Manchester United berjaya mengatasi saingan Besiktas di Istanbul dalam perlawanan peringkat Kumpulan B Liga Juara awal pagi tadi. Gol hasil jaringan pemain veteran, Paul Scholes diminit ke 77 sudah cukup memberikan tiga mata penuh buat skuad Red Devils. Tampil di gelanggang sendiri, Besiktas turun dengan penuh semangat namun United berjaya menangani saingan lawan yang didokong oleh puluhan ribu penyokong fanatik mereka. United menguji gawang Besiktas di minit ke 12 menerusi tendangan jarak jauh Michael Carrick namun berjaya diselamatkan Hakan Arikan. Gawang Besiktas sekali lagi diuji diminit ke 15 melalui tandukan Luis Antonio Valencia hasil sepakan sudut Nani, namun bola terus ke dakapan Arikan.
Kombinasi Rooney dan Valencia dalam perlawanan itu seringkali mencemaskan benteng lawan namun tuan rumah sesekali berjaya mengambil kesempatan ketika pemain-pemain United mula hilang konsentrasi. Serdar Ozkan berjaya mencemaskan benteng United apabila dia yang tidak dikawal melepaskan tendangan kencang tetapi berjaya ditampan keluar Nemanja Vidic walaupun ketika itu Ben Foster sudah tertewas. Didokong sokongan ribuan penyokong fanatik mereka, Besiktas cuba memberi tekanan namun United tetap berjaya menghadirkan ancaman ke kubu lawan. Diminit ke 39, United berpeluang menambah jaringan tetapi sepakan percuma Nani sedikit tersasar.
Sir Alex Ferguson membawa masuk Michael Owen diminit ke 62 bagi menggantikan Rooney. Ini merupakan penampilan pertama bekas bintang Liverpool itu dalam tempoh lima tahun di pentas Eropah. Gol United akhirnya terhasil melalui serangan balas pantas apabila rembatan Nani ditampan Arikan namun bola lantunan itu berjaya disudahkan oleh Scholes. Selepas gol itu lawan kelihatan hilang arah dengan serangan-serangan mereka berjaya dipatahkan benteng United yang diterajui oleh Nemanja Vidic dan Jonny Evans. Kedudukan kekal hingga tamat permainan dengan United berjaya membawa pulang tiga mata penuh dari Istanbul.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan