Kali terakhir anda melihat
penampilan Harry Maguire dalam kesebelasan utama United pada perlawanan
kompetitif ialah ketika aksi menentang Fulham pada 28 Mei yang lalu. Apa yang
berlaku selepas aksi terakhir liga musim lalu itu, Maguire hilang tempat dalam
kesebelasan utama, malah lebih malang jawatan beliau sebagai kapten pasukan
juga turut dilucutkan. Dengan hanya 16 penampilan liga musim lalu, selain aksi
persis bek amatur dibenteng pertahanan United, keputusan Erik Ten Hag
melucutkan `armband’ kapten pasukan dari lengan beliau memang sudah dijangka.
Musim ini, dari enam aksi awal
Liga Perdana, Maguire cuma diturunkan sekali ketika United tewas 1-3 kepada
Arsenal. Penampilan selama 24 minit sebagai pemain gantian di Stadium Emirates
itu adalah yang pertama dan terakhir dilakukan Maguire dalam tempoh 24 hari,
sehinggalah namanya tersenarai kembali dalam kesebelasan utama ketika United
berdepan Crystal Palace di pusingan ketiga Piala Liga (Carabao Cup). Selepas
tamat perlawanan, rata-rata penyokong bercakap tentang penampilan cemerlang
Sofyan Amrabat dan Casemiro selain tiga gol yang dihasilkan United dalam
perlawanan itu.
Amrabat dan Casemiro memainkan
peranan penting di sebalik kejayaan United mara ke pusingan keempat, tetapi
penampilan Maguire di benteng pertahanan juga sebenarnya wajar diberikan
pujian. Tiada lagi jenaka di atas padang yang sering dilakukan bekas kapten
kita itu, tetapi apa yang anda saksikan ialah kerja kerasnya sepanjang 90 minit
permainan. Biarlah statistik berbicara, dan biarkan juga statistik menjadi
saksi betapa solidnya penampilan Maguire pada perlawanan itu bersama Raphael
Varane, Diogo Dalot dan Amrabat di benteng pertahanan.
Beliau melakukan 108 hantaran
tepat, memenangi kesemua `aerial duel’, menang dua daripada tiga `ground duel’,
menang kedua-dua `tackle’, melakukan dua `clearance’ dan dua `intercept’.
Maguire juga muncul pemain paling banyak melakukan hantaran dalam perlawanan
itu menerusi 116 hantaran yang dilakukannya. `Accuracy’ hantarannya yang
mencapai angka 93%, manakala enam dari tujuh hantaran jauh yang dilakukannya
menepati sasaran antara faktor yang menghidupkan skema `build from the back’
yang diterapkan Ten Hag dalam sistem permainan United.
90 minit penampilannya pada
aksi menentang Palace adalah contoh sempurna dalam aspek bertahan yang
sangat-sangat diperlukan United, dan statistik di atas adalah saksi yang tidak
akan pernah berbohong. Tatkala United berdepan krisis kecederaan yang
membelenggu penampilan mereka, Maguire pula memilih saat terbaik untuk
memberitahu kepada para pengkritiknya bahawa beliau masih boleh diharapkan.
Meskipun selama ini beliau dibuli tanpa henti di ruang siber, Maguire sabar
menunggu peluang dan bekerja keras dalam diam demi merebut semula tempatnya
dalam kesebelasan utama.
Dan tatkala pemain muda seperti
Jadon Sancho berdepan isu di dalam dan luar padang, Maguire pula menunjukkan
contoh terbaik kepada juniornya itu tentang cara sebenar untuk bangkit semula.
Apa yang anda lihat sepanjang 90 minit aksi United menentang Palace adalah
Maguire versi `prime’nya ketika di Leicester City. Sukar untuk menjawab
pertanyaan, adakah Maguire sudah kembali ke prestasi terbaiknya hanya
berdasarkan kepada satu perlawanan. Tetapi setidak-tidaknya penampilan
`Slabhead’ ketika berdepan Palace satu isyarat daripadanya kepada kita bahawa
di era Ten Hag, beliau masih punya harapan. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan