Gary Neville yakin posisi bek kanan United yang kini diambil alih oleh pemain muda, Rafael da Silva berada di tangan yang selamat. Minggu lalu, bekas kapten United itu mengumumkan persaraannya dari arena bolasepak akibat kecederaan panjang. Pemain yang dicungkil bakatnya dari akademi remaja United itu melihat potensi besar dalam diri Rafael dan percaya pemain berusia 20 tahun bakal memiliki masa hadapan yang gemilang di Old Trafford. "Buat pertama kalinya dalam tempoh beberapa tahun, anda boleh mengatakan bahawa kami sudah memiliki barisan pertahanan utama dalam pasukan", ujar Neville. "Rafael memang pemain berkebolehan. Dia pantas mendapatkan bola dari lawan, agresif, lasak dan bersemangat serta mampu mempertahankan kawasannya dengan baik". Selain itu menurut Neville, Rafael juga seperti dirinya yang boleh membantu dan membekalkan tenaga ketika pasukan melakukan serangan. "Dia mempunyai sikap yang bagus dan lebih dari mampu untuk muncul sebagai bek kanan terbaik United pada tahun-tahu mendatang".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan