12 Mei 2010

BEN FOSTER SERTAI BIRMINGHAM CITY

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2010/01/09/article-0-05F9F152000005DC-425_468x469.jpg
Birmingham City menjadi pasukan pertama berbelanja bagi menguatkan pasukan untuk musim depan. Birmingham berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol ketiga United, Ben Foster selepas gagal mendapatkan khidmat Joe Hart secara tetap. Hart yang dipinjam dari Manchester City terpaksa kembali semula ke Eastlands selepas City menolak hasrat Birmingham untuk mendapatkan khidmat Hart. The Times melaporkan Birmingham sudah bersedia mengeluarkan belanja sebanyak 6 juta Pound bagi membawa Foster keluar dari Old Trafford dan nilai itu sebenarnya 2 juta Pound lebih tinggi dari tawaran asal. Foster sudahpun menjalani pemeriksaan perubatan dan telah bersetuju dengan syarat yang ditawarkan oleh Birmingham. Birmingham yang sedang mencari penjaga gol baru bagi menggantikan Hart berpaling kepada Foster selepas pemain itu meluahkan kekecewaan berikutan jarang mendapat tempat dalam skuad utama United musim lalu.

11 Mei 2010

DEMI BENZEMA, UNITED SANGGUP TUKARKAN DENGAN VIDIC

http://i187.photobucket.com/albums/x286/macheriefrancine/benzema.jpg
Keinginan Sir Alex Ferguson untuk mendapatkan khidmat penggempur antarabangsa Perancis, Karim Benzema tidak pernah padam. Jendela perpindahan musim panas mungkin akan menjadi detik terbaik buat Ferguson membawa Benzema ke Old Trafford. Kegagalan Benzema beraksi dalam kesebelasan utama Real Madrid musim ini mungkin akan dijadikan alasan oleh Ferguson untuk memujuk Benzema agar memilih haluan ke England dengan menyertai United. Akhbar The Sun melaporkan bahawa United sudah menyediakan peruntukan sebanyak 25 juta Pound kepada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Benzema. Nilai tersebut 6 juta Pound lebih rendah berbanding apa yang dikeluarkan Madrid ketika mereka mendapatkan Benzema dari Olympique Lyon.
http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/12/05/article-1092350-02B60B1C000005DC-741_468x443.jpg
Tidak cukup dengan itu, jika tawaran yang dikemukakan tidak dipersetujui Madrid, United diberitakan sudah menyediakan langkah alternatif dengan menawarkan Nemanja Vidic sebagai pertukaran. Setakat ini belum ada pengumuman rasmi dari kedua-dua kelab tetapi Madrid yang sedang mencari pemain pertahanan bagi memperkuatkan benteng mereka mungkin akan mempertimbangkan tawaran dari United ini. Sementara itu Patrice Evra juga diberitakan akan meninggalkan Old Trafford untuk mencari cabaran baru musim depan. Evra dikatakan sedang membuat pilihan sama ada mahu menyertai Jose Mourinho di Inter Milan atau mengikut jejak Cristiano Ronaldo di Real Madrid. Madrid dan Inter dikatakan sanggup mengeluarkan dana sebanyak 18 juta Pound bagi mendapatkan khidmat Evra yang diiktiraf antara pemain pertahanan kiri terbaik di dunia.

10 Mei 2010

UNITED GAGAL PERTAHANKAN GELARAN

Nani of Manchester United battles for the ball with Stoke City  defender Robert Huth
Pemain sayap Manchester United dari Portugal, Nani mengakui begitu kecewa selepas melihat Chelsea merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris dari pasukannya semalam. Meskipun mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Stoke City, United terpaksa melepaskan gelaran yang mereka menangi selama tiga musim berturut-turut kepada Chelsea selepas skuad The Blues membelasah Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge. United yang memperolehi 82 mata, tewas satu mata kepada Chelsea dalam persaingan merebut kejuaraan musim ini namun Nani berjanji The Red Devils akan merebut kembali kejuaraan yang terlepas dari tangan mereka musim depan. Gol-gol kemenangan United dijaringkan oleh Darren Fletcher (minit ke 31), Ryan Giggs (minit ke 35), jaringan sendiri Daniel Higginbotham (minit ke 53) dan Park Ji-Sung (minit ke 83), tetapi itu semua tidak bermakna apabila Chelsea yang juga memerlukan kemenangan menamatkan impian United dengan aksi bergaya di gelanggang sendiri.
An own goal by Stoke City's Danny Higginbotham made it 3-0 to  Manchester United
Berakhirnya kempen musim ini dan kejayaan Chelsea merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris menyaksikan United gagal meleburkan rekod yang dipegang bersama Liverpool dengan muncul juara liga sebanyak 18 kali. Bagi Nani faktor utama United gagal mempertahankan kejuaraan mereka musim ini adalah disebabkan kegagalan mereka meraih sebarang mata dalam dua pertemuan dengan Chelsea di peringkat liga. Nani optimis bahawa kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi dimusim depan. "Kami kecewa kerana kami begitu hampir merebut gelaran. Kami memiliki peluang untuk memenangi trofi liga tetapi gagal memanfaatkan peluang itu. Kami gagal meraih sebarang mata dalam dua pertemuan dengan Chelsea", ujar Nani. "Musim depan kami akan bekerja lebih keras dan harus segera melupakan kegagalan ini. United adalah kelab yang hebat dan kami memiliki mentaliti yang sangat kuat. Kami kehilangan gelaran musim ini dan akan kembali memenanginya musim depan", tambah Nani lagi.

08 Mei 2010

MALAM TERAKHIR, MALAM PENENTUAN

http://static.sky.it/static/images/sezioni/sport/settembre_09/sport_calcio_estero_alex_ferguson.jpg
Sir Alex Ferguson tidak mengharapkan kemungkinan Chelsea yang diambang merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris melakukan kesilapan ketika menentang Wigan Athletic malam ini. Ferguson sebaliknya mahukan anak-anak buahnya memberikan persembahan terbaik mereka ketika menanti kunjungan Stoke City dalam perlawanan terakhir liga musim ini di Old Trafford. Kedua-dua perlawanan ini amat penting bagi menentukan siapakah yang bakal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini. United yang ketinggalan satu mata di belakang Chelsea mengharapkan keajaiban mampu dijelmakan anak-anak buah Roberto Martinez di Stamford Bridge bagi membolehkan mereka menjulang trofi ini buat musim keempat berturut-turut. Walaupun menyedari peluang pasukannya mengekalkan kejuaraan amat tipis, Ferguson bingkas menyatakan bahawa beliau tidak mahu terlalu memikirkan keputusan diakhir perlawanan nanti meskipun jika ia tidak memihak pasukannya.

"Kami berharap menyudahkan perlawanan ini dengan kemenangan. Stoke City bukan lawan yang mudah kerana mereka mengamalkan corak permainan sebagai satu pasukan. Tetapi kami akan bermain di gelanggang sendiri dan ia merupakan perlawanan terakhir kami musim ini. Kami ingin bermain dengan baik dan berusaha mencapai kemenangan", ujar Ferguson. "Kami akan melakukan tugas kami tanpa mengharap apa-apapun dari Chelsea. Saya yakin Wigan akan memberikan persembahan terbaik mereka dan mereka pastinya akan cuba melakukan sesuatu", tambah Ferguson lagi. Sementara itu pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menganggap adalah satu tragedi jika pasukannya gagal mencapai kemenangan dalam perlawanan ini. Pengurus berbangsa Itali itu mahukan agar pasukannya menganggap ini adalah perlawanan akhir dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. "Untuk menjadi juara kami harus bermain seperti ketika menentang Stoke City dan Liverpool. Kami harus mempertahankan kelebihan kami", ujar Ancelotti.

04 Mei 2010

FERGUSON DIJANJIKAN PERUNTUKAN BESAR MUSIM DEPAN

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/10/12/article-0-019C55BF00000578-412_468x361.jpg
Sir Alex Ferguson boleh menarik nafas lega dan tersenyum lebar apabila Pengarah Eksekutif Manchester United, David Gill mengesahkan bahawa pihak pengurusan akan menyediakan dana besar bagi membeli pemain musim depan. Khabar angin sebelum ini bertiup kencang mengatakan United tidak akan mengeluarkan wang untuk membeli pemain baru bagi memperkuatkan skuad disebabkan beban hutang yang ditanggung sejak diambilalih oleh keluarga Glazer. Walau bagaimanapun, Gill menegaskan perkara itu tidak akan mempengaruhi kepentingan untuk mendapatkan pemain baru musim depan. Ketika ini, Ferguson telahpun mendapatkan dua pemain muda iaitu Chris Smalling dan Javier Hernandez. "Saya amat memahami apa yang diperlukan oleh kelab dan saya boleh memastikan bahawa kami akan mendapatkan pemain baru yang sesuai", ujar Gill. "Pemain yang kami mahukan sudah dikenalpasti dan kami telahpun mengadakan perbincangan. Bukan cara kami untuk mengumumkan nama pemain tersebut dan kami tidak akan melakukannya", tambah Gill lagi. Pencapaian yang kurang memberangsangkan musim ini selepas tersingkir dari saingan di peringkat Eropah selain berkemungkinan gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang mereka menangi tiga musim berturut-turut mempengaruhi pihak pengurusan United untuk mendapatkan pemain baru bagi memperkuatkan skuad musim depan. Setakat ini pemain yang dikatakan menjadi sasaran utama United musim depan ialah Karim Benzema yang memang telah lama diminati Ferguson dan juga David Villa, penggempur handalan Valencia.

03 Mei 2010

PENENTUAN KEJUARAAN HINGGA KE PERLAWANAN TERAKHIR

Nani of Manchester United celebrates after scoring
Sir Alex Ferguson mengatakan bahawa pasukannya agak tertekan ketika menghadapi Sunderland di Stadium of Light malam tadi selepas menyaksikan Chelsea berjaya menewaskan Liverpool pada perlawanan sebelumnya. Sebarang keputusan selain dari kemenangan akan menyaksikan United menyerahkan mahkota kejuaraan yang mereka menangi tiga musim berturut-turut kepada skuad bimbingan Carlo Ancelotti. Walau bagaimanapun Ferguson akhirnya lega dan berbangga dengan kesungguhan anak-anak buahnya meraih mata penuh di gelanggang lawan sekaligus memaksa penentuan kejuaraan liga ditentukan hingga perlawanan terakhir hujung minggu ini. United memulakan perlawanan dengan ketinggalan empat mata di belakang Chelsea dan mereka tiada pilihan lain selain cuba meraih mata penuh. United bagaimanapun dipaksa bekerja keras oleh skuad yang dibimbing bekas kapten mereka di Old Trafford, Stave Bruce sejak wisel permulaan ditiupkan. Selain sering sahaja berjaya mengancam kubu United, tuan rumah juga berjaya mengekang setiap gerakan yang dilancarkan ke kubu mereka. Ketumpulan Dimitar Berbatov yang banyak melepaskan peluang keemasan juga memudahkan tugas skuad The Black Cats itu mengekang jentera serangan United.
Nani of Manchester United holds off a challenge from David Meyler  of Sunderland
Pemain sayap antarabangsa Portugal, Nani akhirnya meletakkan United di depan diminit ke 28 apabila bijak menyudahkan gerakan Darren Fletcher. Gol itu sudah cukup buat United meraih mata penting sekaligus memaksa kejuaraan liga ditentukan hingga keperlawanan terakhir. Meskipun melihat peluang pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan semakin tipis, Ferguson tetap mahukan agar pemain-pemainnya meraih tiga mata penuh ketika menanti kunjungan Stoke City di Old Trafford minggu ini sebagai penghargaan kepada penyokong-penyokong mereka. "Apa yang mampu kami lakukan ialah memenangi perlawanan terakhir meskipun peluang mempertahankan kejuaraa agak tipis. Menang ke atas Stoke akan menjadi sesuatu yang luar biasa buat kami. Adalah amat penting untuk kami memenangi perlawanan ini di hadapan penyokong sendiri. Setidak-tidaknya kami berjaya menjadikan perebutan kejuaraan begitu sengit", kata Ferguson. Dalam pada itu Ferguson masih menaruh harapan agar Wigan Athletic yang akan berkunjung ke Stamford Bridge mampu melakukan sesuatu. "Wigan merupakan pasukan yang berkualiti dan saya tidak pernah memperkecilkan kemampuan mereka ketika menentang Chelsea nanti", tambah Ferguson.

02 Mei 2010

FERGUSON RAGU-RAGU TURUNKAN ROONEY

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/05/07/article-0-04A96AE5000005DC-74_468x427.jpg
Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mengakui bahawa beliau sudah cukup cergas untuk turun membantu pasukannya mengharungi baki saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Walau bagaimanapun Sir Alex Ferguson masih belum mengambil keputusan sama ada mahu menurunkan Rooney di Stadium of Light malam ini. United akan berhadapan tugas mencabar apabila berhadapan dengan Sunderland yang dipimpin bekas bintang mereka di Old Trafford, Steve Bruce. Khidmat Rooney memang diperlukan Ferguson bagi menambah sengat di barisan serangan namun pengurus United itu pastinya tidak mahu menggadaikan peluang Rooney beraksi di Piala Dunia nanti memandangkan penyerangnya itu baru pulih dari kecederaan. "Kami berharap Rooney boleh menyertai kami semasa sesi latihan dan ada kemungkinan Rio Ferdinand juga bakal menyertai kami", kata Ferguson. Selepas direhatkan dalam beberapa perlawanan terakhir United, situasi Rooney dilihat semakin bertambah baik dan penyerang antarabangsa England itu tampak sudah bersedia membantu United dalam baki dua perlawanan terakhir musim ini.

United tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dalam kunjungan mereka ke Stadium of Light malam ini dan perlu meraih mata maksimum jika mahu menafikan peluang Chelsea meraih kejuaraan liga. United kini ketinggalan hanya satu mata dibelakang skuad The Blues dan perlu mengerah segala kemampuan mereka untuk menewaskan Sunderland yang berjaya mengikat mereka di Old Trafford, Ogos tahun lalu. Kelibat Darren Bent yang merupakan penjaring terbanyak skuad The Black Cats perlu diawasi kerana bekas penyerang Tottenham Hotspurs itu mampu menghadirkan ancaman terhadap benteng United, tambahan pula Bent juga dalam misi mengintai tempat ke dalam skuad England ke Piala Dunia. Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool akan menanti kunjungan Chelsea di Anfield, dan perlawanan ini akan menentukan peluang United mempertahankan trofli Liga Perdana Inggeris buat musim keempat berturut-turut. Ferguson yakin seteru tradisi mereka, Liverpool akan bermain habis-habisan ketika melayan kunjungan pendahulu itu. Walau bagaimanapun faktor keletihan selepas bermain selama 120 minit dalam perlawanan separuh akhir Liga Europa menentang Athletico Madrid mungkin memberi kelebihan kepada Chelsea dalam perlawanan ini.

Barisan Kemungkinan United:

Edwin Van der Sar, Patrice Evra, Gary Neville, Jonny Evans, Nemanja Vidic, Luis Antonio Valencia, Nani, Michael Carrick, Darren Fletcher, Ryan Giggs & Dimitar Berbatov