Pertembungan Manchester City dan Manchester United malam ini di Eastlands merupakan perlawanan penting buat jiran setempat itu ketika musim Liga Perdana Inggeris semakin hampir ke penghujung. City yang menanti kunjungan United sedang ghairah memburu tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan manakala United pula masih berharap mereka mampu memadamkan hasrat Chelsea menjulang kejuaraa Liga Perdana musim ini. United tiada pilihan lain kecuali mencatat kemenangan ke atas jiran mereka itu jika mahu terus menyaingi Chelsea dalam perebutan kejuaraan liga. Ketika ini United ketinggalan empat mata di belakang skuad The Blues itu dengan baki empat perlawanan untuk diharungi. United terselamat dari jatuh ke tangga ketiga liga selepas Arsenal tewas kepada Tottenham Hotspur dan berharap skuad bimbingan Harry Redknapp mampu melakukan aksi yang sama ketika menanti kunjungan Chelsea di White Hart Lane awal pagi esok. United menewaskan City yang ketika itu dibimbing Mark Hughes dalam perlawanan pertama, September tahun lalu hasil jaringan lewat kontroversi Michael Owen. Walau bagaimanapun City kini di bawah bimbingan pelatih Itali, Roberto Mancini dan mereka sedang menikmati prestasi terbaik apabila mencatat empat kemenangan berturut-turut.
City menjaringkan sebelas gol dalam dua perlawanan terakhir mereka dengan membelasah Burnley 6-1 di gelanggang lawan dan Birmigham 5-1 di Eastlands. Benteng United juga kini perlu lebih berwaspada dengan ketajaman yang dipamerkan bekas bintang mereka di Old Trafford, Carlos Tevez yang meledak tujuh gol dalam empat perlawanan. Sir Alex Ferguson kini boleh menarik nafas lega berikutan pengesahan bahawa penggempur berbisanya, Wayne Rooney boleh diturunkan malam ini. Ketiadaan Rooney menyaksikan barisan penyerang United yang diketuai Dimitar Berbatov beraksi hambar ketika mereka terikat 0-0 dengan Blackburn Rovers di Ewood Park, Ahad lalu. Malah Mancini juga berharap agar Rooney dapat diturunkan malam ini. "Adalah lebih baik jika Rooney dapat diturunkan. Dia adalah pemain yang fantastik dan telah melalui musim yang hebat. Tentu sahaja dia pemain yang berbahaya tetapi United mempunyai ramai pemain yang hebat", ujar Mancini. "Kami pernah mengalahkan mereka di gelanggang kami dan akan melakukannya sekali lagi. Cukup bagus jika kedua-dua pasukan diperkuatkan pemain terbaik masing-masing dan pasukan yang menang nanti adalah pasukan terbaik", tambah Mancini lagi.
Barisan Kemungkinan United:
Edwin Van der Sar, Patrice Evra, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Gary Neville, Luis Antonio Valencia, Darren Fletcher, Michael Carrick, Park Ji-Sung, Nani & Wayne Rooney

Tiada ulasan:
Catat Ulasan