30 Jun 2011
YANG DITUNGGU DAH TIBA
29 Jun 2011
TIGA NAFAS BARU
Selepas Phil Jones dan Ashley Young, kini giliran penjaga gol muda terbaik Eropah menyertai United untuk saingan musim depan. David de Gea yang baru tamat tugasan bersama skuad U-21 Sepanyol di Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun (Sepanyol muncul sebagai juara kejohanan ini) menjalani pemeriksaan perubatan di Old Trafford semalam. Walau pun masih belum diumumkan secara rasmi sebagai pemain United, ketiga-tiga pemain ini sebenarnya boleh dikatakan sudah 99% bakal menjadikan Old Trafford sebagai destinasi mereka musim depan. Selepas persaraan Edwin Van der Sar, Gary Neville dan Paul Scholes, di samping kegagalan United di final Liga Juara-Juara Mei lalu, Sir Alex Ferguson nampaknya begitu bernafsu merevolusikan skuadnya dengan membawa masuk pemain berusia di bawah 25 tahun. Kedatangan Ashley Young dari Villa Park pastinya menjadikan saingan merebut tempat di posisi sayap semakin sengit. United ketika ini sudah memiliki Antonio Valencia dan Nani di sebelah kanan manakala bintang veteran, Ryan Giggs, Park Ji-Sung dan Gabriel Obertan di sebelah kiri. Gandingan Chris Smalling dan Phil Jones adalah pelaburan masa depan Ferguson di posisi pertahanan tengah bagi menggantikan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic. Harus diingat Ferguson ketika ini turut memiliki dua bek muda di sebelah kiri dan kanan (Rafael dan Fabio da Silva). Ketibaan De Gea di Old Trafford semalam bagi menjalani pemeriksaan perubatan bakal menamatkan teka-teki siapa bakal menggantikan Van der Sar yang bersara sebaik berakhirnya final Liga Juara-Juara musim lalu. Biarpun baru berusia 20 tahun, De Gea dianggap bakal penjaga gol masa depan skuad kebangsaan Sepanyol menggantikan Iker Casillas. Selepas ini penyokong-penyokong United pastinya tertunggu-tunggu siapa pemain baru yang bakal dibawa Ferguson bagi menggantikan tempat Paul Scholes. Selepas persaraan Scholes, United memang memerlukan seorang perancang tengah berwibawa sebagai jeneral di tengah padang. Mungkinkah Wesley Sneijder, Alexis Sanchez, Samir Nasri, Luca Modric atau perancang muda Barca, Thiago Alcantara?
22 Mei 2011
FERGUSON: VIDIC PEMAIN TERBAIK UNITED MUSIM INI
Ramai yang tidak mengenali Nemanja Vidic sebelum beliau menyertai United pada tahun 2006. Bekas pemain Red Star Belgrade ini lahir dan dibesarkan di kota Titovo Uzice, Yugoslavia (sebelum negara tersebut berpecah). Karier Vidic bermula di Red Star seawal usia 15 tahun dan menyedari potensi yang dimiliki Vidic, Red Star meminjamkannya semusim kepada Spartak Subotica selama semusim untuk mengasah bakat dan penampilannya. Sebaik pulang semula ke pangkuan Red Star, Vidic muncul tonggak utama pasukan dan akhirnya dilantik sebagai kapten selama tiga musim. Bersama Red Star, Vidic menjaringkan 12 gol dari 76 perlawanan, satu angka yang cukup menakjubkan bagi seorang pemain pertahanan. Kehebatan Vidic menarik minat Spartak Moscow dan beliau berpindah ke kelab gergasi Rusia itu pada tahun 2004. Walaupun angka sebenar perpindahan Vidic tidak didedahkan, ramai yang percaya Vidic telah mencatat rekod pemain termahal liga Rusia ketika itu. Kehebatan Vidic akhirnya sampai ke telinga Sir Alex Ferguson dan United membayar 7 juta Pound kepada Spartak Moscow untuk membawa Vidic ke Old Trafford pada tahun 2006. Musim pertama di Old Trafford, Vidic berjaya membantu United memenangi Piala Liga (Carling Cup) dan dianugerahkan pemain terbaik Liga Perdana Inggeris (PFA) pada tahun 2008. Penyokong-penyokong United melihat Vidic sebagai klon kepada Steve Bruce (pertahanan United 1987-96) kerana corak permainan kerasnya. Disebabkan itu juga, penyokong-penyokong di Old Trafford sering melaungkan perkataan "Vidic akan membunuhmu" kepada pemain lawan. Kehidupan peribadi Vidic memang jauh dari publisiti...itulah Vidic, `Si Pembunuh Penyerang Lawan'. United sungguh beruntung kerana memiliki pertahanan kebal seperti Vidic, pemain yang dianggap Ferguson sebagai terbaik untuk United musim ini.
17 Mei 2011
EVRA DEDAH RAHSIA KEBANGKITAN UNITED
Manchester United sudahpun merakamkan sejarah tersendiri apabila muncul kelab paling banyak memenangi kejuaraan liga selepas berjaya meraih satu mata berharga ketika bertemu Blackburn Rovers di Ewood Park, Sabtu lalu. Kejayaan meraih satu mata berharga itu menyaksikan United mengesahkan kejuaraan ke-19 Liga Perdana Inggeris milik mereka biarpun masih memiliki baki satu perlawanan musim ini. Selepas ketinggalan hasil jaringan pemain Australia, Brett Emerton di minit ke-20, United bangkit mengikat kedudukan melalui penalti Wayne Rooney di minit ke-72 selepas Javier Hernandez dikasari Paul Robinson di dalam petak penalti. Kunci kejayaan United memecahkan rekod yang dipegang bersama musuh tradisi mereka Liverpool sebagai kelab paling banyak memenangi kejuaraan liga didedahkan Patrice Evra kelmarin. Evra mendedahkan bagaimana Sir Alex Ferguson meniup motivasi kepada pasukannya selepas kekalahan 0-1 di tangan Arsenal di Stadium Emirates. Kekalahan itu menyaksikan kelebihan United di persada liga semakin terhakis apabila pencabar terdekat mereka, Chelsea merapatkan kedudukan kepada hanya tiga mata. "Pengurus memberikan kami `tekanan' yang sangat luarbiasa", kata Evra. "Selepas kekalahan kepada Arsenal, dia berkata, "Apakah kamu benar-benar inginkan kejuaraan ke-19 ini? Apakah kamu serius?, Jika ya, kamu harus berjuang untuk memenanginya. Berapa banyak lagi peluang yang akan kamu buang?" Ternyata kata-kata Ferguson itu berjaya menyuntik motivasi kepada pemain-pemainnya apabila seminggu selepas itu mereka semakin menghampiri kejuaraan liga apabila berjaya menundukkan pencabar kejuaraan, Chelsea di Old Trafford. Kemenangan ke atas Chelsea menyaksikan United kembali melebarkan kedudukan kepada enam mata di tangga teratas dengan baki dua perlawanan. Perlumbaan merebut kejuaraan liga berakhir selepas United berjaya meraih satu mata ketika bertemu Blackburn Rovers Sabtu lalu sekaligus muncul kelab paling berjaya di England apabila berjaya mengumpul kejuaraan ke-19 mereka dan yang ke 12 di bawah bimbingan Ferguson.
14 Mei 2011
UNITED BURU 1 MATA
Manchester United hanya memerlukan satu mata ketika bertandang ke gelanggang Blackburn Rovers, Ewood Park bagi mengesahkan kejuaraan mereka musim ini. Keputusan seri sudah cukup buat United untuk mencatat rekod baru bolasepak England sebagai pasukan paling banyak memenangi kejuaraan liga. Bagi Rovers yang ketika ini menduduki tangga ke-16 liga, mereka memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini untuk menjauhkan diri dari zon penyingkiran. Mereka ketika ini hanya memiliki kelebihan dua mata dari Wolverhampton Wanderers di tanggan ke 17 dan tiga mata di hadapan Blackpool dan Wigan Athletic yang menduduki tangga ke 18 dan 19. Sir Alex Ferguson dijangka menurunkan skuad terbaiknya dalam perlawanan ini dengan Dimitar Berbatov dijangka memulakan aksi dalam kesebelasan utama di Ewood Park. Perlawanan ini juga akan menjadi pentas pemanas badan buat Darren Fletcher yang baru kembali ke dalam skuad selepas diketepikan selama dua bulan kerana jangkita virus. Walaupun menerima khabar kemungkinan Sir Alex Ferguson bakal dikenakan tindakan FA Inggeris kerana komen sebelum perlawanan terhadap Howard Webb yang mengadili perlawanan United/Chelsea minggu lalu, semangat ingin menjulang trofi ke-19 pastinya semakin memuncak dan Rovers seharusnya berwaspada jika tidak mahu insiden dibelasah 1-7 ketika perlawanan pusingan pertama di Old Trafford berulang. Tuan rumah bekal kehilangan khidmat pertahanan kental mereka, Phil Jones akibat kecederaan bahu. Situasi kecergasan David Dunn dan Nikola Kalinic juga dalam keraguan manakala Michel Salgado dijangka kembali memperkuatkan pasukan.
10 Mei 2011
GIGGS PUJI PENAMPILAN HERNANDEZ
08 Mei 2011
KEJUARAAN KE-19 DI OLD TRAFFORD?
Selepas menghadiahkan 11 gelaran liga setakat ini, Ferguson memburu penghormatan sebagai pengurus paling berjaya di Old Trafford selepas era Sir Matt Busby jika berjaya menundukkan pencabar terdekat mereka itu sekaligus membuka peluang besar buat skuad The Red Devils merakamkan gelaran ke-19 mereka. Meskipun mengakui matlamat menyaingi pencapaian Liverpool sentiasa menjadi keutamaannya sejak mula mengambilalih teraju dari Atkinson, Ferguson bagaimanapun tidak pernah membayangkan bahawa beliau akhirnya akan berjaya memadamkan rekod kebanggaan kelab Merseyside itu. "Sebab utama saya datang ke sini adalah untuk memenangi trofi. Selepas memenangi kejuaraan liga pertama bersama United, saya merasa satu beban yang besar telah berjaya dilepasi. Mendapatkan yang pertama adalah misi utama saya", kata Ferguson. Malam nanti United yang mendahului perlumbaan kejuaraan dengan kelebihan 3 mata berbanding Chelsea di tangga kedua, berpeluang mengesahkan kejuaraan ke-19 milik mereka jika berjaya menewaskan skuad The Blues itu. Dengan rekod baik di gelanggang sendiri musim ini, United dilihat pilihan untuk memenangi perlawanan yang dilabel sebagai perlawanan akhir Liga Perdana Inggeris. Selepas merehatkan sebahagian besar pemain utamanya ketika pertemua separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Schalke 04 kelmarin, Ferguson tiada masalah menurunkan skuad terkuat bagi menghadapi Chelsea nanti.
Langgan:
Catatan (Atom)