Edwin Van Der Sar mengakui beliau belum memikirkan untuk bersara kecuali Manchester United berjaya menjulang trofi Liga Juara buat kali keempat. Sepanjang tempoh 19 tahun kariernya, Van Der Sar telah merasai nikmat menjulang piala keagungan saingan peringkat kelab Eropah itu sebanyak dua kali. Kali pertama dia menjulang trofi itu ialah ketika membantu Ajax Amsterdam muncul juara pada musim 1994/1995 manakala kali kedua ketika United menewaskan Chelsea melalui penentuan sepakan penalti di Moscow pada musim 2007/2008. Ramai pemerhati meramalkan Van Der Sar akan bersara penghujung musim ini namun penjaga gol antarabangsa Belanda itu punya sasaran peribadi untuk dicapai. Van Der Sar yang masih bergelut dengan kecederaan tangan bertekad membantu United merampas semula trofi Liga Juara sebelum memutuskan untuk menggantung sarung tangannya.
"Saya ingin segera pulih dari kecederaan ini dan tidak sabar untuk menyertai rakan-rakan di padang latihan", ujar Van Der Sar kepada akhbar Sunday Mirror. "Agak malang pada permulaan musim ini kerana saya dibelenggu kecederaan. Selepas perlawanan pra musim di Korea, saya mengatakan bahawa saya belum berhasrat mahu bersara dan beberapa hari selepas itu akhbar mengeluarkan kenyataan bahawa saya ingin merosakkan misi Ben Foster menyertai skuad England ke Piala Dunia 2010", tambah Van Der Sar lagi. "Itu semuanya tidak benar. Foster mendapat peluang beraksi lebih kerap berbanding musim lalu kerana saya terpaksa berehat. Saya rasa Foster telah melaksanakan tanggungjawabnya dengan cemerlang selama menggantikan tempat saya", Van Der Sar mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan