Birmingham City menjadi pasukan pertama berbelanja bagi menguatkan pasukan untuk musim depan. Birmingham berjaya mendapatkan khidmat penjaga gol ketiga United, Ben Foster selepas gagal mendapatkan khidmat Joe Hart secara tetap. Hart yang dipinjam dari Manchester City terpaksa kembali semula ke Eastlands selepas City menolak hasrat Birmingham untuk mendapatkan khidmat Hart. The Times melaporkan Birmingham sudah bersedia mengeluarkan belanja sebanyak 6 juta Pound bagi membawa Foster keluar dari Old Trafford dan nilai itu sebenarnya 2 juta Pound lebih tinggi dari tawaran asal. Foster sudahpun menjalani pemeriksaan perubatan dan telah bersetuju dengan syarat yang ditawarkan oleh Birmingham. Birmingham yang sedang mencari penjaga gol baru bagi menggantikan Hart berpaling kepada Foster selepas pemain itu meluahkan kekecewaan berikutan jarang mendapat tempat dalam skuad utama United musim lalu.
12 Mei 2010
11 Mei 2010
DEMI BENZEMA, UNITED SANGGUP TUKARKAN DENGAN VIDIC
Keinginan Sir Alex Ferguson untuk mendapatkan khidmat penggempur antarabangsa Perancis, Karim Benzema tidak pernah padam. Jendela perpindahan musim panas mungkin akan menjadi detik terbaik buat Ferguson membawa Benzema ke Old Trafford. Kegagalan Benzema beraksi dalam kesebelasan utama Real Madrid musim ini mungkin akan dijadikan alasan oleh Ferguson untuk memujuk Benzema agar memilih haluan ke England dengan menyertai United. Akhbar The Sun melaporkan bahawa United sudah menyediakan peruntukan sebanyak 25 juta Pound kepada Real Madrid untuk mendapatkan khidmat Benzema. Nilai tersebut 6 juta Pound lebih rendah berbanding apa yang dikeluarkan Madrid ketika mereka mendapatkan Benzema dari Olympique Lyon.
10 Mei 2010
UNITED GAGAL PERTAHANKAN GELARAN
09 May 2010, Man Utd 4 - 0 Stoke
Wayne Rooney was presented with the Barclays Player of the Season trophy
09 May 2010, Man Utd 4 - 0 Stoke
Ryan Giggs scores Manchester United's second goal against Stoke City
09 May 2010, Man Utd 4 - 0 Stoke
An own goal by Stoke City's Danny Higginbotham made it 3-0 to Manchester United
09 May 2010, Man Utd 4 - 0 Stoke
Wayne Rooney was presented with the Barclays Player of the Season trophy
09 May 2010, Man Utd 4 - 0 Stoke
Ryan Giggs scores Manchester United's second goal against Stoke City
Berakhirnya kempen musim ini dan kejayaan Chelsea merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris menyaksikan United gagal meleburkan rekod yang dipegang bersama Liverpool dengan muncul juara liga sebanyak 18 kali. Bagi Nani faktor utama United gagal mempertahankan kejuaraan mereka musim ini adalah disebabkan kegagalan mereka meraih sebarang mata dalam dua pertemuan dengan Chelsea di peringkat liga. Nani optimis bahawa kesilapan seperti ini tidak akan berulang lagi dimusim depan. "Kami kecewa kerana kami begitu hampir merebut gelaran. Kami memiliki peluang untuk memenangi trofi liga tetapi gagal memanfaatkan peluang itu. Kami gagal meraih sebarang mata dalam dua pertemuan dengan Chelsea", ujar Nani. "Musim depan kami akan bekerja lebih keras dan harus segera melupakan kegagalan ini. United adalah kelab yang hebat dan kami memiliki mentaliti yang sangat kuat. Kami kehilangan gelaran musim ini dan akan kembali memenanginya musim depan", tambah Nani lagi.
08 Mei 2010
MALAM TERAKHIR, MALAM PENENTUAN
Sir Alex Ferguson tidak mengharapkan kemungkinan Chelsea yang diambang merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris melakukan kesilapan ketika menentang Wigan Athletic malam ini. Ferguson sebaliknya mahukan anak-anak buahnya memberikan persembahan terbaik mereka ketika menanti kunjungan Stoke City dalam perlawanan terakhir liga musim ini di Old Trafford. Kedua-dua perlawanan ini amat penting bagi menentukan siapakah yang bakal menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini. United yang ketinggalan satu mata di belakang Chelsea mengharapkan keajaiban mampu dijelmakan anak-anak buah Roberto Martinez di Stamford Bridge bagi membolehkan mereka menjulang trofi ini buat musim keempat berturut-turut. Walaupun menyedari peluang pasukannya mengekalkan kejuaraan amat tipis, Ferguson bingkas menyatakan bahawa beliau tidak mahu terlalu memikirkan keputusan diakhir perlawanan nanti meskipun jika ia tidak memihak pasukannya.
"Kami berharap menyudahkan perlawanan ini dengan kemenangan. Stoke City bukan lawan yang mudah kerana mereka mengamalkan corak permainan sebagai satu pasukan. Tetapi kami akan bermain di gelanggang sendiri dan ia merupakan perlawanan terakhir kami musim ini. Kami ingin bermain dengan baik dan berusaha mencapai kemenangan", ujar Ferguson. "Kami akan melakukan tugas kami tanpa mengharap apa-apapun dari Chelsea. Saya yakin Wigan akan memberikan persembahan terbaik mereka dan mereka pastinya akan cuba melakukan sesuatu", tambah Ferguson lagi. Sementara itu pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti menganggap adalah satu tragedi jika pasukannya gagal mencapai kemenangan dalam perlawanan ini. Pengurus berbangsa Itali itu mahukan agar pasukannya menganggap ini adalah perlawanan akhir dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. "Untuk menjadi juara kami harus bermain seperti ketika menentang Stoke City dan Liverpool. Kami harus mempertahankan kelebihan kami", ujar Ancelotti.
04 Mei 2010
FERGUSON DIJANJIKAN PERUNTUKAN BESAR MUSIM DEPAN
03 Mei 2010
PENENTUAN KEJUARAAN HINGGA KE PERLAWANAN TERAKHIR
02 May 2010, Sunderland 0 - 1 Man Utd
Craig Gordon of Sunderland saves from Wayne Rooney of Manchester United
02 May 2010, Sunderland 0 - 1 Man Utd
Nani of Manchester United holds off a challenge from David Meyler of Sunderland
02 May 2010, Sunderland 0 - 1 Man Utd
Wayne Rooney of Manchester United holds off a challenge from David Meyler of Sunderland
02 May 2010, Sunderland 0 - 1 Man Utd
Dimitar Berbatov of Manchester United beats Steed Malbranque and David Meyler of Sunderland
02 May 2010, Sunderland 0 - 1 Man Utd
Craig Gordon of Sunderland saves from Wayne Rooney of Manchester United
Pemain sayap antarabangsa Portugal, Nani akhirnya meletakkan United di depan diminit ke 28 apabila bijak menyudahkan gerakan Darren Fletcher. Gol itu sudah cukup buat United meraih mata penting sekaligus memaksa kejuaraan liga ditentukan hingga keperlawanan terakhir. Meskipun melihat peluang pasukannya untuk mempertahankan kejuaraan semakin tipis, Ferguson tetap mahukan agar pemain-pemainnya meraih tiga mata penuh ketika menanti kunjungan Stoke City di Old Trafford minggu ini sebagai penghargaan kepada penyokong-penyokong mereka. "Apa yang mampu kami lakukan ialah memenangi perlawanan terakhir meskipun peluang mempertahankan kejuaraa agak tipis. Menang ke atas Stoke akan menjadi sesuatu yang luar biasa buat kami. Adalah amat penting untuk kami memenangi perlawanan ini di hadapan penyokong sendiri. Setidak-tidaknya kami berjaya menjadikan perebutan kejuaraan begitu sengit", kata Ferguson. Dalam pada itu Ferguson masih menaruh harapan agar Wigan Athletic yang akan berkunjung ke Stamford Bridge mampu melakukan sesuatu. "Wigan merupakan pasukan yang berkualiti dan saya tidak pernah memperkecilkan kemampuan mereka ketika menentang Chelsea nanti", tambah Ferguson.
02 Mei 2010
FERGUSON RAGU-RAGU TURUNKAN ROONEY
Penyerang Manchester United, Wayne Rooney mengakui bahawa beliau sudah cukup cergas untuk turun membantu pasukannya mengharungi baki saingan Liga Perdana Inggeris musim ini. Walau bagaimanapun Sir Alex Ferguson masih belum mengambil keputusan sama ada mahu menurunkan Rooney di Stadium of Light malam ini. United akan berhadapan tugas mencabar apabila berhadapan dengan Sunderland yang dipimpin bekas bintang mereka di Old Trafford, Steve Bruce. Khidmat Rooney memang diperlukan Ferguson bagi menambah sengat di barisan serangan namun pengurus United itu pastinya tidak mahu menggadaikan peluang Rooney beraksi di Piala Dunia nanti memandangkan penyerangnya itu baru pulih dari kecederaan. "Kami berharap Rooney boleh menyertai kami semasa sesi latihan dan ada kemungkinan Rio Ferdinand juga bakal menyertai kami", kata Ferguson. Selepas direhatkan dalam beberapa perlawanan terakhir United, situasi Rooney dilihat semakin bertambah baik dan penyerang antarabangsa England itu tampak sudah bersedia membantu United dalam baki dua perlawanan terakhir musim ini.
United tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dalam kunjungan mereka ke Stadium of Light malam ini dan perlu meraih mata maksimum jika mahu menafikan peluang Chelsea meraih kejuaraan liga. United kini ketinggalan hanya satu mata dibelakang skuad The Blues dan perlu mengerah segala kemampuan mereka untuk menewaskan Sunderland yang berjaya mengikat mereka di Old Trafford, Ogos tahun lalu. Kelibat Darren Bent yang merupakan penjaring terbanyak skuad The Black Cats perlu diawasi kerana bekas penyerang Tottenham Hotspurs itu mampu menghadirkan ancaman terhadap benteng United, tambahan pula Bent juga dalam misi mengintai tempat ke dalam skuad England ke Piala Dunia. Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool akan menanti kunjungan Chelsea di Anfield, dan perlawanan ini akan menentukan peluang United mempertahankan trofli Liga Perdana Inggeris buat musim keempat berturut-turut. Ferguson yakin seteru tradisi mereka, Liverpool akan bermain habis-habisan ketika melayan kunjungan pendahulu itu. Walau bagaimanapun faktor keletihan selepas bermain selama 120 minit dalam perlawanan separuh akhir Liga Europa menentang Athletico Madrid mungkin memberi kelebihan kepada Chelsea dalam perlawanan ini.
Barisan Kemungkinan United:
Edwin Van der Sar, Patrice Evra, Gary Neville, Jonny Evans, Nemanja Vidic, Luis Antonio Valencia, Nani, Michael Carrick, Darren Fletcher, Ryan Giggs & Dimitar Berbatov
Langgan:
Catatan (Atom)