10 Mei 2010

UNITED GAGAL PERTAHANKAN GELARAN

Nani of Manchester United battles for the ball with Stoke City  defender Robert Huth
Pemain sayap Manchester United dari Portugal, Nani mengakui begitu kecewa selepas melihat Chelsea merampas kejuaraan Liga Perdana Inggeris dari pasukannya semalam. Meskipun mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Stoke City, United terpaksa melepaskan gelaran yang mereka menangi selama tiga musim berturut-turut kepada Chelsea selepas skuad The Blues membelasah Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge. United yang memperolehi 82 mata, tewas satu mata kepada Chelsea dalam persaingan merebut kejuaraan musim ini namun Nani berjanji The Red Devils akan merebut kembali kejuaraan yang terlepas dari tangan mereka musim depan. Gol-gol kemenangan United dijaringkan oleh Darren Fletcher (minit ke 31), Ryan Giggs (minit ke 35), jaringan sendiri Daniel Higginbotham (minit ke 53) dan Park Ji-Sung (minit ke 83), tetapi itu semua tidak bermakna apabila Chelsea yang juga memerlukan kemenangan menamatkan impian United dengan aksi bergaya di gelanggang sendiri.
An own goal by Stoke City's Danny Higginbotham made it 3-0 to  Manchester United
Berakhirnya kempen musim ini dan kejayaan Chelsea merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris menyaksikan United gagal meleburkan rekod yang dipegang bersama Liverpool dengan muncul juara liga sebanyak 18 kali. Bagi Nani faktor utama United gagal mempertahankan kejuaraan mereka musim ini adalah disebabkan kegagalan mereka meraih sebarang mata dalam dua pertemuan dengan Chelsea di peringkat liga. Nani optimis bahawa kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi dimusim depan. "Kami kecewa kerana kami begitu hampir merebut gelaran. Kami memiliki peluang untuk memenangi trofi liga tetapi gagal memanfaatkan peluang itu. Kami gagal meraih sebarang mata dalam dua pertemuan dengan Chelsea", ujar Nani. "Musim depan kami akan bekerja lebih keras dan harus segera melupakan kegagalan ini. United adalah kelab yang hebat dan kami memiliki mentaliti yang sangat kuat. Kami kehilangan gelaran musim ini dan akan kembali memenanginya musim depan", tambah Nani lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan