22 Mei 2011

FERGUSON: VIDIC PEMAIN TERBAIK UNITED MUSIM INI


LONDON, ENGLAND - MAY 01:  Nemanja Vidic of Manchester United in action during the Barclays Premier League match between Arsenal and Manchester United at the Emirates Stadium on May 1, 2011 in London, England.
Ramai yang tidak mengenali Nemanja Vidic sebelum beliau menyertai United pada tahun 2006. Bekas pemain Red Star Belgrade ini lahir dan dibesarkan di kota Titovo Uzice, Yugoslavia (sebelum negara tersebut berpecah). Karier Vidic bermula di Red Star seawal usia 15 tahun dan menyedari potensi yang dimiliki Vidic, Red Star meminjamkannya semusim kepada Spartak Subotica selama semusim untuk mengasah bakat dan penampilannya. Sebaik pulang semula ke pangkuan Red Star, Vidic muncul tonggak utama pasukan dan akhirnya dilantik sebagai kapten selama tiga musim. Bersama Red Star, Vidic menjaringkan 12 gol dari 76 perlawanan, satu angka yang cukup menakjubkan bagi seorang pemain pertahanan. Kehebatan Vidic menarik minat Spartak Moscow dan beliau berpindah ke kelab gergasi Rusia itu pada tahun 2004. Walaupun angka sebenar perpindahan Vidic tidak didedahkan, ramai yang percaya Vidic telah mencatat rekod pemain termahal liga Rusia ketika itu. Kehebatan Vidic akhirnya sampai ke telinga Sir Alex Ferguson dan United membayar 7 juta Pound kepada Spartak Moscow untuk membawa Vidic ke Old Trafford pada tahun 2006. Musim pertama di Old Trafford, Vidic berjaya membantu United memenangi Piala Liga (Carling Cup) dan dianugerahkan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (PFA) pada tahun 2008. Penyokong-penyokong United melihat Vidic sebagai klon kepada Steve Bruce (pertahanan United 1987-96) kerana corak permainan kerasnya. Disebabkan itu juga, penyokong-penyokong di Old Trafford sering melaungkan perkataan "Vidic akan membunuhmu" kepada pemain lawan. Kehidupan peribadi Vidic memang jauh dari publisiti...itulah Vidic, `Si Pembunuh Penyerang Lawan'. United sungguh beruntung kerana memiliki pertahanan kebal seperti Vidic, pemain yang dianggap Ferguson sebagai terbaik untuk United musim ini.

17 Mei 2011

EVRA DEDAH RAHSIA KEBANGKITAN UNITED


Manchester United's Patrice Evra (L) and Nani celebrate after their English Premier League soccer match in Blackburn, northern England May 14, 2011. Manchester United were crowned champions of England for a record 19th time on Saturday when they drew 1-1 at Blackburn Rovers to secure the point they needed to win the Premier League title.

Manchester United sudahpun merakamkan sejarah tersendiri apabila muncul kelab paling banyak memenangi kejuaraan liga selepas berjaya meraih satu mata berharga ketika bertemu Blackburn Rovers di Ewood Park, Sabtu lalu. Kejayaan meraih satu mata berharga itu menyaksikan United mengesahkan kejuaraan ke-19 Liga Perdana Inggeris milik mereka biarpun masih memiliki baki satu perlawanan musim ini. Selepas ketinggalan hasil jaringan pemain Australia, Brett Emerton di minit ke-20, United bangkit mengikat kedudukan melalui penalti Wayne Rooney di minit ke-72 selepas Javier Hernandez dikasari Paul Robinson di dalam petak penalti. Kunci kejayaan United memecahkan rekod yang dipegang bersama musuh tradisi mereka Liverpool sebagai kelab paling banyak memenangi kejuaraan liga didedahkan Patrice Evra kelmarin. Evra mendedahkan bagaimana Sir Alex Ferguson meniup motivasi kepada pasukannya selepas kekalahan 0-1 di tangan Arsenal di Stadium Emirates. Kekalahan itu menyaksikan kelebihan United di persada liga semakin terhakis apabila pencabar terdekat mereka, Chelsea merapatkan kedudukan kepada hanya tiga mata. "Pengurus memberikan kami `tekanan' yang sangat luarbiasa", kata Evra. "Selepas kekalahan kepada Arsenal, dia berkata, "Apakah kamu benar-benar inginkan kejuaraan ke-19 ini? Apakah kamu serius?, Jika ya, kamu harus berjuang untuk memenanginya. Berapa banyak lagi peluang yang akan kamu buang?" Ternyata kata-kata Ferguson itu berjaya menyuntik motivasi kepada pemain-pemainnya apabila seminggu selepas itu mereka semakin menghampiri kejuaraan liga apabila berjaya menundukkan pencabar kejuaraan, Chelsea di Old Trafford. Kemenangan ke atas Chelsea menyaksikan United kembali melebarkan kedudukan kepada enam mata di tangga teratas dengan baki dua perlawanan. Perlumbaan merebut kejuaraan liga berakhir selepas United berjaya meraih satu mata ketika bertemu Blackburn Rovers Sabtu lalu sekaligus muncul kelab paling berjaya di England apabila berjaya mengumpul kejuaraan ke-19 mereka dan yang ke 12 di bawah bimbingan Ferguson.

14 Mei 2011

UNITED BURU 1 MATA


Manchester's English striker Wayne Rooney (C) and Welsh midfielder Ryan Giggs (2nd L) celebrate with their teammates after the 0-1 during the Champions League semi-final, first-leg match of Schalke 04 against Manchester United on April 26, 2011 in Gelsenkirchen, western Germany. Manchester United won the match 0-2.

Manchester United hanya memerlukan satu mata ketika bertandang ke gelanggang Blackburn Rovers, Ewood Park bagi mengesahkan kejuaraan mereka musim ini. Keputusan seri sudah cukup buat United untuk mencatat rekod baru bolasepak England sebagai pasukan paling banyak memenangi kejuaraan liga. Bagi Rovers yang ketika ini menduduki tangga ke-16 liga, mereka memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini untuk menjauhkan diri dari zon penyingkiran. Mereka ketika ini hanya memiliki kelebihan dua mata dari Wolverhampton Wanderers di tanggan ke 17 dan tiga mata di hadapan Blackpool dan Wigan Athletic yang menduduki tangga ke 18 dan 19. Sir Alex Ferguson dijangka menurunkan skuad terbaiknya dalam perlawanan ini dengan Dimitar Berbatov dijangka memulakan aksi dalam kesebelasan utama di Ewood Park. Perlawanan ini juga akan menjadi pentas pemanas badan buat Darren Fletcher yang baru kembali ke dalam skuad selepas diketepikan selama dua bulan kerana jangkita virus. Walaupun menerima khabar kemungkinan Sir Alex Ferguson bakal dikenakan tindakan FA Inggeris kerana komen sebelum perlawanan terhadap Howard Webb yang mengadili perlawanan United/Chelsea minggu lalu, semangat ingin menjulang trofi ke-19 pastinya semakin memuncak dan Rovers seharusnya berwaspada jika tidak mahu insiden dibelasah 1-7 ketika perlawanan pusingan pertama di Old Trafford berulang. Tuan rumah bekal kehilangan khidmat pertahanan kental mereka, Phil Jones akibat kecederaan bahu. Situasi kecergasan David Dunn dan Nikola Kalinic juga dalam keraguan manakala Michel Salgado dijangka kembali memperkuatkan pasukan.

10 Mei 2011

GIGGS PUJI PENAMPILAN HERNANDEZ


Manchester United's Javier Hernandez scores a goal against Chelsea during their English Premier League soccer match at Old Trafford, Manchester, England, Sunday May 8, 2011. 20 7864 9121 or EMAIL infofootball-dataco.com FOR DETAILS.
Bintang veteran Manchester United, Ryan Giggs memuji penampilan hebat Javier Hernandez musim ini biarpun ini adalah musim pertama penyerang muda Mexico itu bersama United. Hernandez membuktikan bahawa dia adalah lagenda dalam pembikinan di Old Trafford selepas meledak gol pantas ketika pertemuan dengan Chelsea dalam saingan liga Ahad lalu. Gol itu juga adalah merupakan gol ke-20 Hernandez untuk United dalam pelbagai kejohanan. Ketika mula menjejakkan kaki di Old Trafford, tidak ramai yang menyangka bahawa anak muda ini akan meledak dalam tempoh yang singkat mengambilkira inilah musim pertama beliau di luar Mexico. Hernandez sudah tiga kali menembusi gawang Chelsea musim ini, yang pertama ketika pertemuan pembuka tirai merebut trofi Perisai Komuniti. Hernandez terus menghantui pertahanan Chelsea ketika pertemuan suku akhir Liga Juara-Juara di gelanggang sendiri April lalu dan kelmarin Petr Cech sekali lagi dipaksa memungut bola di gawang sendiri hasil ketajaman pemain yang digelar Chicharito itu. Ramai beranggapan gol pertama United yang dihasilkan Hernandez merentap semangat Chelsea dalam pertemuan penentu kejuaraan liga itu dan David Luiz yang sebelumnya dianggap pembelian tepat Ancelotti di benteng agak tertekan sepanjang separuh masa pertama hingga memaksa dia digantikan Alex di babak kedua. Kemenangan 2-1 United ke atas juara bertahan itu meletakkan skuad kendalian Sir Alex Ferguson di ambang kejuaraan ke-19 mereka. Hernandez muncul pemain kedua berjaya menjaringkan 20 gol di musim pertama bersama United selepas Ruud van Nistelrooy melakukannya pada tahun 2001. Kejayaan Hernandez turut menarik perhatian Giggs, "20 gol pada musim pertama sukar untuk dipercayai", komen Giggs. "Anda selalu mempunyai peluang apabila mempunyai seorang penjaring gol seperti Hernandez dalam pasukan". Prestasi hebat Hernandez ketika ini menyebabkan Dimitar Berbatov yang juga merupakan penjaring terbanyak liga setakat ini terpaksa memanaskan bangku simpanan.

08 Mei 2011

KEJUARAAN KE-19 DI OLD TRAFFORD?


http://d.yimg.com/a/p/ap/20110501/capt.9ac6b1662c88401bb4917c9c84a5bf5e-9ac6b1662c88401bb4917c9c84a5bf5e-0.jpg
Sir Alex Ferguson mengakui bahawa beliau tidak pernah membayangkan bahawa suatu hari nanti Manchester United mampu mengatasi rekod milik Liverpool sebagai kelab paling banyak memenangi trofi Liga Perdana Inggeris. Ketika ini United dan Liverpool berkongsi rekod memenangi 18 gelaran kejuaraan liga dan anak-anak buah Ferguson memperolehi kesempatan terbaik mereka memadamkan rekod itu jika berjaya menewaskan Chelsea di Old Trafford malam ini. Kemenangan ke atas Chelsea membolehkan United mendahului perlumbaan merebut kejuaraan dengan kelebihan enam mata ke atas skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dan hanya memerlukan satu mata dari baki dua perlawanan terakhir mereka untuk mengesahkan kejuaraan. Ketika mengambilalih pengurusan di Old Trafford dari Ron Atkinson pada tahun 1986, United hanya memiliki rekod memenangi tujuh kejuaraan liga sementara Liverpool terus menambah koleksi mereka pada tahun 1988 dan 1990. Ketika format Liga Perdana diperkenalkan buat pertama kalinya pada musim 1992-93, Ferguson akhirnya meraih kejuaraan liga sulungnya bersama United yang juga merupakan kejuaraan pertama dalam tempoh 26 tahun. Kemenangan musim 1992/93 itu turut didorong impak kehadiran Eric Cantona dari Leeds United, satu dari deretan pembelian bijak Ferguson sepanjang kariernya di Old Trafford.

Selepas menghadiahkan 11 gelaran liga setakat ini, Ferguson memburu penghormatan sebagai pengurus paling berjaya di Old Trafford selepas era Sir Matt Busby jika berjaya menundukkan pencabar terdekat mereka itu sekaligus membuka peluang besar buat skuad The Red Devils merakamkan gelaran ke-19 mereka. Meskipun mengakui matlamat menyaingi pencapaian Liverpool sentiasa menjadi keutamaannya sejak mula mengambilalih teraju dari Atkinson, Ferguson bagaimanapun tidak pernah membayangkan bahawa beliau akhirnya akan berjaya memadamkan rekod kebanggaan kelab Merseyside itu. "Sebab utama saya datang ke sini adalah untuk memenangi trofi. Selepas memenangi kejuaraan liga pertama bersama United, saya merasa satu beban yang besar telah berjaya dilepasi. Mendapatkan yang pertama adalah misi utama saya", kata Ferguson. Malam nanti United yang mendahului perlumbaan kejuaraan dengan kelebihan 3 mata berbanding Chelsea di tangga kedua, berpeluang mengesahkan kejuaraan ke-19 milik mereka jika berjaya menewaskan skuad The Blues itu. Dengan rekod baik di gelanggang sendiri musim ini, United dilihat pilihan untuk memenangi perlawanan yang dilabel sebagai perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris. Selepas merehatkan sebahagian besar pemain utamanya ketika pertemua separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Schalke 04 kelmarin, Ferguson tiada masalah menurunkan skuad terkuat bagi menghadapi Chelsea nanti.

02 Mei 2011

GOL RAMSEY JADI PEMISAH


Aaron Ramsey (obscured) of Arsenal is congratulated by his team mates after scoring his team's first goal against Manchester United as Wayne Rooney looks on during their English Premier League soccer match at the Emirates stadium in north London, May 1, 2011.
Sir Alex Ferguson mengakui bahawa beliau begitu kecewa dengan kegagalan pasukannya mendapatkan sebarang mata dari Stadium Emirates. Gol tunggal Aaron Ramsey memberikan kemenangan berharga buat Arsenal dalam menghidupkan peluang tipis mereka bersaing merebut kejuaraan liga musim ini. Arsenal kini ketinggalan enam mata di belakang United dengan baki tiga perlawanan, manakala United pula gagal melebarkan penguasaan mereka di tangga teratas apabila cuma dibezakan tiga mata dari pencabar terdekat, Chelsea. "Perlawanan ini sepatutnya berakhir dengan keputusan seri, namun mereka berjaya menjaringkan gol melalui satu percubaan terus ke gawang. Itu sungguh mengecewakan," kata Ferguson. "Kami sudah melakukan yang terbaik pada separuh masa kedua. Kami melakukan umpanan-umpanan dan bermain lebih baik berbanding separuh masa pertama. Penjaga gol mereka juga bermain dengan baik menyelamatkan percubaan dari Rooney dan Nani". Kekalahan ini menyaksikan saingan merebut kejuaraan liga semakin sengit dengan United, Chelsea dan Arsenal tampak akan bersaing hingga ke perlawanan terakhir. United mampu menutup terus peluang kedua-dua pasukan pencabar itu sekiranya berjaya menewaskan Chelsea di Old Trafford minggu hadapan.