Sepertimana
yang anda tahu, musim ini Manchester United menamatkan saingan liga ditangga
kedua. Satu anak tangga lebih baik berbanding pencapaian yang dilakar mereka
musim lalu. Jika diukur dari kedudukan dalam carta liga, ini merupakan satu
lagi kemajuan yang ditunjukkan barisan kendalian Ole Gunnar Solskjaer selepas
dua musim setengah legenda hidup United itu berada di Old Trafford. Mara ke
peringkat suku akhir Piala FA, separuh akhir Piala Liga dan final Liga Europa
juga bukanlah satu pencapaian yang terlalu buruk.
Bagaimanapun
United tidak boleh sekadar berpuashati dengan pencapaian silam kerana musim
depan penyokong-penyokong tentunya meletakkan sasaran lebih tinggi yang harus
dicapai oleh skuad The Red Devils. Trofi pertama, itulah sasaran yang
perlu dicapai Solskjaer dalam usaha beliau menamatkan kemarau kejuaraan yang
sudah berpanjangan selama empat musim di Old Trafford. Untuk melakukannya Solskjaer
perlu melakukan penambahbaikan dalam skuadnya dengan membawa masuk
pemain-pemain baharu.
Pertahanan
Tengah
Bagi
merealisasikan impian menjulang sekurang-kurangnya satu kejuaraan musim depan,
United perlu memperbaiki kelemahan mereka di beberapa posisi. Paling ketara
membabitkan benteng pertahanan, tengah dan hadapan. Musim panas ini, penyokong
mahu melihat Solskjaer membawa masuk seorang pertahanan tengah baharu untuk
digandingkan bersama Harry Maguire. Untuk posisi ini (pertahanan tengah), sudah
ada beberapa nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford.
Jules
Kounde, Pau Torres dan Raphael Varane antara pertahanan tengah yang hangat di
gosipkan dengan minat United terhadap mereka. Kecederaan yang dialami Maguire
penghujung musim ini memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya untuk United
mendapatkan seorang pertahanan tengah pada jendela perpindahan musim panas
nanti. Percayalah, Solskjaer tidak akan mampu merealisasikan impian beliau
untuk menjulang trofi pertamanya sebagai pengurus United dengan set pertahanan
tengah yang beliau miliki sekarang.
Pemain
Tengah Bertahan
Selama
beberapa musim terakhir, United memiliki beberapa opsyen untuk mereka gunakan
dalam posisi ini (pemain tengah bertahan). Fred, Scott McTominay dan Nemanja
Matic adalah diantaranya. Ketiga-tiga mereka secara bergilir-gilir kerap
digunakan Solskjaer sepanjang musim ini untuk beroperasi di posisi tersebut. Secara
peribadi saya berpendapat Fred merupakan seorang interceptor terbaik
dalam skuad United, tetapi dalam masa yang sama kita juga perlu mengakui bahawa
beliau bukanlah seorang passer yang bagus.
Tiada
pertikaian tentang potensi McTominay kerana pada usia 24 tahun, beliau antara
pemain regular dalam kesebelasan United menerusi 31 penampilan yang dilakukannya
musim ini. Bagaimanapun United sebenarnya perlukan seorang pemain tengah
bertahan yang mampu berperanan sebagai `water carriers’ dalam dalam
skuad mereka. United pernah memiliki type pertahanan tengah seperti ini
dalam diri Michael Carrick. Pemain yang bukan sahaja mampu melindungi empat
rakan di barisan belakang tetapi juga memiliki kualiti hantaran yang sangat
bagus.
Di
luar sana ada beberapa `water carriers’ yang boleh dipertimbangkan bagi
menguatkan jentera tengah United. Eduardo Camavinga begitu menyerlah bersama
Rennes, Denis Zakaria merupakan tonggak Borussia Monchengladbach, Boubakary
Soumare berjaya memecah dominasi Paris St Germain apabila berjaya membantu
Lille menjuarai Ligue 1 musim ini pada usia beliau yang baharu mencecah 22
tahun, manakala Franck Kessie pula yang sudah melakukan 174 penampilan bersama
AC Milan akan tamat kontraknya pada musim panas tahun hadapan.
Bagaimanapun
untuk mengisi posisi ini, saya lebih tertarik dengan potensi kelab untuk
`mendaratkan’ Declan Rice ke Old Trafford. Faktor paling utama ialah kemampuan
pemain berusia 22 tahun ini yang sudah terbukti di Liga Perdana berbanding jika
United cuba mendapatkan pemain baharu di luar England. Bagaimanapun halangan
paling besar perlu dihadapi United ialah tanda harga yang diletakkan West Ham
ke atas pemain ini. £80 juta adalah jumlah yang agak `tidak masuk akal’ dan
perlu dipertimbangkan jika Solskjaer mahukan khidmat Rice dalam skuadnya musim
depan.
Penyerang
Sayap
Mengandaikan
bahawa United tidak akan menandatangani sebarang penyerang tengah baharu musim
depan selepas mereka melanjutkan kontrak Edinson Cavani selama semusim lagi,
anda mungkin boleh mengharapkan agar saga perpindahan Jadon Sancho ke Old
Trafford mampu direalisasikan. United memang memerlukan tambahan kekuatan di
sisi kanan barisan hadapan mereka, jadi Sancho adalah pilihan yang sangat crucial.
Tiga
musim terakhir di Signal Iduna Park, Sancho muncul antara tonggak penting di
barisan hadapan Borussia Dortmund. Musim ini pula, lapan gol yang
dijaringkannya dalam saingan liga meletakkan Sancho bersama Marco Reus muncul
penjaring gol kedua terbanyak Dortmund di belakang Erling Haaland. Jika Haaland
muncul penjaring terbanyak Dortmund, Sancho pula merupakan penyumbang bantuan
gol utama menerusi 11 assist yang
diciptanya.
Musim
panas kali ini adalah detik yang tepat buat United jika mereka mahukan Sancho
selepas berdepan kegagalan mendapatkan khidmat pemain antarabangsa England itu
tahun lalu. Berbanding musim lalu, Dortmund juga kelihatan seperti tidak lagi
meletakkan Sancho sebagai prioriti utama yang mereka akan pertahankan di Signal
Iduna Park. Situasinya sekarang sudah berbeza kerana Dortmund kini lebih lunak
dan sedia mendengar tawaran dari mana-mana kelab untuk mendapatkan khidmat
bintang mereka itu.
Penutup
Secara
peribadi, perkara pertama yang ingin saya lihat ialah ada pertahanan tengah
baharu yang dibawa masuk untuk digandingkan bersama Harry Maguire. Kerana masalah
utama yang dihadapi United musim ini ialah kualiti benteng pertahanan mereka
terutamanya membabitkan posisi pertahanan tengah. Dapatkan Raphael Varane, Pau
Torres, Jules Kounde, Kalidou Koulibaly atau sesiapa sahaja kerana Maguire
perlukan rakan gandingan setaraf yang mampu menjadikan benteng pertahanan
United lebih ampuh.
Prioriti
kedua pula ialah cuba dapatkan seorang pemain yang boleh memainkan peranan
sebagai `water carriers’ di bahagian tengah, manakala kehadiran Jadon
Sancho mampu menawarkan lebih variasi kepada bentuk serangan United. Apa yang
saya bayangkan musim depan ialah barisan pertahanan United akan diterajui Harry
Maguire serta rakan gandingan baharu beliau di posisi pertahanan tengah.
Manakala Luke Shaw dan Aaron Wan-Bissaka di sisi kanan dan kiri.
Di
bahagian tengah pula jika Paul Pogba masih kekal bersama kelab, beliau akan
bergandingan bersama Declan Rice manakala Bruno Fernandes kekal dengan
peranannya selaku pemain nombor 10. Sisi kanan dan kiri barisan hadapan akan
diisi Jadon Sancho serta Marcus Rashford dengan Edinson Cavani bertindak selaku
penyerang tengah. Semoga bursa perpindahan musim panas tahun ini tidak berlaku
`kekacauan’, dan Solskjaer mampu mendapatkan pemain-pemain yang beliau inginkan
menerusi sokongan John Murtough dan Darren Fletcher selaku DoF dan Pengarah
Teknikal. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan