Manchester United bakal bertemu samada Arsenal atau Leyton Orient dalam perlawanan suku akhir Piala FA di Old Trafford. United berjaya mengenepikan kelab bukan liga, Crawley Town 1-0 untuk menempah tiket ke peringkat suku akhir manakala skuad The Gunners pula terpaksa bermain dalam perlawanan ulangan selepas terikat 1-1 dengan kelab dari Liga 1, Leyton Orient awal pagi tadi. Jaringan tunggal hasil tandukan Wes Brown di separuh masa pertama sudah cukup meletakkan United ke peringkat suku akhir saingan kalah mati tertua didunia itu. Undian yang dijalankan menyaksikan pertembungan United-Arsenal bakal berlaku sekiranya anak-anak buah Arsene Wenger berjaya mengenepikan cabaran Leyton Orient dalam perlawanan ulangan nanti. Kali terakhir pertemuan United-Arsenal dalam saingan Piala FA ialah pada tahun 2008 di mana keputusan memihak kepada The Red Devils yang berjaya menewaskan Arsenal dengan jaringan 4-0 dipusingan kelima. "Ini adalah undian yang menarik", kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger.
Sementara itu Sir Alex Ferguson kecewa dengan persembahan pasukannya dan berpendapat Crawley Town layak mendapat keputusan seri dalam perlawanan itu. Skuad dari liga The Conference itu berjaya memberi ancaman kepada barisan United untuk tempoh 30 minit terakhir perlawanan. Lawan jelas berusaha muncul pasukan dari bukan liga pertama melangkah ke pusingan suku akhir Piala FA. Selepas menyaksikan pasukannya bertahan dengan jaringan Wes Brown, Fergie berkata, "Mereka sebenarnya layak memperolehi keputusan seri berdasarkan persembahan mereka di babak kedua". Fergie turut mengecam pasukannya sambil menyatakan beberapa pemain bermain di bawah prestasi sebenar mereka. "Saya berpuashati dengan persembahan kami di babak pertama tapi kami sering mengalah di babak kedua. Kami kerap kehilangan bola dan itu mengecewakan". Menurut Fergie, sebilangan besar pemain-pemain yang diturunkan tidak memahami betapa penting dan besarnya saingan Piala FA. Fergie turut berharap ini akan menjadi pelajaran berguna buat pemain-pemainnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan