Memphis
Depay muncul pemain pertama ditandatangani Louis Van Gaal dalam usaha
memperkuatkan skuadnya bagi menghadapi saingan musim hadapan tetapi sepertimana
anda, saya juga penuh yakin bahawa Depay bukanlah yang pertama dan terakhir
kerana pasti akan ada beberapa lagi nama baharu yang bakal tiba sepanjang musim
panas ini.
Tahun lalu, Van Gaal berbelanja besar membawa masuk 6 pemain baharu bagi menghadapi saingan musim 2014/15, situasi yang sebenarnya jarang berlaku ketika United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson dan juga David Moyes. Ramai yang yakin situasi sama (Van Gaal berbelanja besar) bakal berulang sekali lagi jika diambilkira kenyataan Van Gaal bahawa beliau memerlukan tempoh dua tahun untuk United kembali bangkit sebagai kuasa bolasepak di England dan Eropah. Menambahkan lagi kehangatan, Robin Van Persie turut mendedahkan bahawa United bakal melakukan pelaburan besar hingga £200 juta bagi mendapatkan pemain-pemain ternama.

Musim
lalu, nama-nama seperti Angel di Maria dan Radamel Falcao `menggoncang’ Old
Trafford menerusi pembelian mega yang dilakukan Van Gaal. Keperluan mendapatkan
pemain-pemain baharu menjadi semakin besar apabila United kembali beraksi di
Liga Juara-Juara (jika melepasi pusingan kelayakan), jadi tidak hairanlah sekiranya
kita akan sekali lagi melihat £100 atau £200 juta dibelanjakan Van Gaal
sepanjang pasaran perpindahan pemain musim panas tahun ini dibuka.
Musim lalu, sebanyak £170 juta dibelanjakan dimana hasilnya United berjaya merebut kembali slot ke Liga Juara-Juara selepas musim sebelumnya (2013/14) kelab sekadar menamatkan saingan liga di tangga ketujuh di bawah era Moyes.

Walaupun
saya berpendapat United sepatutnya berada di kedudukan lebih baik (berbanding
tangga keempat) selepas begitu banyak wang dibelanjakan musim lalu, tetapi
selaku pengendali beliau tetap berjaya melaksanakan misi untuk membawa kelab
kembali ke saingan Liga Juara-Juara selepas semusim sekadar beraksi di pentas
domestik.
Apakah dengan £200 juta yang digembar-gemburkan bakal dibelanjakan nanti akan menyaksikan trofi Liga Perdana musim (2015/16) kembali ke Old Trafford? Jika jawapannya `ya’, maka itulah harga yang terpaksa dibelanjakan pihak pengurusan khususnya pemilik kelab (keluarga Glazer) jika mereka mahu melihat koleksi di almari kejuaraan United bertambah.

Seperti
yang saya sebutkan tadi, kita yakin Depay bukalah yang pertama dan terakhir
kerana selepas berjaya mendapatkan tandatangan penjaring terbanyak Eredivisie
ini, nama-nama seperti Nicolas Otamendi, Mats Hummels, Harry Kane dan Gareth
Bale diletakkan media dalam senarai sasaran Van Gaal.
Benteng pertahanan sudah pasti bakal menjadi fokus utama Van Gaal untuk diperkuatkan dan jika benar laporan media bahawa beliau mahu mendapatkan khidmat Otamendi dan Hummels, saya anggap itu adalah satu pilihan yang cukup bagus.
Otamendi dilabel antara pertahanan tengah paling mempesonakan di La Liga musim lalu, jadi tidak hairanlah mengapa Valencia meletakkan tanda harga €47 juta kepada mana-mana kelab yang mahu mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Argentina itu.

Dengan
laporan bahawa Otamendi meletakkan sasaran hanya Old Trafford destinasi yang
ingin beliau tuju, peluang Van Gaal mendapatkan pemain pertahanan ini cukup
cerah. Faktor adanya dua rakan senegara beliau (di Maria dan Rojo) dalam kem
United juga saya kira bakal memudahkan lagi tugas Van Gaal mendapatkan
tandatangan pemain ini.
Selain Otamendi, minat United ke atas bintang antarabangsa Jerman dan juga nadi dibenteng pertahanan Borussia Dortmund, Mats Hummels masih belum padam apabila kelab sekali lagi dikaitkan dengan pemain berusia 26 tahun itu.
Jika dulu, Jurgen Klopp muncul individu paling tegas cuba mengekalkan Hummels di Signal Iduna Park selama yang boleh, tetapi kini kelibat pengendali penuh karisma itu sudah tiada lagi. Tidak pasti adakah pengganti Klopp (Thomas Tuchel) akan melakukan pendekatan yang sama demi mengekalkan Hummels di Signal Iduna Park.

