukkan siapa sebenarnya Manchester United", tegas Ferguson. Sementara itu Rio Ferdinand juga cukup lega dengan berita yang Rooney akan terus kekal bersama United. "Saya memang tak pernah ragu bahawa Wazza adalah pemain United untuk sekarang dan akan datang. Tidak boleh dibayangkan dia bermain untuk kelab lain, apatah lagi di Liga Perdana", kata Ferdinand.
21 Oktober 2010
FERGIE: 1-0 SUDAH MEMADAI
20 Oktober 2010
LIGA JUARA-JUARA: UNITED TURUN TANPA ROONEY
LIGA JUARA-JUARA EROPAH 2010/11
MANCHESTER UNITED lwn BURSASPOR
(Old Trafford, 21 Oktober 2010 jam 02.40 pagi)
Ferguson sempat mengingatkan penyokong United bahawa kelab mampu mencipta dan tidak terlalu bergantung kepada pemain bertaraf bintang seperti Rooney. "Saya ingin mengingatkan penyokong agar terus mempercayai kami. Jika anda melihat sejarah kelab ini dalam tempoh 50 tahun terakhir, jumlah trofi yang dimenangi, penghargaan dan penghormatan yang diterima dari seluruh dunia telah membuktikan segalanya", kata Ferguson. "Kami melahirkan pemain hebat, lebih banyak dari mana-mana kelab Inggeris. Ini merupakan sesuatu yang fantastik dan harus diingati. Adakalanya kami juga mengalami detik-detik sukar seperti musim lalu dimana kami hampir-hampir mencatat sejarah sebagai kelab pertama memenangi trofi Liga Perdana sebanyak empat kali berturut-turut. Namun kami hanya tewas satu mata kepada Chelsea dan ini membuktikan bahawa kami masih lagi sebuah pasukan yang bagus", tambah Ferguson lagi merujuk kepada pemergian Cristiano Ronaldo musim lalu. Menurut Ferguson apa yang penting ketika ini ialah mengambil langkah seterusnya dan dengan struktur yang dimiliki pasukan Ferguson percaya United akan kembali ke landasan sebenar.
18 Oktober 2010
ROONEY SEMAKIN HAMPIRI PINTU KELUAR
Konflik antara Ferguson dan Rooney terus memuncak apabila dia sekadar diletakkan Ferguson di bangku simpanan ketika United menerima kunjungan West Bromwich Albion Sabtu lalu. Jika situasi ini terus berlaku ketika United berhadapan dengan Bursaspor dalam perlawanan Liga Juara-Juara Rabu nanti, kesimpulan boleh dibuat bahawa konflik antara keduanya memang sedang meruncing. Ketika ini pun sudah ada suara-suara yang mahukan agar Rooney meninggalkan United, tambahan pula selepas mengambilkira Rooney sudah memenangi semua gelaran utama bersama United. Kini adalah masa yang cukup sesuai buat penyerang antarabangsa England itu menikmati angin baru bersama kelab lain. Setiap pemain memang memerlukan sokongan dari individu di sekelilingnya untuk bersinar namun situasi ketika ini memang tidak berpihak kepada Rooney. Walaupun sebelumnya Rooney begitu tegas menyatakan bahawa dia mahu menamatkan karier bersama United tetapi situasi kini berubah dengan begitu drastik. Ketika ini Real Madrid dilihat kelab yang begitu ideal jika Rooney mahu berpindah. Walaupun minat yang tinggi telah ditunjukkan Manchester City yang juga merupakan musuh setempat United, pemerhati yakin Rooney tidak akan dijual kepada City. Apapun kini keputusan sama ada mahu kekal atau tidak terletak sepenuhnya di tangan Rooney.
17 Oktober 2010
FERGIE KECEWA SELEPAS DIIKAT ALBION
Pelawat bagaimanapun hanya memerlukan 4 minit selepas babak kedua bersambung untuk merapatkan kedudukan apabila Patrice Evra tertampan bola ke gawang sendiri hasil sepakan percuma Chirs Brunt. Lima minit kemudian Edwin Van Der Sar melakukan kesilapan mudah apabila gagal menangkap kemas bola sepakan lambung Chris Brunt dari sebelah kiri. Bola yang muntah dari dakapan Van Der Sar mudah ditolak masuk Somen Tchoyi di gawang terbuka untuk mengikat kedudukan hingga keakhir perlawanan. Ferguson bagaimanapun enggan meletakkan kesalahan di bahu Van Der Sar hingga membolehkan pelawat menyamakan kedudukan sekaligus meyaksikan United mencatat keputusan seri kelima mereka musim ini. "Saya tidak tahu mengapa perkara itu boleh berlaku. Kesilapan itu mungkin terjadi sekali dalam hidupnya. Mungkin kali terakhir dia melakukan kesilapan itu ketika masih di sekolah rendah" kata Ferguson lagi. Keputusan ini juga menyaksikan United gagal meneruskan rekod seratus peratus kemenangan mereka di gelanggang sendiri selepas membenam Newcastle United, West Ham dan Liverpool. Bagaimanapun mereka mencatat empat keputusan seri di Fulham, Everton, Bolton Wanderers dan Sunderland untuk meletakkan mereka di tangga ketiga ketika ini.
16 Oktober 2010
MISI PENTING UNITED DI OLD TRAFFORD
LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11
MANCHESTER UNITED lwn WEST BROMWICH ALBION
(Old Trafford, 16 Oktober 2010 jam 10.00 mlm)
Disamping itu Albion juga berkemungkinan besar turun tanpa penggempur harapan mereka, Peter Odemwingie serta Jerome Thomas yang masih diragui tahap kecergasannya. United akan kehilangan sentuhan Ryan Giggs akibat masalah hamstring dan Luis Antonio Valencia yang berehat lama akibat patah pergelangan kaki. Disamping itu Owen Hargreaves yang diberitakan telah mendapat lampu hijau dari pasukan perubatan United untuk bermain masih belum pasti diturunkan. Tumpuan pastinya terarah kepada Wayne Rooney yang agak hambar ketika England berkongsi mata dengan Montenegro di Wembley, Rabu lalu. Bukan saja sentuhannya yang masih tumpul, khabar angin pergeseran antaranya dengan Ferguson yang tersebar sejak beberapa hari lalu pastinya menjadikan Rooney pemain yang bakal meraih tumpuan malam ini. Jika diturunkan Ferguson, Rooney harus membuktikan kepada peminat bahawa dia masih penggempur terbaik di England ketika ini sekaligus mengembalikan semula kepercayaan semua pihak kepadanya.
05 Oktober 2010
CARRICK MAHU TERUS KEKAL DI OLD TRAFFORD
03 Oktober 2010
FERGUSON AKUI KEHEBATAN SUNDERLAND
02 Oktober 2010
NASIB ROONEY MASIH MENJADI TANDATANYA
SUNDERLAND lwn MANCHESTER UNITED
(Stadium of Light, 2 Oktober 2010 jam 10.00 mlm)
Ryan Giggs percaya prestasi malap yang dipamerkan Wayne Rooney ketika ini hanyalah bersifat sementara. Giggs percaya Rooney yang menjadi sandaran United mengegar gawang lawan musim lalu bakal kembali semula keprestasi terbaiknya dalam masa terdekat. Rooney yang menjadi perhatian ramai selepas skandal seksnya bersama seorang pelacur terbongkar agak tenggelam diawal musim Liga Perdana Inggeris selepas hanya meledak satu gol dalam enam perlawanan buat United. Walaupun pada mulanya mengatakan bahawa dia tidak terjejas dengan skandal itu, prestasi penyerang antarabangsa England itu berada di bawah tahap sebenar dan kecederaan pergelangan kaki ketika menentang Bolton minggu lalu memburukan lagi keadaannya. Menurut Giggs hanya satu cara saja untuk Rooney mengatasi masalahnya, iaitu turun kepadang dan berlatih.