Dua
gergasi bolasepak England, Manchester United dan Arsenal diberitakan akan bersaing
mendapatkan khidmat pemain tengah Borussia Dortmund, Mario Goetze musim panas
akan datang. Menurut berita-berita yang diterbitkan media di Jerman, Die Borussen sudah meletakkan klausa
pelepasan kepada kontrak Goetze bernilai 30 juta Euro sekaligus memberikan
lampu hijau kepada mana-mana kelab yang berminat mendapatkan khidmat pemain
berusia 20 tahun itu. Arsene Wenger memang sudah lama dikaitkan dengan minat
mendalamnya terhadap Goetze namun Dortmund tidak mahu melepaskan perancang
tengah itu musim panas lalu selepas mereka kehilangan Shinji Kagawa kepada
Manchester United. Bagi United pula, Sir Alex Ferguson dijangka melepaskan
Ashley Young dan Nani Januari ini selepas aksi tidak menentu yang dipamerkan
kedua-dua pemain sayap itu sejak kebelakangan ini. Dana hasil penjualan Young
dan Nani bakal digunakan Sir Alex untuk membawa keluar Goetze dari
Westfalenstadion. Selain United dan Arsenal, gergasi La Liga, Real Madrid turut
meletakkan perancang tengah yang diiktiraf sebagai antara bakat terbaik di
Eropah ketika ini dalam sasaran mereka. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
29 November 2012
FAKTOR RVP BAKAL BANTU UNITED MENANG KEJUARAAN - BIG SAM
Bos
West Ham, Sam Allardyce percaya penyerang Manchester United, Robin Van Persie
akan memainkan peranan besar dalam usaha The
Red Devils memburu kejuaraan liga ke-20. Selepas menyaksikan bekas
penyerang Arsenal itu meledak gol kesembilan dalam saingan liga musim ini, Big
Sam mengakui faktor Van Persie akan memberikan perbezaan kepada United
berbanding pencabar-pencabar gelaran yang lain. Van Persie sudah mengumpul 12
gol dalam semua kejohanan setakat ini pada musim pertamanya bersama United,
membolosi gawang The Hammers ketika
permainan baru berlangsung 32 minit sekaligus meletakkan United kekal selaku
pendahulu liga ketika saingan memasuki minggu ke-14. Saingan sengit dua kelab
Manchester tampak akan berulang lagi musim ini selepas masing-masing mencatat
kemenangan awal pagi tadi, manakala pencabar lain seperti Chelsea dan Arsenal
semakin jauh ketinggalan. “Manchester United mempunyai ramai pemain berkualiti
yang boleh memberikan sumbangan ketika pasukan memerlukan mereka. Robin Van
Persie adalah antara pemain berkualiti yang ada dalam pasukan mereka. Saya
fikir dia mungkin akan menjaringkan 30 gol musim ini sekaligus memberikan
perbezaan buat United berbanding pencabar lain”, kata Allardyce. Big Sam boleh
mengambil banyak pengajaran setiap kali kunjungannya ke Old Trafford sejak
kekalahan 1-7 Blackburn Rovers yang dikendalikannya dua tahun lalu. Selepas Van
Persie meledak gol awal, kebimbangan melanda Allardyce bahawa perkara sama
bakal berulang sekali lagi.
Pengendali
berpengalaman itu akhirnya menarik nafas lega apabila gol Van Persie menjadi
gol tunggal perlawanan dan mungkin juga Big Sam boleh mengharapkan pasukannya
memperolehi keputusan lebih baik dalam perlawanan ini selepas Carlton Cole
membazirkan beberapa peluang keemasan. Bagi Sir Alex pula, meskipun pasukannya meraih
tiga mata penuh dan berjaya mengekalkan kedudukan selaku pendahulu liga, beliau
kurang berpuashati dengan prestasi anak-anak buahnya. Sir Alex menggunakan
formasi berlian dalam perlawanan ini tetapi United yang menampilkan tiga
penyerang gagal menembusi gawang pelawat selepas gol awal Van Persie. “Kami
memulakan perlawanan dengan hebat. Anda tentunya berharap akan memulakan
perlawanan seperti itu (menjaringkan gol awal) tetapi kami akhirnya menamatkan
perlawanan dengan keputusan yang kurang memberangsangkan. Apa yang penting kami
mendapat tiga mata dan masih berada di tangga teratas”, kata Sir Alex. Berbeza
dengan Big Sam yang memberikan pujian kepada Van Persie, Sir Alex sebaliknya
melihat penampilan pemain pertahanannya, Rafael da Silva sebagai cukup
cemerlang. Rafael sudah melakukan 19 penampilan dalam semua kejohanan musim ini
dan antara pemain United yang cukup konsisten setakat ini. “Ini adalah malam
yang cemerlang buatnya (Rafael). Dia datang ke sini ketika masih kanak-kanak
dan sudah berada dalam skuad utama pada usia 17 atau 18 tahun. Sudah pasti remaja
yang penuh semangat sepertinya melakukan beberapa kesilapan tetapi dia semakin
matang dan belajar dari kesilapannya”, sambung Sir Alex lagi. Glory Glory
Manchester United!!! – A.J
TIP DARI LAGENDA
Lagenda
Manchester United, Sir Bobby Charlton memberikan sokongan kepada Wayne Rooney
untuk memecahkan rekod beliau sebagai penjaring terbanyak skuad kebangsaan
England. Charlton menjaringkan 49 gol dari 106 penampilan untuk skuad The Three Lions di hadapan Gary Lineker
yang menjaringkan 48 gol, Jimmy Greaves (44 gol) dan Michael Owen (40 gol),
manakala Rooney pula ketika ini berada dikedudukan kelima dengan 32 gol dari 78
penampilan. Pada usia 27 tahun, Rooney dilihat mampu bermain untuk England sekurang-kurang
lima atau enam tahun lagi dan Charlton percaya, semangat yang ada dalam diri
Rooney setiap kali beraksi di atas padang membolehkan penyerang Manchester
United itu bermain dalam tempoh lebih panjang. “Wayne mempunyai semangat dan
bakat untuk melakukannya. Dia mampu melakukannya (mengatasi rekod jaringan
Charlton) dan saya akan berasa sangat gembira jika dia berjaya kerana saya
sukakan Wayne”, beritahu Charlton ketika ditemubual akhbar The Sun. “Saya sering berbual dengannya setiap minggu dan dia adalah
seorang pemuda yang baik yang suka pada permainan dan mahu menjadi yang
terbaik. Saya mempunyai banyak masa ketika bercakap dengannya dan dia adalah
pendengar yang baik. Saya pernah berkata kepadanya, `Bolehkah saya memberikan
kamu tip yang boleh membantu kamu ketika perlawanan? Kamu jangan takut
melakukan percubaan. Apabila kamu mempunyai peluang, lepaskan saja rembatan
sekuat yang kamu boleh”, kata Charlton lagi. Menurut Charlton, selepas
memberikan tip tersebut kepada Rooney, penyerang itu berjaya menjaringkan gol
ketika bertemu Hull City keesokkan harinya. Rooney menjaringkan tiga gol untuk
skuad kebangsaan ketika saingan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang San Marino dan Poland pada bulan Oktober yang lalu sekaligus berjaya melepasi angka 30 gol.
Glory Glory Manchester United!!! – A.J
REVIEW: MENANG KE ATAS HAMMERS, UNITED KEKAL PENDAHULU
Dua
kelab Manchester menguasai tangga teratas Liga Perdana selepas mencatat
kemenangan perlawanan masing-masing awal pagi tadi. Manchester United kekal
selaku pendahulu liga dengan 33 mata selepas berjaya menewaskan West Ham 1-0,
manakala Manchester City pula berada di tangga kedua dengan 32 mata. Seperti
yang dijangka, Sir Alex Ferguson meletakkan Anderson dalam kesebelasan utama
selepas pemain itu mempamerkan aksi baik ketika berdepan QPR Sabtu lalu. Pemain
Brazil itu membentuk formasi tiga pemain di bahagian tengah bersama-sama
Michael Carrick dan Tom Cleverley manakala Javier Hernandez, Wayne Rooney dan
Robin Van Persie pula berada di barisan hadapan. United seolah-olah bakal
berpesta gol selepas Van Persie meletakkan mereka di depan ketika permainan
baru berlangsung 33 saat. Gol itu meletakkan Van Persie selaku pemegang rekod
penjaring gol terpantas musim ini mengatasi catatan Theo Walcott (52 saat)
ketika berdepan Everton. Di minit ke-11, West Ham hampir menyamakan kedudukan namun
percubaan Kevin Nolan sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol United. Enam minit kemudian giliran Hernandez pula menguji
Jussi Jaaskelainen namun rembatan pemain itu melambung ke sebelah kiri gawang
lawan.
Hernandez terus memberikan tekanan kepada benteng pelawat menerusi percubaan
tepatnya ke arah gawang lawan di minit ke-28, namun rembatan itu berjaya
ditepis keluar Jaaskelainen. Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan saling
berbalas serangan terutamanya pada 30 minit terakhir perlawanan ketika pelawat
ghairah memburu gol penyamaan. Minit ke-67, Hernandez hampir melebarkan
kelebihan United namun bola hantaran dari Rafael da Silva yang dikuisnya
melebar ke sebelah kiri pintu gol lawan. Tujuh minit berselang Carlton Cole
memperolehi peluang terbaiknya selepas dimasukkan menggantikan Andy Caroll
(minit ke-63). Bagaimanapun tendangan menerusi kaki kanan bekas penyerang
antarabangsa England itu yang menerima hantaran Winston Reid berjaya di
patahkan Lindegaard. Biarpun pelawat menggandakan usaha di penghujung permainan
bagi mencari gol penyamaan, mereka gagal menembusi benteng pertahanan United
yang diterajui Jonny Evans, Chris Smalling, Rafael da Silva dan Patrice Evra.
Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Statistik
Perlawanan:
Gol:
1 – 0
Sepakan
Sudut: 5 – 5
Percubaan
Tepat: 13 – 3
Percubaan
Tersasar: 10 – 6
Kekasaran:
7 – 8
Offside:
2 – 1
Kad
Kuning: 1 – 1
Kad
Merah: 0 – 0
Penguasaan
Bola: 52% - 48%
28 November 2012
PREVIEW: MANCHESTER UTD lwn WEST HAM
West
Ham akan berkunjung ke Old Trafford buat pertama kali sejak musim 2010/11 dan
kesempatan ini perlu digunakan The Red
Devils untuk menjarakkan lagi kedudukan mereka di tangga teratas liga.
Dengan Manchester City yang akan berdepan Wigan Athletic di gelanggang lawan
manakala Chelsea pula menerima kunjungan jiran London mereka, Fulham, United
berpeluang menjarakkan kedudukan selaku pendahulu liga jika menang awal pagi
esok. Skuad kendalian Roberto Martinez yang mendapat suntikan semangat selepas
berjaya meraih tiga mata penuh ketika bertemu Reading hujung minggu lalu mampu
melakukan kejutan ke atas City dalam perlawanan ini. Chelsea pula dijangka
berdepan tugas sukar selepas perlantikan Rafa Benitez sebagai pengendali baru
menggantikan tempat Roberto Di Matteo, di mana penyokong-penyokong mereka
sendiri sudah memberi jaminan bahawa Benitez akan sekali lagi berdepan cemuhan
sepertimana yang diterimanya ketika perlawananan menentang City, Ahad lalu. Selepas
dipaksa bekerja keras sebelum menang ketika berdepan Queens Park Rangers, tugas
utama United dalam perlawanan ini ialah mengelakkan gawang mereka dari terus
dibocori. Setakat ini United sudah dibolosi 18 kali dalam aksi liga manakala
lawan pula (The Hammers) memiliki statistik yang lebih baik
apabila gawang mereka dibolosi sebanyak 15 kali. United masih kekal tanpa
khidmat Antonio Valencia, Shinji Kagawa, Nani dan Nemanja Vidic tetapi Sir Alex
Ferguson memiliki empat pemain pertahanan tengah (Rio Ferdinand, Jonny Evans,
Phil Jones dan Chris Smalling) yang cergas sepenuhnya buat pertama kali musim
ini. Anderson muncul pemain yang bakal menjadi perhatian dalam perlawanan ini
selepas aksi baiknya ketika berdepan QPR tempohari.
Anderson
sangat luar biasa selepas dimasukkan ketika permainan berbaki 30 minit untuk
ditamatkan Sabtu lalu, tetapi pemain tengah itu perlu mengatasi masalah
kecergasan untuk meletakkannya pemain tetap dalam kesebelasan permulaan United. Jika
Anderson berjaya mengatasi masalah itu, tidak syak lagi bahawa dia adalah
pemain tengah sempurna yang dimiliki United. Sir Alex tidak perlu khuatir
dengan masalah kecederaan yang dialami beberapa tonggak utamanya selepas
melihat kualiti yang ada pada barisan pemain simpanannya. Selain Valencia,
Kagawa, Nani dan Vidic, Darren Fletcher yang menjaringkan gol kedua United
ketika berdepan QPR juga akan diketepikan kerana masalah usus yang berulang
manakala Paul Scholes pula digantung kerana sudah mengutip mata kesalahan maksimum
atas layangan-layangan kad kuning yang diterimanya. Bagi Hammers pula, Kevin Nolan adalah pemain paling menyerlah untuk
mereka setakat ini. Dengan sumbangan lima gol, Nolan merupakan penjaring
terbanyak buat skuad kendalian Sam Allardyce itu. West Ham yang kini berada di
tangga kelapan liga berharap mereka mampu mengulangi pencapaian menewaskan
United di Old Trafford sebanyak dua kali dalam sejarah Liga Perdana. Jack
Collison, Ricardo Vaz, Yossi Benayoun dan Alou Diarra antara pemain yang akan
diketepikan Allardyce dalam kunjungan ke Old Trafford kali ini selepas
masing-masing belum pulih dari kecederaan. West Ham kembali semula ke saingan elit
Liga Perdana dengan aksi baik yang mereka pamerkan setakat ini. Kekalahan 1-3 kepada
Tottenham Hotspurs minggu lalu pastinya membuatkan skuad Hammers lebih bernafsu untuk melakukan kejutan ke atas United
terutamanya menerusi gerakan-gerakan yang akan diilhamkan oleh Nolan nanti.
Jangan lupa juga kelibat pemain pinjaman mereka, Andy Carroll yang cukup
berbahaya ketika perebutan bola di udara. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Rekod
Lima Pertemuan Terakhir United/West Ham:
02
Apr 2011: West Ham (2) – Man Utd (4), Liga Perdana
01
Dis 2010: West Ham (4) – Man Utd (0), Piala Liga
28
Ogos 2010: Man Utd (3) – West Ham (0), Liga Perdana
24
Feb 2010: Man Utd (3) – West Ham (0), Liga Perdana
05
Dis 2009: West Ham (0) – Man Utd (4), Liga Perdana
Barisan
Kemungkinan United:
David
de Gea, Rafael da Silva, Rio Ferdinand, Jonny Evans, Patrice Evra, Anderson,
Michael Carrick, Tom Cleverley, Ashley Young, Robin Van Persie & Wayne
Rooney
Barisan
Kemungkinan West Ham:
Jussi
Jaaskelainen, George McCartney, Joey O’Brien, Winston Reid, James Tomkins, Mark
Noble, Kevin Nolan, Matt Jarvis, Mohamed Diame, Andy Carroll & Modibo Maiga
SPEKULASI PERPINDAHAN
TAARABT GANTI NANI?
Adel
Taarabt dilaporkan sudah bersedia meninggalkan Loftus Road ketika jendela
perpindahan Januari ini dibuka dengan Manchester United berminat mendapatkan
khidmat bintang antarabangsa Maghribi itu. Bos baru Queens Park Rangers, Harry
Redknapp yang melatih Taarabt semasa mereka bersama-sama di Tottenham Hotspurs
boleh mendapatkan dana tambahan yang diperlukannya hasil penjualan pemain itu
untuk membeli pemain baru bagi membentuk skuad yang diinginkannya. Adalah
dipercayai, kos untuk Manchester United memancing Taarabt ke Old Trafford ialah
sekitar 15 juta Pound dan selepas menyaksikan aksinya ketika QPR tewas 1-3
kepada United Sabtu lalu, Sir Alex diberitakan sudah menyediakan bayaran tunai
untuk mendapatkan pemain itu. Taarabt diharapkan akan menjadi pengganti buat
pemain antarabangsa Portugal, Nani yang nampaknya sudah bersedia untuk
meninggalkan Old Trafford Januari ini.
DEKKER SAHKAN MINAT UNITED
TERHADAP STROOTMAN
Agen
kepada pemain tengah PSV Eindhoven, Kevin Strootman mengesahkan bahawa
Manchester United sudah membuat pertanyaan berhubung pemain itu. Pemain
antarabangsa Belanda itu yang disebut-sebut akan mengambil alih tugas kapten
skuad Oranje telah dikaitkan dengan
banyak kelab termasuk United sepanjang musim panas ini walaupun tiada
pengesahan dari mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, semalam Chiel Dekker (agen
Strootman) telah mendedahkan bahawa dia sedang mencari jalan untuk membawa
pemain itu beraksi di Liga Perdana England dan Manchester United adalah antara
kelab yang menunjukkan minat terhadap pemain berusia 22 tahun itu. “Semua
kelab-kelab besar di Eropah tahun tentang Kevin, tetapi beraksi di England
adalah keutamaan buatnya. Memang benar, Manchester United sudah menghubungi
saya”, kata Dekker.
£15 JUTA UNTUK BAINES
Sir
Alex Ferguson mengalihkan perhatiannya kepada bek Everton, Leighton Baines
selepas mengakui mustahil untuk beliau membawa Ashley Cole keluar dari Stamford
Bridge. Menurut Daily Mail, Sir Alex pada
mulanya menjadikan Cole sasaran sebagai pengganti kepada Patrice Evra tetapi
bos baru Chelsea, Rafa Benitez mendedahkan bahawa bekas pemain Arsenal itu
akan menandatangani perjanjian baru untuk
terus kekal bersama kelab dari Barat London itu. Cole akan menjadi ejen bebas
musim panas hadapan dan pemain itu turut dikaitkan berminat menyertai Paris St
Germain yang dibimbing bekas Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti. Sir Alex perlu
mengakui bahawa beliau tidak mungkin boleh mendapatkan khidmat Cole dan kini
menggiatkan usahanya untuk memancing Baines pula. Everton dikatakan hanya akan menjalankan
urusniaga jika terdapat kelab yang sanggup membelanjakan £15 juta bagi khidmat
pemain itu. Baines merupakan antara tonggak utama The Toffees jadi David Moyes hanya akan melepaskan pemain itu pergi
jika ditawarkan dengan wang yang besar. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
27 November 2012
FOTHERBY TIDAK PERNAH MENYESAL LEPASKAN CANTONA KE OLD TRAFFORD
![]() |
| Bill Fotherby |
Semalam
(26 November) genaplah 20 tahun Eric Cantona menandatangani kontrak secara
rasmi bersama Manchester United tetapi mungkin juga ramai yang tidak tahu siapakah
sebenarnya individu yang bertanggungjawab `mengirim’ Cantona dari Leeds United ke
Old Trafford. Individu yang dimaksudkan ialah bekas Pengarah Urusan Leeds
United sendiri, Bill Fotherby. Kira-kira 20 tahun lalu, Fotherby menghubungi
Pengerusi Manchester United, Martin Edwards untuk bertanyakan tentang Denis
Irwin selepas kelabnya berdepan masalah kecederaan yang melanda bek mereka, Mel
Sterland. Daripada percubaan Leeds yang mahu mendapatkan khidmat Denis Irwin, perbualan
telefon antara Fotherby dan Edwards akhirnya bertukar kepada minat United
terhadap Eric Cantona. Cantona tiba di Elland Road dari kelab Perancis Nimes
pada bulan Januari 1992 atas cadangan yang diberikan Michel Platini kepada Pengurus
Leeds ketika itu, Howard Wilkinson. Biarpun baru semusim bersama Leeds, Cantona
berjaya membantu kelab Barat Yorkshire itu merangkul kejuaraan liga pada musim
1991/92. Kelibat Cantona bersama Leeds nyata menarik minat Sir Alex Ferguson
yang berhajat membawa pemain `bermasalah’ itu ke Old Trafford sehinggalah
perbualan telefon antara Fotherby dan Edwards membuka jalan untuk Cantona
menyertai The Red Devils. Cantona
akhirnya meninggalkan Elland Road untuk menyertai United dan membantu The Red Devils menang empat kejuaraan Liga
Perdana selepas itu hinggakan The King
diangkat penyokong-penyokong United sebagai lagenda di Old Trafford. Leeds yang
ditinggalkan Cantona berdepan masalah prestasi dan mereka tidak pernah pulih
selepas itu. Kekalahan 0-4 kepada United di Elland Road pada September 1996 di
mana Cantona turut menjaringkan salah satu gol mengakibatkan karier Wilkinson sebagai
Pengurus Leeds berakhir.
![]() |
| `King' Eric |
Fotherby
yang kini sudah berusia 81 tahun mengimbas kembali detik-detik awal ketibaan
Cantona di Elland Road. “Kami
mendapatkan Eric atas syor yang diberikan Michel Platini. Beliau (Platini)
memberitahu Howard (Wilkinson) bahawa sangat sukar menangani pemain seperti
Cantona tetapi dia mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemain yang hebat”,
kata Fotherby. Walau bagaimanapun menurut Fotherby, pihak pengurusan Leeds
berdepan kesukaran selepas mereka menandatangani Cantona. “Selain dari Lee
Chapman, tiada pemain lain dalam skuad yang fasih berbahasa Perancis dan untuk
Wilkinson, situasi ini merupakan mimpi ngeri buatnya. Walaupun kami memenangi
gelaran liga, kami berdepan masalah kewangan ketika bersaing di peringkat
Eropah. Howard kemudiannya memberitahu saya supaya mencarikan kelab lain buat
Eric”, sambung Fotherby lagi. Masalah kecederaan yang melanda Sterland selepas
itu mendorong Fotherby menghubungi (Martin) Edwards untuk cuba mendapatkan
Denis Irwin dari United. “Saya bertanyakan tentang Denis Irwin dan Martin (Edwards)
kemudiannya mengatakan saya perlu bercakap dengan pengurus (Sir Alex) tentang
hal itu. Martin kemudiannya bertanyakan mengenai Eric tetapi saya mengatakan kepadanya
itu adalah mustahil. Bagaimanapun pada hari yang sama saya bercakap dengan Mick
Hennigan (jurulatih) tentang minat United terhadap Eric. Beberapa jam selepas
itu, Martin menghubungi saya semula dan saya memberitahunya bahawa Howard
(Wilkinson) sedia untuk melepaskan Eric pergi”, kata Fotherby lagi. Walaupun beliau
adalah individu yang bertanggungjawab menyebabkan Cantona berhijrah ke Old
Trafford, Fotherby sebaliknya tidak pernah menyesal dengan tindakan yang
dilakukannya malah sedia melakukannya sekali lagi jika berpeluang. Glory Glory
Manchester United!!! – A.J
26 November 2012
MASA UNTUK ANDERSON MENYEMARAKKAN SEMULA KERJAYANYA DI OLD TRAFFORD
Pada
perlawanan menentang Queens Park Rangers tempohari, pemain tengah Anderson
dimasukkan ketika permainan berbaki 30 minit untuk ditamatkan manakala United
pula sedang ketinggalan 0-1 kepada kelab tangga terbawah liga itu. Ternyata
langkah Sir Alex Ferguson memasukkan pemain itu diminit ke-59 menggantikan
Ashley Young membuah hasil apabila Anderson berjaya menggerakkan jentera tengah
United dan Jonny Evans akhirnya berjaya menjaringkan gol penyamaan lima minit
selepas itu. Berdasarkan persembahan pemain tengah itu sepanjang 30 minit
selepas dia dimasukkan, Anderson sebenarnya masih mempunyai banyak ruang untuk
meningkatkan prestasinya sekaligus membuktikan keputusan Sir Alex membawanya
dari FC Porto lima tahun lalu sebagai langkah yang tepat. Meskipun dirinya
sering dilabel gagal membuktikan kemampuan sebenar sepanjang tempoh lima
tahunnya menyarung jersi United, persembahan yang dipamerkan pemain itu selama
30 minit tempohari membuktikan bahawa dia sebenarnya pemain tengah berbakat
dalam skuad The Red Devils. Sir Alex
menyifatkan kehadiran Anderson berjaya mengubah keseluruhan permainan selepas
menyaksikan pasukannya pada satu ketika bergelut memecah kubu pertahanan lawan.
“Kehadiran Anderson berjaya mengubah permainan. Dia sangat hebat”, kata
Ferguson ringkas. Dalam tempoh 12 minit selepas dia menggantikan Young, United
berjaya menjaringkan tiga gol dan dia juga berjaya mencipta assist untuk gol ketiga yang dijaringkan
Javier Hernandez. Anderson kini dalam musim keenamnya di Old Trafford tetapi
ramai yang berpendapat pemain Brazil itu masih belum mencapai potensi sebenar
ketika menyarung jersi merah United. Musim ini dia bermain cemerlang dalam
beberapa perlawanan dan untuk berlaku adil kepadanya, sepanjang tempoh enam
tahun bersama United, Anderson sebenarnya sering bergelut dengan masalah
kecederaan. Dalam tempoh lima tahun pertama beliau di Old Trafford, pemain
tengah itu hanya bermain sebanyak 83 perlawanan liga.
Sekarang adalah masa yang
tepat untuk pemain berusia 24 tahun itu merebut peluang menempatkan dirinya
dalam kesebelasan utama United. Paul Scholes dan Ryan Giggs berada di
penghujung karier manakala Darren Fletcher pula kurang konsisten selepas kembali
semula dari rehat yang panjang kerana masalah kesihatan. Michael Carrick
merupakan pilihan utama Ferguson untuk melindungi empat pemain pertahanan di
belakangnya sekaligus meninggalkan ruang kosong di hadapan. Tom Cleverley dan
Anderson adalah calon utama untuk memikul peranan menggerakkan jentera tengah ketika
pemain muda seperti Nick Powell masih dalam proses menempatkan dirinya sebagai tonggak
di bahagian tengah bagi jangkamasa panjang. Anderson memiliki ciri-ciri
diperlukan untuk menjadi seorang pemain tengah berpengaruh buat United tetapi
dia juga perlu berhati-hati dalam menangani masalah kecederaan yang sering
membataskan kemampuannya sebelum ini. Bekas pemain Porto dan Gremio itu
mempunyai keupayaan menerajui jentera tengah United berdasarkan corak permainan
agresif dan tidak kenal penatnya selain memiliki tahap keyakinan diri yang
tinggi sepertimana yang ditunjukkannya pada final Liga Juara-Juara 2008
menentang Chelsea. Ketika perlawanan akhir itu terpaksa di tentukan dengan penentuan
sepakan penalti, Anderson yang baru memulakan musim sulungnya bersama United
sanggup memikul tugas berat berdepan antara penjaga gol terbaik dunia seperti Petr
Cech. Sebarang kritikan terutama berkaitan kecergasannya telah dijawab Anderson
sebaik Hernandez menjaringkan gol ketiga United Sabtu lalu. Ketika meraikan
jaringan Hernandez, Anderson mengangkat jersinya sekaligus menampakkan bentuk fizikalnya
yang jauh berubah berbanding sebelumnya. Selepas tamat perlawanan menentang QPR
tempohari, Anders Lindegaard merakamkan pujian buat rakan sepasukannya itu dengan
meletakkan Anderson sebagai antara pemain tengah terbaik di dunia. Inilah
masanya untuk Anderson menyemarakkan semula kerjayanya di Old Trafford. Glory
Glory Manchester United!!! – A.J
25 November 2012
GUARDIOLA TUNGGU `JAWATAN KOSONG' DI OLD TRAFFORD
Selepas
Roberto Di Matteo dipecat sebagai pengurus Chelsea, nama Pep Guardiola segera
dikaitkan dengan kerusi panas kelab London itu sebelum Roman Abramovich
melantik Rafael Benitez sebagai pengendali sementara hingga penghujung musim.
Penyokong-penyokong Chelsea sebenarnya kurang senang dengan pemecatan Di Matteo
dan bertambah lagi selepas mengetahui Benitez adalah individu yang akan menggantikan
tempat bekas pemain The Blues itu
selaku pengendali di Stamford Bridge. Bagi kebanyakkan penyokong-penyokong Chelsea, selepas berita pemecatan Di Matteo diumumkan, individu yang mereka ingin lihat mengisi kekosongan jawatan pengurus ialah Guardiola dan bukannya Benitez. Malah ketika Abramovich mengumumkan bahawa Benitez hanya akan
mengendalikan Chelsea hingga penghujung musim, ramai yang mengatakan bahawa
pemilik Chelsea itu akan menawarkan jawatan pengurus di Stamford Bridge sebaik
Guardiola menamatkan cuti panjangnya di New York. Walau bagaimanapun kini timbul
berita yang pastinya mengejutkan Abramovich dan penyokong-penyokong Chelsea
bahawa Guardiola sebenarnya sedang menunggu `jawatan kosong’ di Old Trafford.
Guardiola diberitakan akan bergerak ke Old Trafford bagi mengambil alih tugas
dari Sir Alex Ferguson yang akan bersara penghujung musim ini. Media-media di
Sepanyol dan England melaporkan bahawa mereka berjaya mengutip sumber yang
dekat dengan Guardiola mengatakan bahawa bekas pengendali Barcelona itu
tertarik dengan sejarah Manchester United selain hubungan baiknya dengan Sir
Alex Ferguson. Sumber itu dipetik sebagai berkata “Seluruh sejarah Manchester
United, hubungannya dengan Sir Alex dan cara kelab di uruskan amat menarik bagi
Pep. Saya akan terkejut jika dia menyertai Chelsea. Dia sebenarnya sedang
menunggu kekosongan jawatan pengurus di Old Trafford walaupun itu bermakna dia
mungkin terpaksa melanjutkan lagi tempoh percutiannya”, kata sumber berkenaan
yang dipetik Marca TV. Sumber itu
juga mengatakan bahawa Abramovich terlalu mengharapkan agar Guardiola menyertai
Chelsea, tetapi cukup jelas bahawa warga Sepanyol itu inginkan kuasa penuh dan
kebebasan mengendalikan pasukan yang diberikan United kepada Ferguson
berbanding menjadi boneka kepada jutawan Russia itu. Marca TV juga melaporkan
bahawa mereka berani memberi jaminan yang Guardiola akan dilantik secara rasmi
sebagai pengurus Manchester United mulai Ogos 2013, manakala Ferguson pula akan
diberikan peranan sebagai pengarah mulai bulan Jun tahun hadapan. ESPN juga
sebelum ini pernah melaporkan bahawa Ferguson ditemani David Gill dan salah
seorang anggota keluarga Glazer bertemu secara peribadi dengan Guardiola di New
York, namun tujuan pertemuan itu tidak diketahui. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
REVIEW: UNITED KEMBALI DI PUNCAK LIGA
Satu
lagi siri kebangkitan dipamerkan Manchester United musim ini apabila mereka bangkit
menewaskan Queens Park Rangers 3-1 selepas ketinggalan kepada lawan yang berada
di dasar liga itu. Sir Alex Ferguson memimpin United selepas sambutan ulang
tahun ke-26 beliau di Old Trafford yang menyaksikan tugunya berdiri megah di perkarangan
Theatre of Dreams. Suasana pula
berbeza buat Rangers apabila mereka turun tanpa kelibat Mark Hughes yang baru
dipecat selepas prestasi hambar dipamerkan skuad dari kota London itu yang
menyaksikan mereka berada di tangga terbawah liga dengan mengumpul hanya empat
mata. Beberapa jam sebelum sepak mula, Rangers mengumumkan Harry Redknapp
sebagai pengganti Hughes dan bekas pengendali West Ham, Portsmouth dan Tottenham
Hotspurs itu sekadar menyaksikan aksi pemain-pemainnya dari tempat duduk
penonton. Babak pertama perlawanan berlangsung tanpa sebarang gol, dan biarpun
United mendominasi saingan namun mereka gagal menembusi gawang pelawat yang
dikawal Julio Cesar. Hanya percubaan tepat Wayne Rooney di pertengahan babak
pertama yang berjaya diselamatkan Cesar menjadi satu-satunya peluang terbaik
dicipta United, manakala barisan pemain pelawat pula dilihat lebih gemar
berkumpul di kawasan sendiri. United dikejutkan dengan gol pembukaan perlawanan
menerusi Jamie Mackie, tujuh minit sebaik babak kedua bersambung selepas pemain
itu memanfaatkan bola lantunan yang ditepis Anders Lindegaard untuk
menjaringkan gol dari jarak dekat. Situasi sama ketika perlawanan menentang
Norwich City di Carrow Road tampak bakal berulang apabila Rangers mula bermain secara
defensif dengan meletakkan hampir kesemua pemain mereka berkubu di kawasan
sendiri.
Ferguson melakukan dua pertukaran serentak dengan membawa masuk Anderson dan Javier Hernandez menggantikan Paul Scholes dan Ashley Young diminit ke-58. Selepas percubaan demi percubaan United bagi mencari gol penyamaan,
Jonny Evans akhirnya memecah kebuntuan diminit ke-64 apabila menyambung bola tandukan Danny Welbeck hasil dari sepakan sudut Rooney untuk mengikat kedudukan. Selepas gol penyamaan itu, tekanan demi tekanan diberikan barisan The Red Devils untuk memburu gol kedua hingga memaksa pemain-pemain pelawat terus bertahan di kawasan sendiri. Empat minit selepas itu, sepakan sudut Rooney sekali lagi
menemui sasaran apabila pemain tengah Darren Fletcher pula memanfaatkan situasi
bola mati tersebut untuk menanduk masuk melepasi jangkauan Cesar. Impian
Rangers untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata dari pertemuan ini akhirnya
ditamatkan apabila pemain gantian Javier Hernandez menjaringkan gol ketiga
United diminit ke-72. Hernandez bijak menyempurnakan lorongan dari pemain
tengah, Anderson untuk merembat masuk sekaligus memaksa Cesar mengutip bola di
gawang sendiri buat kali ketiga. Kemenangan ini juga menyaksikan United kembali
memintas kedudukan Manchester City selaku pendahulu liga, sekurang-kurang buat
tempoh 24 jam. City yang masih kekal sebagai satu-satunya pasukan belum tewas
dalam aksi liga hanya akan turun malam ini menentang Chelsea di Stamford Bridge.
Jika skuad kendalian Roberto Mancini yang baru-baru ini tersingkir dari saingan
Liga Juara-Juara gagal mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan ini, United akan
merampas semula kedudukan pendahulu liga dari jiran mereka itu. Glory Glory
Manchester United!!! – A.J
Statistik
Perlawanan:
Gol:
3 – 1
Sepakan
Sudut: 9 – 7
Percubaan
Tepat: 7 – 4
Percubaan
Tersasar: 5 – 4
Kekasaran:
6 – 11
Offside:
2 – 2
Penguasaan
Bola: 63 – 37
Kad
Kuning: 1 – 1
Kad
Merah: 0 – 0
24 November 2012
PREVIEW: MANCHESTER UTD lwn QUEENS PARK RANGERS
Manchester
United akan menerima kunjungan kelab di tangga terbawah, Queens Park Rangers
dengan misi mahu merampas semula kedudukan sebagai pendahulu liga. Selepas tewas
di Carrow Road minggu lalu sekaligus kekalahan ketiga mereka dalam saingan liga
setakat ini, barisan United berazam memungut tiga mata penuh dalam perlawanan
ini sebagai hadiah buat Sir Alex Ferguson yang meraikan ulang tahun ke-26
sebagai pengurus Manchester United. Kunjungan QPR kali ini sebenarnya membawa nostalgia
tersendiri buat Ferguson kerana kira-kira 26 tahun lalu (22 November 1986), United
mencatat kemenangan pertama mereka di bawah kendaliannya (selepas Ferguson
mengambil alih tugas dari Ron Atkinson) apabila berjaya menewaskan kelab kota
London itu 1-0. Kunjungan QPR kali ini juga menyaksikan bekas pemain United,
Park Ji-Sung kembali semula ke Old Trafford buat pertama kali selepas berhijrah
ke Loftus Road musim panas ini. Jika dilihat atas kertas, United tidak berdepan
masalah untuk menang perlawanan ini terutamanya jika diambil kira rekod 10
pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan. QPR yang baru memecat pengurus
mereka, Mark Hughes tidak pernah menang 10 perlawanan terakhir mereka ketika
bertemu United dan satu-satunya keputusan terbaik yang diraih mereka ke atas The Red Devils ialah ketika mencatat
keputusan seri pada Mac 1996. Kali terakhir mereka mencatatkan kemenangan ke
atas United ialah pada Januari 1992 dimana mereka menang 4-1 ketika itu.
Rekod
baik United ketika beraksi di gelanggang sendiri pastinya tambah menyukarkan
misi QPR untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata dalam perlawanan ini. United
hanya tewas sekali daripada lima aksi terakhir di gelanggang sendiri musim ini
(tewas 2-3 kepada Spurs) dan Arsenal menjadi mangsa teakhir yang berjaya
ditewaskan United di Theatre of Dreams.
Berbeza dengan QPR pula, mereka belum mencatat sebarang kemenangan dari lima
perlawanan terakhir mereka di gelanggang lawan dan sekadar mengumpul empat mata
setakat ini. Sementara itu United menerima khabar gembira apabila Wayne Rooney
disahkan cergas untuk diturunkan pada perlawanan ini. Rooney terlepas dua aksi
terakhir United (menentang Norwich City dan Galatasaray) kerana mengalami radang
amandel dan sudah mula menjalani latihan minggu ini. Seorang lagi pemain yang
dibelenggu kecederaan, Jonny Evans juga sudah mula menjalani latihan namun
Ferguson belum pasti sama ada mahu menurunkan pemain pertahanan itu atau tidak.
Jika Ferguson mahu terus merehatkan Evans, Chris Smalling dijangka berpasangan
dengan Scott Wootton di benteng pertahanan manakala Phil Jones yang baru pulih
dari kecederaan mungkin mengambil alih peranan Rafael dan Silva di sebelah
kanan pertahanan. Dengan Manchester City yang akan hanya beraksi esok di
Stamford Bridge, United boleh menggunakan peluang ini untuk merampas semula kedudukan
pendahulu liga sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
Lima
Perlawanan Terakhir United/QPR:
08
Apr 2012: United (2) – QPR (0), Liga Perdana
18
Dis 2011: QPR (0) – United (2), Liga Perdana
11
Nov 2008: United (1) – QPR (0), Piala Liga
16
Mac 1996: QPR (1) – Unted (1), Liga Perdana
30
Dis 1995: United (2) – QPr (1), Liga Perdana
Barisan
Kemungkinan United:
David
de Gea, Patrice Evra, Phil Jones, Chris Smalling, Rafael da Silva, Antonio
Valencia, Tom Cleverley, Michael Carrick, Ashley Young, Wayne Rooney &
Robin Van Persie
Barisan
Kemungkinan QPR:
Robert
Green, Fabio da Silva, Anton Ferdinand, Ryan Nelsen, Jose Bosingwa, Samba
Diakite, Armand Traore, Esteban Granero, Junior Hoilett, Adel Taarabt &
Djibril Cisse
MUSIM DEPAN MOU DAN CR7 KE OLD TRAFFORD?
Media
di Sepanyol, Mundo Deportivo
melaporkan bahawa ada kemungkinan Cristiano Ronaldo dan Jose Mourinho menjadi milik
Manchester United musim depan. Mundo
Deportivo yang berpangkalan di Catalan itu yakin, kemungkinan untuk Mourinho
dan Ronaldo kembali semula ke England adalah besar selepas mereka berdua
diberitakan sudah melakukan persiapan ke arah itu (berpindah). Malahan pengurus
Real Madrid itu dan keluarganya dikatakan sibuk mencari tempat tinggal baru mereka
di England. Mourinho memang diketahui sejak akhir-akhir ini cuba mengelak dari memberikan
sebarang komen tentang masa depannya di Santiago Bernabeu sementara Ronaldo
pula sejak awal musim dilihat kurang gembira bersama gergasi Sepanyol itu.
Bekas bintang Manchester United itu juga enggan menjawab sebarang pertanyaan
wartawan tentang hubungannya dengan pihak pengurusan Real Madrid. Melihat
kepada perkembangan kedua-dua individu itu, Mundo
Deportivo yakin bahawa Mourinho dan Ronaldo secara serentak akan mengambil
keputusan meninggalkan kota Madrid sebaik musim ini berakhir. Kedua-dua warga Portugal
itu diyakini akan menuju ke Old Trafford memandangkan Mourinho sering dikaitkan
sebagai calon pengganti Sir Alex Ferguson. Semasa kunjungan terakhirnya di kota
Manchester beberapa minggu lalu, Mourinho juga dikhabarkan sempat minum petang
bersama-sama Ferguson. Selepas majlis perasmian tugu Sir Alex Ferguson semalam,
ramai pemerhati boalsepak meramalkan ini mungkin menjadi musim terakhir
pengendali itu di Old Trafford dan mereka meletakkan Mourinho sebagai calon
utama mengambil alih tempat Ferguson. Bagi Ronaldo pula yang menjadi bintang
pujaan di Old Trafford sebelum berpindah ke Bernabeu pada 2009, tiada rahsia
lagi tentang keinginannya selepas dia secara terbuka pernah meluahkan hasrat
untuk menamatkan karier di Old Trafford. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
23 November 2012
PENGHARGAAN BUAT SEORANG LAGENDA...
Eric
Cantona dan Ruud Van Nistelrooy antara tetamu paling menonjol yang akan hadir pada
majlis perasmian tugu Sir Alex Ferguson di Old Trafford hari ini. Pihak pengurusan memberikan
tugas mengukir tugu tembaga sembilan kaki tersebut kepada Philip Jackson.
Biarpun ramai yang berteka teki tentang rupa tugu tersebut, Ferguson baru-baru
ini sudahpun diberikan penghormatan untuk memeriksa dan berpuashati dengan
rekabentuk tugu yang dihasilkan Jackson. Selain Cantona yang ditandatangani
Ferguson hampir 20 tahun lalu dan dianggap sebagai pembelian paling bijak
pernah dilakukan pengendali itu, turut dijangka hadir ialah Van Nistelrooy.
Nistelrooy menjaringkan 150 gol dalam lima musimnya bersama United, tidak
pernah kembali semula ke Old Trafford selepas perpindahan sensasinya ke Real
Madrid pada 2006. Kapten pertama Ferguson, Bryan Robson turut akan hadir
bersama penjaring gol kemenangan final
Liga Juara-Juara 1999, Ole Gunnar Solskjaer. Antara tetamu kenamaan yang sudah
mengesahkan kehadiran mereka ialah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair
dan paling mengejutkan tentunya kehadiran Arsene Wenger. Ferguson dan Wenger
memang diketahui sudah melalui persengketaan yang cukup panjang namun hubungan
kedua-duanya sejak kebelakangan ini sudah semakin baik. Menjelang kehadirannya
ke majlis perasmian ini, Wenger sempat merakamkan kata-kata penghargaan buat
seterunya itu. “Saya tidak ingat apakah ada orang lain yang berada di tahap
tertinggi untuk tempoh yang lama. Dalam beberapa perkara agak menakutkan bila
memikirkan jika dia (Ferguson) meninggalkan kelab satu hari nanti, kerana dia
akan meninggalkan ruang yang besar untuk diisi. Apa yang saya kagum tentang
dirinya ialah dia sentiasa berfikiran kehadapan, sentiasa sedia bergerak pada
waktu yang tepat dan tidak pernah memikirkan apa yang sudah dilakukannya
sebelum ini. Pekerjaan ini memerlukan anda mengabadikan seluruh hidup anda
kepada bolasepak dan Ferguson sudah melakukannya, jadi dia memang layak untuk mendapatkan
penghormatan seperti ini. Dia juga sudah memenangi hampir kesemuanya, dan itu
tentunya sesuatu yang cukup luar biasa”, kata Wenger. Ferguson sudah memenangi
12 kejuaraan Liga Perdana sejak 1993 serta beberapa lagi trofi domestik seperti
Piala FA, Piala Liga dan Perisai Komuniti. Ferguson juga sukses membawa United
menang dua trofi Liga Juara-Juara serta satu trofi Kejuaraan Kelab Dunia
sepanjang tempoh 26 tahunnya di Old Trafford. Bekas wira di Old Trafford, David
Beckham yang memenangi 6 kejuaraan Liga Perdana di bawah kendalian Ferguson
sebelum berhijrah ke Santiago Bernabeu pada 2003 juga ada kata-kata penghargaan
buat bekas bosnya itu. Biarpun pada satu ketika hubungan Ferguson/Beckham
dingin selepas insiden `but terbang’ kini kedua-dua sudah lama berdamai dan mereka
menghormati antara satu sama lain. Tidak sukar untuk menyelami apa yang
dirasakan Beckham selama ini. Ferguson ialah individu yang menjadikan dirinya
bintang dikenali ramai walaupun akhirnya dia meninggalkan Old Trafford secara
terpaksa.
Beckham
mengatakan, “Saya fikir Sir Alex begitu sukses kerana dia memang cintakan Manchester
United dan dilahirkan sebagai pemenang. Dia tahu bagaimana caranya untuk menang
perlawanan dan bagaimana untuk menangani tekanan. Bermain di bawah kendaliannya
satu pengalaman yang cukup hebat. Dia seorang individu yang hebat dan seperti
ayah saya. Ketika remaja, saya berpindah dari London ke Manchester dan dia
selalu berkata kepada saya. `Jika kamu mempunyai sebarang masalah datang dan
ketuk saja pintu saya, ia sentiasa terbuka’. Saya tidak pernah takut untuk
pergi dan mengetuk pintunya kerana dia membuatkan saya seolah-olah sebahagian
dari keluargannya dan itulah perasaan yang anda rasa ketika berada di Manchester
United”, kata Beckham. Berada di kelab untuk satu tempoh yang begitu lama
memang sesuatu yang cukup luar biasa apatah lagi selepas menyaksikan ramai
pengurus atau jurulatih yang dipecat pada era bolasepak moden. Sir Matt Busby menerajui
zaman kegemilangan United di era 50an dan 60an hingga kemuncaknya The Busby Babes menjulang trofi Eropah
pada 1968 sekaligus kejuaraan sulung United di pentas Eropah. Selepas persaraan
Sir Matt, kedudukan United sebagai kuasa bolasepak Inggeris terumbang ambing hingga
menyaksikan mereka gagal memenangi kejuaraan liga selama 26 tahun. Pengurus selepas
era Sir Matt datang silih berganti, daripada Wilf Mc Guiness hinggalah Ron
Atkinson, pencapaian terbaik United hanyalah memenangi Piala FA di bawah
kendalian Tommy Docherty (1977) dan Ron Atkinson (1983 dan 1985). Selepas
Atkinson dipecat, tibalah giliran lelaki kelima sejak Sir Matt bersara
bernama Alex Ferguson mengisi jawatan pengurus Manchester United. Kejayaan
tidak datang bergolek dan Ferguson terpaksa berhempas pulas mengemudi United
pada musim pertamanya di Old Trafford. Daripada tangga ke-11 (musim 1986/87),
Ferguson berjaya membawa United menduduki tangga kedua liga musim berikutnya
(1987/88). Ferguson bagaimanapun berdepan cabaran
getir dua musim selepas itu dengan kebanyakan pemain baru yang dibawanya tidak
mencapai jangkaan peminat. Ferguson kerap kali dilaporkan hampir dipecat ketika
awal tahun 1990, tetapi gol Mark Robins yang memberikan kemenangan tipis kepada
United dalam pusingan ketiga Piala FA mengatasi Nottingham Forest dianggap
ramai pihak sebagai penyelamat kepada karier Ferguson. United berjaya mara ke
perlawanan akhir dan memenangi Piala FA selepas mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan. Selepas kejayaan memenangi Piala
FA 1990, Ferguson tidak menoleh ke belakang lagi apabila berjaya membawa United
menang 36 trofi utama sepanjang 26 tahunnya kariernya sebagai pengurus di Old
Trafford. Ramai pihak mengatakan Ferguson adalah replika kepada Sir Matt Busby,
mengambilkira pencapaiannya membawa United menang banyak kejuaraan dan juga
keupayaan untuk kekal dikerusi pengurus United bagi tempoh yang panjang. Tiada
kata-kata yang mampu diucapkan atas apa yang telah dilakukan Sir Alexander
Chapman Ferguson selama ini untuk Manchester United...TERIMA KASIH SIR! Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
SPEKULASI PERPINDAHAN: STROOTMAN KE OLD TRAFFORD JANUARI INI?
Pemain
tengah PSV Eindhoven, Kevin Strootman akan menuju ke Old Trafford Januari ini
jika mengambilkira laporan dari media-media di Belanda. Spekulasi tentang
perpindahan Strootman bertiup kencang selepas Eindhoven diberitakan sudah
bersedia melepaskan pemain tengah berpengaruh mereka itu ketika jendela perpindahan
pemain mula di buka Januari ini. Gergasi Belanda itu juga dikatakan sudah
meletakkan sasaran mereka kepada pemain antarabangsa Sweden, Oscar Hiljemark
dari Elfsborg sebagai pengganti Strootman. Ramai pihak percaya Sir Alex
Ferguson tidak akan menunggu hingga musim panas akan datang untuk menambah
pemain baru dalam skuadnya apatah lagi selepas menyaksikan The Red Devils tewas buat kali ketiga dalam aksi liga minggu lalu.
Dengan kemungkinan Chelsea dan Manchester City juga akan membawa masuk nafas
baru dalam skuad mereka, Ferguson tentunya tidak mahu ketinggalan ketika
pasaran pemain mula dibuka. Agen pemain itu, Chiel Dekker bulan lalu
mengesahkan bahawa kliennya sudah bersedia meninggalkan kancah Eredivisie untuk
merasai saingan di liga yang lebih besar. Jika benar apa yang diperkatakan sebelum
ini tentang minat Ferguson terhadap pemain tengah itu, United mungkin terpaksa
mengeluarkan wang yang lebih memandangkan kelibat Strootman juga turut diintai
beberapa gergasi Eropah yang lain. Selain United, antara gergasi Eropah yang
turut dikaitkan dengan pemain itu ialah Real Madrid dan juga Juventus. United
sejak beberapa musim lalu sering dikaitkan dengan kedatangan pemain tengah dari
Belanda, terutamanya membabitkan Wesley Sneijder, tetapi berita perpindahan
Strootman ke Old Trafford mungkin lebih realistik berbanding spekulasi yang
pernah membabitkan United dan Sneijder. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
21 November 2012
CARRICK WIRA YANG TIDAK DIDENDANG
Awal pagi tadi,
Michael Carrick mengetuai barisan Manchester United di Istanbul berdepan Galatasaray
dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. Carrick adalah antara pemain
Manchester United paling konsisten, namun kelibat pemain tengah itu seolah-olah
terpinggir dari penilaian pemerhati dan penyokong-penyokong United sendiri.
Sukar untuk mempercayai bagaimana seorang pemain yang sudah bermain untuk
kesebelasan utama United sejak 2006 kurang diberikan perhatian berbanding
pemain-pemain yang lain. Carrick sudah memenangi lapan kejuaraan utama bersama
United sejak tiba di Old Trafford dari White Hart Lane. Selain itu, Carrick
juga merupakan nama tetap dalam kesebelasan utama The Red Devils dalam tempoh 12 bulan terakhir, tetapi dia tetap
kekal tanpa sebarang publisiti dan kurang diberikan liputan. Carrick mewarisi
jersi nombor 16 dari senior sebelumnya, Roy Keane namun tidak adil untuk
membandingkan pencapaian bekas kapten United itu dengan dirinya. Carrick dan
Keane memainkan peranan yang sama dalam kesebelasan utama United, tetapi watak
di dalam dan luar padang serta corak permainan kedua-duanya cukup berbeza sama
sekali. Sir Alex Ferguson cukup menghargai sumbangan serta pengaruh yang
dimainkan Carrick dalam pasukannya dan menganggap bekas pemain Tottenham
Hotspurs itu akan memainkan peranan penting dalam kempen United musim ini.
“Dalam permainan bolasepak moden, anda tidak perlukan seorang pemain yang
mempunyai tackle keras dalam pasukan.
Ia lebih kepada tentang kepakaran seseorang pemain membaca permainan. Jika anda
lihat pemain tengah di Liga Perdana, Michael adalah antara pemain yang memiliki
kualiti itu”, kata Ferguson. Mungkin juga petikan kata-kata dari bekas pembantu
Ferguson di Old Trafford, Carlos Queiroz yang merujuk kepada keberkesanan
dimainkan Carrick cukup tepat untuk menggambarkan tentang kualiti milik pemain
itu. “Berikan saya sebuah pasukan yang boleh memenangi kejuaraan liga tanpa
pemain tengah bertahan yang kreatif. Pasukan tanpa pemain seperti itu ibarat
menghantar seseorang mendaki gunung Everest tanpa bekalan oksigen”, kata
Queiroz pada 2007 selepas United menang kejuaraan liga.
Carrick antara pemain
yang cukup low profile, tidak peduli
sama ada dia diberikan perhatian atau tidak. Dia sudah bermain 300 perlawanan
untuk United dalam semua kejohanan, memenangi kejuaraan liga domestik dan juga Eropah, tetapi jarang
diberikan peluang tampil dalam kolum-kolum di media. Di luar padang, bagi
seorang pemain yang sudah memenangi berbagai kejuaraan, Carrick masih lagi
seorang pemain yang suka menyendiri. Dia tiada akaun Twitter dan laman sesawang
peribadi, malah pakaiannya juga cukup sederhana jika dibandingkan dengan
bintang bolasepak yang lain. Di peringkat antarabangsa pula, peranan Carrick
bersama skuad kebangsaan England tidak sehebat apa yang dimainkannya ketika
bersama United. Bekas pemain antarabangsa Jerman, Dietmar Hamann yang pernah
menabur bakti bersama Manchester City dan Liverpool meletakkan Carrick sebagai
pemain tengah bertahan terbaik pernah dilahirkan England. Beliau (Hamann) agak hairan
bagaimana sebuah pasukan kebangsaan boleh mengabaikan pemain yang mempunyai
kemahiran seperti Carrick. Menurut Hamann lagi, jika di Jerman pemain dengan
kemahiran seperti Carrick pastinya akan lebih dihargai. Apapun yang berlaku ke
atas dirinya baik di dalam mahupun luar padang nampaknya tidak langsung
dipedulikan Carrick. “Yang saya pedulikan ialah bermain untuk kelab ini dan
menang trofi. Saya hanya ingin dihargai oleh rakan-rakan dan pengurus. Jika
saya bermain dengan baik dan menang trofi, maka itu sesuatu yang hebat”, itulah
kata-kata Carrick selepas ditanya mengapa dia seolah-olah terpencil dari
sebarang liputan dan perhatian media. Nampaknya Carrick akan terus kekal begitu,
meskipun tanpa publisiti dari media atau menjadi perhatian ramai, tanpa
disangka Carrick sudah membantu United menang empat kejuaraan Liga Perdana,
satu trofi Liga Juara-Juara, satu trofi Kejuaraan Kelab Dunia, satu trofi Piala
Liga dan empat trofi Perisai Komuniti. Memang ada benarnya apa yang dikatakan
(Dietmar) Hamann, “Michael Carrick ialah pemain tengah bertahan terbaik pernah
dilahirkan England”, Glory Glory Manchester United!!! – A.J
REVIEW: REKOD 100% LEBUR DI ISTANBUL
Galatasaray
memberikan Manchester United kekalahan pertama mereka dalam saingan Eropah
musim ini. Selepas mencatat rekod 100% dari empat perlawanan peringkat
kumpulan, United akhir terpaksa akur dengan kekalahan tipis 0-1 di Istanbul
awal pagi tadi. Seperti yang dijangkakan sebelum perlawanan, Sir Alex Ferguson
menurunkan barisan keduanya dalam perlawanan ini selepas tempat mereka di
pusingan kedua sudahpun terjamin. Menyedari mereka memerlukan tiga mata penuh
dalam perlawanan ini, skuad kendalian Fatih Terim mengasak benteng pertahanan
United sejak awal permainan dengan sokongan ribuan penyokong sendiri.
Kesempatan terbaik tuan rumah hadir di minit ke-21, namun tandukan Burak Yilmaz
sedikit tersasar di atas gawang United. Selepas itu giliran Hamit Altintop pula
menguji gawang United, tetapi percubaan dari jarak 20 meternya berjaya di
selamatkan Anders Lindegaard. Satu-satunya peluang terbaik United diperolehi
menerusi pemain tengah Nick Powell dipenghujung babak pertama. Powell bagamianapun
kurang bernasib baik apabila tandukannya hasil dari sepakan sudut Tom Cleverley
sekadar singgah di tiang gol. Di babak kedua, Galatasaray terus memberikan
tekanan kepada Uniited dan hasilnya mereka berjaya menjaringkan gol tunggal
perlawanan diminit ke-54 menerusi Yilmaz. Terlepas beberapa peluang terbaik di
separuh masa pertama, Yilmaz kali ini tidak melakukan kesilapan apabila berjaya
menanduk masuk bola sepakan sudut Selcuk Inan dari sebelah kanan untuk menewaskan
Lindegaard. Di minit ke-78, tuan rumah hampir menggandakan kelebihan mereka
namun Altintop sekali lagi hampa apabila melihat percubaannya dari jarak 25
meter sekadar singgah di tiang gol. Kedudukan tidak berubah selepas tamat 90
minit permainan dan kemenangan ini mencerahkan peluang buat Galatasaray
mengiringi United ke pusingan kedua kejohanan. Galatasaray kekal di tangga kedua berkongsi tujuh
mata dengan wakil Romania, CFR Cluj yang berjaya menewaskan SC Braga 3-1. Bagi United pula, tewas perlawanan ini tidak menjejaskan kedudukan mereka di
tangga teratas Kumpulan H dengan kelebihan lima mata sambil tempat di pusingan
kedua sudahpun terjamin sebagai juara kumpulan. Perlawanan terakhir bagi
Kumpulan H akan berlangsung pada 6 Disember di mana United akan berdepan Cluj
di Old Trafford manakala Braga pula akan menanti kunjungan Galatasaray.
Perlawanan terakhir itu juga akan menjadi medan buat dua pasukan (Galatasaray
dan Cluj) merebut satu tiket ke pusingan kedua kejohanan. Glory Glory
Manchester United!!! – A.J
Susunan
Pemain Galatasaray:
Fernando
Muslera, Nounkeu, Semih Kaya, Emmanuel Eboue, Hamit Altintop, Selcuk Inan,
Felipe Melo, Albert Riera, Nordin Amrabat (Emre Colak 81’), Johan Elmander
(Engin Baytar 63’), Burak Yilmaz (Umut Bulut 90’)
Susunan
Pemain United:
Anders
Lindegaard, Rafael da Silva, Phil Jones, Alexander Buttner, Anderson (Ashley
Young 74’), Michael Carrick, Tom Cleverley, Darren Fletcher, Nick Powell
(Federico Macheda 74’), Javier Hernandez & Danny Welbeck (Joshua King 85’)
Statistik
Perlawanan:
Gol:
0 – 1
Percubaan:
18 – 8
Percubaan
Tepat: 13 – 5
Percubaan
Tersasar: 5 – 3
Sepakan
Sudut: 3 – 8
Kad
Kuning: 2 – 1
Kad
Merah: 0 – 0
Penguasaan
Bola: 53% - 47%
20 November 2012
PREVIEW LIGA JUARA-JUARA: GALATASARAY lwn MANCHESTER UTD
Pengurus
Galatasaray, Fatih Terim berharap pasukannya akan menggunakan sepenuhnya
peluang beraksi di gelanggang sendiri untuk memungut tiga mata penuh dengan
mengalahkan Manchester United awal pagi esok. United yang sudahpun mengesahkan
tempat mereka di pusingan kalah mati hasil empat kemenangan berturut-turut yang
diraih mereka mungkin turun dengan barisan kedua. Galatasaray ketika ini
menduduki tangga kedua Kumpulan H selepas menang ke atas CFR Cluj dan
kemenangan ke atas United bakal menghidupkan peluang mereka untuk mengiringi The Red Devils ke pusingan seterusnya.
Kekalahan United kepada Norwich City dalam aksi liga hujung minggu lalu menjadi
inspirasi buat Terim dan pengendali itu merasakan bahawa beliau sudah mendapat
ilham bagaimana mahu menamatkan rekod kemenangan 100% United dalam saingan
Eropah musim ini. “Jika Norwich mampu mengalahkan mereka (United), kami juga
mampu melakukannya”, kata Terim. Terim boleh menyandarkan harapan kepada
kelibat Emmanuel Eboue dan Johan Elmander yang pernah merasai aksi Liga Perdana
dan pengalaman mereka ketika berdepan United untuk cuba meraih mata penuh di
Turk Telecom Arena. Kelibat bekas dua bintang yang pernah bermain untuk Arsenal
dan Bolton Wanderers itu cukup berguna buat Terim dalam merangka strategi bagi
menjinakkan United.
Bagi
pemain sayap Galatasaray, Nordin Amrabat yang terlepas aksi pertemuan pertama
di Old Trafford 20 September lalu berharap dia diturunkan dalam perlawanan ini.
Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Galatasaray dari Kayserispor musim panas
ini meletakkan sasaran membantu kelabnya layak ke pusingan kedua Liga Juara-Juara,
bermula dengan menewaskan United awal pagi esok. Sementara itu seperti yang
dijangkakan Sir Alex Ferguson akan merehatkan sebahagian besar tonggak utamanya
dalam perlawanan ini. Ferguson diberitakan tidak akan membawa Patrice Evra, Rio
Ferdinand, Wayne Rooney, Ryan Giggs, Paul Scholes dan Robin Van Persie ke
Turki. Bagaimanapun pengendali itu akan menyenaraikan beberapa pemain berpengalaman
seperti Michael Carrick, Anderson dan Darren Fletcher untuk membimbing
pemain-pemain muda yang bakal diturunkan nanti. Ketiadaan Rooney dan Van Persie
bakal menyaksikan Danny Welbeck dan Javier Hernandez memikul tugas sebagai
penggempur utama. Joshua King, Davide Petrucci, Tom Thorpe dan Ryan Tunnicliffe
bakal merasai pengalaman pertama mereka di pentas Eropah selepas nama mereka
disenaraikan Ferguson untuk kunjungan ke Turki kali ini. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
5
Perlawanan Terakhir Galatasaray:
17 Nov 2012: Galatasaray 1 – Kardemir Karabükspor 3 (Liga Super
Turki)
11 Nov 2012: Mersin İY 1 – Galatasaray 1 (Liga Super Turki)
08 Nov 2012: CFR Cluj 1 – Galatasaray 3 (Liga Juara-Juara)
03 Nov 2012: İstanbul BB 1 – Galatasaray 3 (Liga Super Turki)
27 Okt 2012: Galatasaray 3 – Kayserispor 0 (Liga Super Turki)
11 Nov 2012: Mersin İY 1 – Galatasaray 1 (Liga Super Turki)
08 Nov 2012: CFR Cluj 1 – Galatasaray 3 (Liga Juara-Juara)
03 Nov 2012: İstanbul BB 1 – Galatasaray 3 (Liga Super Turki)
27 Okt 2012: Galatasaray 3 – Kayserispor 0 (Liga Super Turki)
5 Perlawanan Terakhir Manchester United :
18 Nov 2012: Norwich City 1 – Manchester United 0 (Liga Perdana)
11 Nov 2012: Aston Villa 2 – Manchester United 3 (Liga Perdana)
08 Nov 2012: Braga 1 – Manchester United 3 (Liga Juara-Juara)
03 Nov 2012: Manchester United 2 – Arsenal 1 (Liga Perdana)
01 Nov 2012: Chelsea 5 – Manchester United 4 (Capital One Cup)
11 Nov 2012: Aston Villa 2 – Manchester United 3 (Liga Perdana)
08 Nov 2012: Braga 1 – Manchester United 3 (Liga Juara-Juara)
03 Nov 2012: Manchester United 2 – Arsenal 1 (Liga Perdana)
01 Nov 2012: Chelsea 5 – Manchester United 4 (Capital One Cup)
Barisan Kemungkinan Galatasaray:
Néstor Muslera Micol, Hakan Balta, Semih Kaya, Emmanuel Eboue, Cris,
Aydın Yılmaz, Selçuk İnan, Felipe Melo, Çağlar Birinci, Johan Elmander &
Umut Bulut
Barisan Kemungkinan United:
Anders Lindegaard, Alexander Buttner, Phil Jones, Scott
Wootton, Rafael da Silva, Anderson, Tom Cleverley, Darren Fletcher, Ashley Young, Danny Welbeck & Javier Hernandez
Langgan:
Catatan (Atom)

