Tetapi
harus diingat dengan Dortmund sendiri tidak akan beraksi di pentas Eropah (baik
Liga Juara-Juara mahupun Liga Europa), amat menarik untuk kita saksikan adakah
Tuchel mampu mengekalkan salah seorang pemain terbaik mereka dalam skuadnya
sepertimana yang pernah dilakukan Klopp dulu.
Van Gaal bukan sahaja memerlukan pertahanan tengah baharu, tetapi beliau juga nampaknya cuba mencari seorang pemain pertahanan kanan tulen selepas Antonio Valencia memikul tanggungjawab tersebut musim lalu menerusi sistem tiga pemain pertahanan yang digunakan beliau.
Mutakhir ini, nama yang sering disebut-sebut menjadi sasaran Van Gaal ialah bek Monaco dan Brazil, Fabinho. Fabinho bagi saya adalah sasaran yang realistik untuk ditandatangani, bukan sahaja tentang soal harga dan bakat tetapi usia pemain itu sendiri yang masih muda (21 tahun).

Selain
Fabinho ada beberapa lagi bek kanan yang dikaitkan dengan perpindahan ke Old
Trafford musim panas ini.
Antaranya ialah Nathaniel Clyne dari Southampton, Gregory Van der Weil (PSG) dan Dani Alves (Barcelona). Beralih di bahagian tengah pula, saya yakin akan ada rombakan yang bakal dilakukan oleh Van Gaal dan sudah tentu fokus utama beliau ialah mencari pemain yang boleh membantu Michael Carrick.
Siapakah pemain yang ideal untuk menemani Carrick di bahagian tengah? Untuk soalan ini, mungkin ada yang memilih Bastian Schweinsteiger sebagai calon pilihan berdasarkan spekulasi yang mengatakan bahawa United menunjukkan minat yang tinggi terhadap pemenang Piala Dunia 2014 ini. Bagaimanapun harus diingat bahawa Schweini sudah beusia 30 tahun, malah kondisi fizikalnya juga boleh dipertikaikan selepas kerap dilanda kecederaan.

Mungkin
juga ramai di kalangan peminat-peminat United memasang impian mahu menyaksikan
perpindahan Schweini ke Old Trafford direalisasikan selepas bertahun-tahun
beliau dikaitkan dengan The Red Devils. Bagaimanapun
saya tidak fikir Van Gaal akan melaburkan sejumlah wang bagi mendapatkan pemain
yang sudah berumur dan diragui kecergasannya.
Selain Schweini, Paul Pogba, Ilkay Gundogan dan Morgan Schneiderlin turut diberitakan menarik minat Van Gaal. Antara mereka bertiga (Pogba, Gundogan dan Schneiderlin), saya lebih teruja mahu menyaksikan kepulangan semula Pogba ke Old Trafford walaupun sedar nilai pemain antarabangsa Perancis itu sudah jauh melambung berbanding ketika beliau meninggalkan kelab pada 2012.
Selepas muncul nadi di bahagian tengah Juventus selama tiga musim di Turin, kelibat Pogba diberitakan turut menjadi sasaran Florentino Perez yang mahu memperkasakan Real Madrid berikutan kegagalan mereka memenangi sebarang kejuaraan musim lalu.

Jika
Perez mengarahkan Rafael Benitez menyertai perlumbaan mendapatkan khidmat
Pogba, saya terpaksa mengakui bahawa peluang menyaksikan kepulangan semula
pemain itu ke Old Trafford terlalu tipis.
Ketika kita ghairah membicarakan siapa nama baharu yang bakal dibawa masuk, kita juga terpaksa mengakui akan ada beberapa pemain yang bakal meninggalkan kelab atas pelbagai faktor. Antonio Valencia, Radamel Falcao, Robin Van Persie, Jonny Evans, Rafael da Silva dan David De Gea antara nama yang dikaitkan akan menuju pintu keluar Old Trafford.
Saya tidak gusar dengan prospek kehilangan De Gea kerana terdapat sejumlah penjaga gol bertaraf dunia yang sedia menggantikan tempat warga Sepanyol itu untuk ditugaskan mengawal gawang United. Keylor Navas, Hugo Lloris, Petr Cech, Fernando Muslera atau Samir Handanovic diyakini pengganti berpotensi jika De Gea berhasrat kembali semula ke La Liga.

Apa
yang menggusarkan saya ialah siapa yang bakal menggantikan tempat Van Persie
dan Falcao di barisan hadapan sekiranya benar kedua-dua pemain tidak akan
dikekalkan di Theatre of Dreams.
Setakat ini, kita hanya memiliki Wayne Rooney yang memiliki pengalaman luas
selaku penyerang utama manakala James Wilson pula kemungkinan besar diletakkan
dalam senarai pemain yang akan dipinjamkan bagi menimba pengalaman dan
memberikan peluang buat bintang muda ini bermain dengan lebih kerap.
Setakat ini kita hanya mendengar laporan yang sudahpun tersebar luas tentang minat United terhadap Karim Benzema dan Harry Kane. Jika Real Madrid berjaya mendapatkan khidmat penyerang prolifik Olympique Lyon (Alexandre Lacazette), peluang United mendapatkan Benzema agak cerah manakala sukar untuk meramal masa depan Kane di White Hart Lane kerana pendekatan Daniel Levy yang keberatan melepaskan bintang-bintang terbaiknya kepada kelab musuh domestik seperti United.

Adakah
akan ada penyerang baharu yang bakal dibawa masuk untuk digandingkan bersama
Rooney, atau Van Persie terus kekal bersama kelab sekaligus menidakkan rumours yang mengatakan bahawa beliau
akan menuju ke Serie A atau Super Lig?
Mungkinkah Benzema atau Kane atau mungkin sahaja Van Gaal bakal melakukan kejutan dengan menyertai perlumbaan bagi mendapatkan tandatangan Lacazette selaku gandingan baharu Rooney musim hadapan? Saya akan menunggu jawapan kepada semua persoalan ini dengan penuh sabar.
Akhir sekali selepas semua urusan perpindahan pemain diselesaikan dan Van Gaal berjaya mendapatkan pemain-pemain yang beliau inginkan bagi menghadapi musim baharu, kita pastinya akan tertanya-tanya sistem, taktikal atau formasi apa yang bakal beliau gunakan nanti sesuai dengan gaya permainan pemain-pemain yang ada dalam skuadnya.

lalu saya anggap sebagai musim eksperimen buat Van Gaal jika dilihat kepada
formasi permainan yang beliau gunakan sepanjang musim. Dari sistem 3-5-2,
beliau mengubah kepada 4-1-3-2 dan kemudiannya 4-1-4-1 bagi mencari sistem mana
paling sesuai dengan keseimbangan pasukan.
Saya berharap untuk musim hadapan beliau sudah menemui sistem mana paling sesuai dengan gaya permainan sebenar United. Andainya beliau berjaya memaksa Levy berpisah dengan Kane atau beliau berjaya mendaratkan Benzema, apakah akan berlaku lagi pertukaran dalam sistem permainan United?
Sama ada Van Persie kekal atau tidak, atau Van Gaal berjaya mendapatkan penyerang baharu, saya yakin beliau akan sekali lagi melakukan perubahan kepada sistem permainan skuadnya.

Pembelian
Depay bermakna Van Gaal juga mungkin beralih kepada sistem 4-3-3 dengan
meletakkan penjaring terbanyak Eredivisie itu di sebelah kiri, Rooney di
sebelah kanan dan Van Persie atau sesiapa sahaja selaku penyerang tengah.
Walau sistem apapun yang beliau ingin gunapakai atau pemain mana yang beliau inginkan sepanjang pasaran perpindahan musim panas ini dibuka, saya cuma berharap pada musim keduanya di Old Trafford, Van Gaal berjaya meletakkan United kembali sebagai pasukan digeruni baik dalam saingan domestik mahupun Eropah.
Tanpa sebarang kejuaraan atau lebih buruk lagi terkeluar dari zon empat teratas sebenarnya situasi yang terlalu asing buat kelab besar seperti United. Van Gaal sepatutnya berasa bertuah kerana masih kekal dikerusi pengurus meskipun tidak berjaya menghadiahkan sebarang trofi pada musim pertamanya di Old Trafford (jika diambilkira perbelanjaan besar yang sudah beliau laburkan musim panas tahun lalu).

Walau
bagaimanapun seperti yang saya katakan di awal tadi, beliau tetap berjaya
melaksanakan misi utamanya iaitu membawa United kembali beraksi di pentas Liga
Juara-Juara Eropah selepas semusim di belenggu prestasi buruk ketika era
singkat Moyes (2013/14).
Dengan pengalaman luas yang dimiliki Van Gaal dan falsafah permainannya, saya yakin koleksi trofi kejuaraan akan bertambah di Theatre of Dreams musim hadapan.
Musim kedua beliau selaku pengendali United, tiada lagi istilah `musim eksperimen’ kerana jika banyak wang yang terpaksa dilaburkan pihak pengurusan bagi persiapan menghadapi musim baharu, bermakna keluarga Glazer juga hanya mahukan trofi kejuaraan sebagai pulangan ke atas beratus juta pound wang yang sudah mereka laburkan.
Jika United sekali lagi menamatkan musim mereka tanpa trofi, percayalah kedudukan Van Gaal pasti dalam bahaya tetapi saya harap perkara itu tidak akan berlaku. Selamat berjaya Van Gaal…Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Tiada ulasan:
Catat Ulasan