30 November 2009
Walau Menang Fergie Tetap Tak Puas Hati
26 November 2009
Fergie Puji Barisan Muda United
25 November 2009
United Mahu Juarai Kumpulan
Manchester United lwn Besiktas
(25 Nov 2009 - Old Trafford)
Jonny Evans
Evans perlu menggunakan sepenuhnya peluang dengan ketiadaan Ferdinand untuk terus mempamerkan aksi cemerlangnya dibenteng Red Devils. "Saya telah diberikan kesempatan untuk beraksi sebanyak 30 perlawanan musim lalu dan ini di luar jangkaan saya. Ia sungguh fantastik tetapi banyak lagi yang perlu saya pelajari dan perbaiki", kata Evans. Evans yang pernah dipinjamkan ke Sunderland begitu menonjol selepas kembali semula ke Old Trafford musim lalu dan peningkatannya berjaya menarik minat pengurusan Sunderland untuk mengikatnya secara tetap. Walau bagaimanapun, Ferguson yang menyedari bakat Evans membawa semula pemain antarabangsa Ireland Utara itu ke Old Trafford. Bagi Ryan Giggs, Evans merupakan antara pemain muda United paling menonjol dan semakin matang. "Melihat Evans beraksi seolah-olah dia sudah bermain selama 10 tahun. Dia merupakan antara pemain muda United paling menyerlah dan jika Rio atau Vidic tidak dapat beraksi dia mampu mengisi kekosongan yang ada", kata Giggs.
Barisan Kemungkinan:
Ben Foster (GK), Gary Neville, Rafael da Silva, Wes Brown, Jonny Evans, Anderson, Gabriel Obertan, Luis Antonio Valencia, Paul Scholes, Federico Macheda dan Michael Owen
23 November 2009
Rooney Bakal Perolehi Gaji Tertinggi
22 November 2009
United Kembali Ekori Chelsea
Lain-Lain Keputusan Perlawanan:
Liverpool (2) lwn Manchester City (2)
Sunderland (1) lwn Arsenal (0)
Chelsea (4) lwn Wolverhampton Wanderers (0)
Hull City (3) lwn West Ham (3)
Burnley (1) lwn Aston Villa (1)
Birmingham City (1) lwn Fulam (0)
21 November 2009
Fergie Fokus Kunjungan Everton Ke Old Trafford
20 November 2009
Neville: Tak Mungkin Ke City
19 November 2009
Ferdinand Tidak Akan Beraksi Hingga Tahun Depan
18 November 2009
United Tak Gusar Tanpa Fergie
17 November 2009
Blanc Pengganti Sesuai Jika Fergie Bersara
16 November 2009
Lahm Bakal Sertai United?
15 November 2009
United Ingin Dapatkan Chamakh Dan Cheyrou
Marouane Chamakh
Sementara itu, United turut tertarik dengan penampilan Cheyrou ketika dia membantu pasukannya, Olympique Marseille seri 5-5 dengan Olimpique Lyon minggu lalu. Cheyrou turut menjaringkan satu gol dan memainkan peranan yang besar ketika mengemudi jentera tengah Marseille dalam perlawanan itu. Sir Alex Ferguson ketika ini memang memerlukan suntikan tenaga baru bagi memperkuatkan pasukannya yang ketinggalan di belakang Chelsea dan Arsenal dalam kedudukan carta Liga Perdana Inggeris. Kehadiran Cheyrou dilihat bakal memperkemaskan lagi jentera tengah United yang ketika ini masih bergantung kepada pemain veteran seperti Paul Scholes dan Ryan Giggs manakala Chamakh pula bakal menambah sengat jentera serangan dan akan meringankan lagi tugas Wayne Rooney yang dilihat berseorangan dalam memburu gol buat United.
14 November 2009
Juventus Dan Milan Bersaing Dapatkan Nani
Akhir-akhir ini pula kemunculan Gabriel Obertan seakan-akan menenggelamkan terus nama Nani dari skuad utama United. Obertan diberi peluang oleh Ferguson membuat penampilan ketika United berhadapan dengan CSKA Moscow dalam Liga Juara-Juara dan kemudiannya ketika berdepan dengan Bolton Wanderers dan Chelsea dalam kempen Liga Perdana. Situasi ini amat meresahkan Nani yang merasakan kariernya di peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal bakal terancam dan adalah tidak mustahil untuk dia memilih meninggalkan Old Trafford menjelang musim perpindahan pada Januari depan. Juventus ketika ini memang memerlukan seorang pemain sayap dan diberitakan sedia membelanjakan sebanyak 15 hingga 18 juta Pound bagi membawa Nani ke Turin.
13 November 2009
Ferguson Digantung Empat Perlawanan
"Jawatankuasa ini telah mempertimbangkan pengakuannya atas kenyataan yang telah dikeluarkan. Kami mendapati Sir Alex tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti itu", tambah Griffiths lagi. Ini bukanlah kali pertama Ferguson dijatuhkan hukuman oleh FA kerana mengkritik pegawai perlawanan. Pada tahun 2003 dan 2007, pengendali berusia 67 tahun itu pernah digantung dua perlawanan kerana kritikannya terhadap pengadil. Kelmarin, Ferguson terlibat dengan satu lagi siri kritikan terhadap pengadil perlawanan selepas mempertikaikan keputusan Martin Atkinson memberikan sepakan percuma kepada Chelsea yang membawa kepada jaringan kemenangan John Terry ke atas pasukannya di Stamford Bridge. Walau bagaimanapun FA tidak mengenakan apa-apa dakwaan kepada Ferguson kerana mendapati kenyataan yang dikeluarkan Ferguson tidak menyentuh integriti pegawai perlawanan itu.
11 November 2009
Fergie Terlepas, Rooney Diberi Amaran
10 November 2009
Hargreaves Pengganti Ronaldo
09 November 2009
Gol Terry Jadi Pemisah
08 November 2009
Pertembungan Rooney-Drogba
Kekuatan dan kepantasan Drogba dilihat menjadi aset kepada penyerang antarabangsa Ivory Coast itu dan sumbangannya antara penyebab Chelsea unggul di puncak liga ketika ini. Keupayaan Drogba bukan setakat hanya menjaringkan gol malah dia juga kerap membantu rakan sepasukan mencipta gol buat Chelsea. Berbeza dengan Drogba, Rooney dianggap sebagai pemain berpasukan yang baik. Rooney akan memberikan segenap tenaganya dalam setiap perlawanan, seolah-olah tiada istilah penat dalam diri penyerang England itu. Rooney akan berlari segenap padang untuk merampas bola dari penguasaan lawan dan sebagai penyerang, Rooney juga tidak mementingkan diri. Ketepatan umpanan dan hantarannya kepada rakan juga lebih baik dari Drogba yang kadangkala dianggap pemalas kerana gagal merebut bola kembali apabila lawan menguasainya. Untuk perlawanan malam ini, Ferguson mungkin akan membiarkan Rooney berseorangan di hadapan sambil meletakkan Michael Carrick, Anderson, Darren Fletcher, Nani dan Ryan Giggs/Paul Scholes untuk menguatkan bahagian tengah.
07 November 2009
Rooney: Ingin Akhiri Karier Bersama United
06 November 2009
Kecederaan Kembali Hantui Ferdinand
05 November 2009
Valencia Mahu Jaringkan Lebih Banyak Gol
"Menjaringkan tiga gol buat United setakat ini sesuatu yang baik buat saya dan saya amat berpuashati dengan penampilan bersama pasukan setakat ini", kata Valencia. Menurut Valencia, United yang dibarisi ramai pemain bintang akan banyak membantu dirinya berkembang menjadi pemain yang lebih baik. "Saya dikelilingi ramai pemain handalan di sini dan saya berharap ini akan membantu saya menjadi pemain yang lebih baik", katanya lagi. Saya bermain di posisi yang sesuai dalam pasukan dan menjaringkan gol bukanlah satu-satunya matlamat saya. Saya juga harus melakukan hantaran, bertahan dan perlu merencanakan permainan dengan lebih bijak bersama rakan sepasukan".
04 November 2009
United Layak Ke Pusingan Kalah Mati
03 November 2009
United Waspada Kebangkitan CSKA Moscow
Manchester United lwn CSKA Moscow
(4 November 2009, Old Trafford, Manchester)
Dengan pasukan pelawat perlu menang dalam perlawanan ini untuk menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan kalah mati, Ferguson berharap pasukannya tidak leka melayani ancaman CSKA nanti. "Perlawanan ini akan menjadi lebih sukar jika dibandingkan dengan perlawanan pertama ditempat mereka. Situasi kini ialah mereka perlu menang untuk layak dan pastinya tentangan lebih sengit akan mereka berikan", kata Ferguson. Dengan pasukan lawan yang dilihat dibelenggu masalah selepas memecat Juande Ramos sebagai jurulatih mereka, Leonid Slutsky yang dilantik sebagai pengganti akan memikul cabaran besar apatah lagi terpaksa membawa pasukannya kesalah sebuah stadium paling sukar di Eropah dalam misi menghidupkan peluang mereka melangkah ke pusingan seterusnya.
01 November 2009
United Teruskan Tekanan Ke Atas Chelsea
Lain-lain Keputusan Perlawanan:
Arsenal (3) lwn Tottenham Hotspurs (0)
Bolton (0) lwn Chelsea (4)
Burnley (2) lwn Hull City (0)
Everton (1) lwn Aston Villa (1)
Fulham (3) lwn Liverpool (1)
Portsmouth (4) lwn Wigan Athletic (0)
Stoke City (2) lwn Wolverhampton (2)
Sunderland (2) lwn West Ham (2)
