04 Mei 2010

FERGUSON DIJANJIKAN PERUNTUKAN BESAR MUSIM DEPAN

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/10/12/article-0-019C55BF00000578-412_468x361.jpg
Sir Alex Ferguson boleh menarik nafas lega dan tersenyum lebar apabila Pengarah Eksekutif Manchester United, David Gill mengesahkan bahawa pihak pengurusan akan menyediakan dana besar bagi membeli pemain musim depan. Khabar angin sebelum ini bertiup kencang mengatakan United tidak akan mengeluarkan wang untuk membeli pemain baru bagi memperkuatkan skuad disebabkan beban hutang yang ditanggung sejak diambilalih oleh keluarga Glazer. Walau bagaimanapun, Gill menegaskan perkara itu tidak akan mempengaruhi kepentingan untuk mendapatkan pemain baru musim depan. Ketika ini, Ferguson telahpun mendapatkan dua pemain muda iaitu Chris Smalling dan Javier Hernandez. "Saya amat memahami apa yang diperlukan oleh kelab dan saya boleh memastikan bahawa kami akan mendapatkan pemain baru yang sesuai", ujar Gill. "Pemain yang kami mahukan sudah dikenalpasti dan kami telahpun mengadakan perbincangan. Bukan cara kami untuk mengumumkan nama pemain tersebut dan kami tidak akan melakukannya", tambah Gill lagi. Pencapaian yang kurang memberangsangkan musim ini selepas tersingkir dari saingan di peringkat Eropah selain berkemungkinan gagal mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang mereka menangi tiga musim berturut-turut mempengaruhi pihak pengurusan United untuk mendapatkan pemain baru bagi memperkuatkan skuad musim depan. Setakat ini pemain yang dikatakan menjadi sasaran utama United musim depan ialah Karim Benzema yang memang telah lama diminati Ferguson dan juga David Villa, penggempur handalan Valencia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan