Sir Alex Ferguson bakal menyandarkan harapan kepada pemain-pemain muda United ketika menanti kunjungan Tottenham Hotspurs di Old Trafford awal pagi nanti. Perlawanan di Old Trafford nanti adalah perlawanan pembukaan buat anak-anak buah Harry Redknapp selepas FA England mengambil keputusan menunda pertemuan mereka dengan Everton minggu lalu akibat rusuhan di London. Senarai kecederaan panjang yang dimiliki Ferguson bakal membuka ruang buat Phil Jones, Jonny Evans, Fabio da Silva, Tom Cleverley, Chris Smalling dan Danny Welbeck memperagakan aksi disamping membuktikan bahawa mereka adalah barisan masa depan skuad The Red Devils. Selepas mempamerkan kualiti mereka ketika menjulang trofi Perisai Komuniti, Spurs dilihat lawan paling sesuai buat anak-anak muda United mengasah taring dan membuktikan kepada Ferguson dan penyokong-penyokong bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa diturunkan menggantikan pemain senior. Kunjungan Spurs berbekalkan rekod buruk mereka di Old Trafford pastinya menggusarkan Redknapp yang juga kehilangan sebahagian besar pemain utama akibat kecederaan. Tom Huddlestone, Ledley King, Steven Pienaar dan William Gallas tersisih gara-gara masalah kecederaan manakala Luka Modric yang hatinya sudah berada di Stamford Bridge diketepikan kerana dikatakan kurang fokus. Sejak kali terakhir Gary Lineker menjaringkan gol kemenangan buat Spurs kira-kira 22 tahun yang lalu, pasukan utara London itu tidak pernah menang di Old Trafford sehingga kini dan apakah awal pagi nanti anak-anak buah Redknapp berupaya mengubah `Theatre of Screams' kepada syurga buat mereka? Glory Glory Manchester United!!!
Barisan Kemungkinan United:
David de Gea, Patrice Evra, Jonny Evans, Phil Jones, Chris Smalling, Anderson, Tom Cleverley, Ashley Young, Nani, Wayne Rooney & Danny Welbeck
Tiada ulasan:
Catat Ulasan