01 Februari 2011

MANCHESTER UNITED LWN ASTON VILLA: FERGUSON AKAN TURUNKAN BARISAN TERKUAT


LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11

MANCHESTER UNITED lwn ASTON VILLA
(Old Trafford, 2 Februari 2011, jam 04.00 pagi)

Manchester United's Rio Ferdinand, left, and Nemanja Vidic train with teammates at Carrington training ground, Manchester, England, Tuesday Nov. 23, 2010. Manchester United play their Champion's League soccer match against Rangers Tuesday.

Sir Alex Ferguson akan menurunkan kesebelasan terbaiknya ketika United menerima kunjungan Aston Villa di Old Trafford awal pagi nanti. Ferguson merehatkan sebahagian besar tonggak utamanya ketika United menewaskan Southampton dalam saingan pusingan keempat Piala FA hujung minggu lalu. Selepas memerlukan jaringan minit akhir Nemanja Vidic untuk berkongsi mata dengan pasukan bimbingan Gerard Houllier itu 13 November lalu, Ferguson pastinya tidak mahu mengambil risiko ketika United berusaha mencari tiga mata penuh di gelanggang sendiri sekaligus melebarkan penguasaan mereka di tangga teratas liga. Ferguson mengesahkan akan menurunkan benteng terkuatnya yang dibarisi Edwin Van der Sar, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Patrice Evra dan Rafael da Silva dalam perlawanan ini selepas merehatkan mereka ketika pertemuan dengan Southampton kelmarin. Ferdinand dan Vidic disahkan kembali cergas dari kecederaan ringan manakala Rafael yang tidak diturunkan di St Mary kerana kecederaan kepala juga telah bersedia untuk disenaraikan semula.

Dalam saingan Piala FA hujung minggu lalu Van der Sar sengaja direhatkan Ferguson bagi memberi peluang kepada Anders Lindegaard melakukan penampilan pertamanya untuk United manakala Patrice Evra pula terpaksa meninggalkan kelab atas urusan keluarga. "Kami dapat menurunkan empat pemain pertahanan terbaik kami lagi", kata Ferguson. Villa yang memperolehi suntikan semangat selepas berjaya menewaskan jiran United, Manchester City 22 Januari lalu pastinya berharap mereka mampu menjadi pasukan pertama menamatkan rekod tanpa kalah United musim ini. Tugas mereka bagaimanapun pastinya sukar memandangkan rekod skuad The Red Devils di gelanggang sendiri musim ini begitu cemerlang dan hanya West Bormwich Albion menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri satu mata di Old Trafford sepanjang musim ini. Ferguson juga dijangka menggandingkan semula Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov dalam perlawanan ini selepas sebelumnya memberi kesempatan kepada Javier Hernandez dan Michael Owen mengepalai jentera penggempur di St. Marys.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan