Patrice Evra
Patrice Evra dan Carlos Tevez merupakan rakan baik semasa pemain antarabangsa Argentina itu berada di Old Trafford namun perkara itu tidak sedikitpun menerbitkan rasa belas kepada Evra apabila Manchester United melayani kunjungan jiran setempat Manchester City Ahad ini. Tevez akan kembali semula ke Old Trafford bagi membantu City melebarkan rekod tanpa kalah mereka namun apa yang pasti Carlitos akan berhadapan situasi sukar menghadapi bekas rakan-rakan sepasukannya. Walaupun Tevez belum pasti diturunkan kerana masih mengalami kecederaan ketika kempen kelayakan Piala Dunia Argentina, Evra tetap bersedia berhadapan dengan rakan baiknya itu.
"Saya bergurau dengannya berkenaan reaksi yang bakal diterimanya dari penyokong-penyokong dan pemain United sendiri", ujar Evra kepada Reuters. "Saya tidak tahu apakah penyokong akan mencemuh atau menyokongnya. Tevez melakukan tugasnya dengan baik ketika dia di sini. Dia juga menghormati kelab dan penyokong amat mengerti tentang hal itu. Saya sudah bersedia berhadapan dengannya dan berharap dia dapat diturunkan", tambah Evra lagi. Perlawanan antara jiran setempat itu dijangka sengit dan tegang terutama selepas reaksi Ferguson terhadap provokasi ciptaan penyokong-penyokong City terhadap Michael Owen semasa pra musim lalu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan