27 September 2009

United Rampas kedudukan Teratas

Dimitar Berbatov of Manchester United scores
Manchester United akhirnya berjaya menangani saingan kental Stoke City apabila berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas pasukan bimbingan Tony Pulis itu di Stadium Britannia. Kemenangan ini juga berjaya melonjakkan United ke takhta liga setelah Chelsea tewas mengejut 1-3 kepada Wigan Athletic di DW Stadium. United dilihat bergelut untuk menembusi benteng lawan yang dilihat bermain secara defensif hampir sepanjang tempoh permainan. Paul Scholes hampir meletakkan United di depan tetapi rembatannya berjaya berjaya ditepis keluar Thomas Sorensen. Selepas itu giliran Luis Antonio Valencia pula mencipta peluang namun tetap gagal menembusi gawang The Potters biarpun hanya berdepan dengan Sorensen. Kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.
John O'Shea of Manchester United celebrates his goal
Keputusan Sir Alex Ferguson memasukkan Ryan Giggs diminit ke 55 akhirnya membuahkan hasil apabila lorongan bekas pemain antarabangsa Wales itu berjaya disempurnakan Dimitar Berbatov untuk meletakkan United didepan diminit ke 61. Giggs sekali lagi memainkan peranan penting dalam perlawanan itu apabila sepakan percumanya diminit ke 76 berjaya ditanduk masuk John O' Shea untuk meletakkan United selesa mendahului 2-0. Gol O'Shea itu berjaya melenyapkan sisa-sisa perjuangan Stoke City untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata dari United. Dengan kemenangan itu United berjaya memintas Chelsea di kedudukan teratas liga dengan kelebihan jaringan gol setelah terikat dengan 18 mata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan