Ramai yang tidak mengenali Nemanja Vidic sebelum beliau menyertai United pada tahun 2006. Bekas pemain Red Star Belgrade ini lahir dan dibesarkan di kota Titovo Uzice, Yugoslavia (sebelum negara tersebut berpecah). Karier Vidic bermula di Red Star seawal usia 15 tahun dan menyedari potensi yang dimiliki Vidic, Red Star meminjamkannya semusim kepada Spartak Subotica selama semusim untuk mengasah bakat dan penampilannya. Sebaik pulang semula ke pangkuan Red Star, Vidic muncul tonggak utama pasukan dan akhirnya dilantik sebagai kapten selama tiga musim. Bersama Red Star, Vidic menjaringkan 12 gol dari 76 perlawanan, satu angka yang cukup menakjubkan bagi seorang pemain pertahanan. Kehebatan Vidic menarik minat Spartak Moscow dan beliau berpindah ke kelab gergasi Rusia itu pada tahun 2004. Walaupun angka sebenar perpindahan Vidic tidak didedahkan, ramai yang percaya Vidic telah mencatat rekod pemain termahal liga Rusia ketika itu. Kehebatan Vidic akhirnya sampai ke telinga Sir Alex Ferguson dan United membayar 7 juta Pound kepada Spartak Moscow untuk membawa Vidic ke Old Trafford pada tahun 2006. Musim pertama di Old Trafford, Vidic berjaya membantu United memenangi Piala Liga (Carling Cup) dan dianugerahkan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (PFA) pada tahun 2008. Penyokong-penyokong United melihat Vidic sebagai klon kepada Steve Bruce (pertahanan United 1987-96) kerana corak permainan kerasnya. Disebabkan itu juga, penyokong-penyokong di Old Trafford sering melaungkan perkataan "Vidic akan membunuhmu" kepada pemain lawan. Kehidupan peribadi Vidic memang jauh dari publisiti...itulah Vidic, `Si Pembunuh Penyerang Lawan'. United sungguh beruntung kerana memiliki pertahanan kebal seperti Vidic, pemain yang dianggap Ferguson sebagai terbaik untuk United musim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan