01 Jun 2010

MADRID PERSINGGAHAN SEMENTARA MOURINHO?

http://d.yimg.com/a/p/afp/20100531/capt.photo_1275310844446-1-0.jpg
Jose Mourinho telah diumumkan secara rasminya sebagai jurulatih baru Real Madrid menggantikan Manuel Pallegrini dengan ikatan kontrak selama empat tahun. Walau bagaimanapun kemungkinan besar Mourinho tidak akan menghabiskan masa selama empat tahun di Bernabeu dan akan berhijrah ke Old Trafford untuk menggantikan Sir Alex Ferguson. Mourinho pernah menyatakan secara terbuka tentang minatnya untuk mengambilalih kerusi Ferguson namun jurulatih yang terkenal dengan gelaran Special One itu mengakui bahawa impiannya akan hanya tercapai selepas Ferguson mengumumkan persaraan. Selepas melihat Ferguson akan kekal di Old Trafford sehingga penghujung musim 2011, Mourinho dikatakan memilih Santiago Bernabeu sebagai destinasi persinggahan sebelum kembali ke England untuk melatih Manchester United. Bukan lagi satu rahsia bahawa Mourinho memang menyimpan hasrat untuk kembali semula kekancah saingan Liga Perdana Inggeris dan menunjukkan minat yang besar untuk menggantikan tempat Ferguson di Old Trafford.

"Saya akan mempertimbangkan untuk berhijrah ke Manchester United, tetapi United juga harus mengatakan apakah mereka mahukan saya untuk menggantikan Sir Alex Ferguson. Jika mereka mengatakan ya maka saya juga akan mengatakan ya", kata Mourinho pada September tahun lalu. Dengan kontrak selama empat tahun, Mourinho berharap dia mampu membawa Real muncul sebagai juara Eropah dalam tempoh dua musim dan jika itu berlaku ia akan menjadi waktu yang sangat tepat untuk Special One meninggalkan Santiago Bernabeu kerana faktor usia akan memaksa Ferguson melepaskan jawatannya selepas itu. Bagaimanapun segala teka teki terletak ditangan Ferguson sendiri dan ditangannya jugalah terletak jawaban sebenar siapakah yang bakal menggantikan tempatnya nanti. Ketua Eksekutif United, David Gill mengakui tidak banyak jurulatih yang boleh disebut sebagai bakal pengurus The Red Devils dan Mourinho adalah seorang individu yang termasuk dalam senarai pendek itu.

27 Mei 2010

UNITED SIAP BELANJA UNTUK YAYA TOURE

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzzHyjIF51vqt3dSXCSIRinHEoGINMZNKpUyxj8oQsLQ-E7N1XMiznGWS-0ZXOVS_0lHqVH7hS-KfrWFwMrIrO-sYa7Ag3MdcQ0Mhj3lRH4-IILbZJJd2ctiIwJRadyLs-Qu3Gc1N3Pyw/+Toure.jpg
Manchester United yang dalam perancangan untuk memperkuatkan barisan tengahnya musim depan dengan menjadikan Yaya Toure sebagai sasaran terbaru mereka untuk dibawa ke Old Trafford. Sir Alex Ferguson berharap kehadiran Toure mampu menggantikan tempat Owen Hargreaves yang masih diragui kecergasannya selepas lama berehat akibat masalah kecederaan lutut. Toure juga diharap Ferguson mampu mengisi tempat Michael Carrick dan Anderson yang kerap mempamerkan prestasi turun naik sepanjang musim lalu. Media-media di Sepanyol hangat memperkatakan bahawa Toure menjadi sasaran United menjelang musim perpindahan nanti dan The Red Devils diberitakan sanggup membelanjakan sejumlah 21 juta Euro bagi membawa tonggak kebangsaan Ivory Coast itu ke Old Trafford.

United bagaimanapun diberitakan akan menghadapi masalah untuk memujuk Barca menjual salah seorang tonggak terbaik mereka kerana Pep Guardiola berhajat mempertahankan Toure di Nou Camp. Barca juga dikatakan akan hanya melepaskan pemain berusia 27 tahun ini dengan nilai 30 hingga 35 juta Euro. Toure yang terpaksa bersaing dengan Andres Iniesta, Sergio Busquets dan Xavi Hernandez dibarisan tengah Barca memang berhajat meninggalkan kelab Catalan itu dan telah menunjukkan minat untuk menuju ke England. United mahukan agar perpindahan Toure ke Old Trafford diselesaikan sebelum bermulanya Piala Dunia bagi mengelakkan harga pemain itu melambung tinggi selepas selesainya kejohanan bolasepak terulung di dunia itu.

22 Mei 2010

UNITED BELUM TERFIKIR CARI PENGGANTI FERGIE

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/04/06/article-0-00F96B8A00000578-36_468x329.jpg
Pihak pengurusan Manchester United mengeluarkan kenyataan bahawa kelab gembira dengan prestasi pengurus mereka, Sir Alex Ferguson biarpun hanya berjaya menjulang Piala Carling musim lalu dan belum terfikir mencari calon pengganti tempat pengurus paling lama dalam Liga Perdana Inggeris itu. Ferguson sudah bersama-sama United sejak tahun 1986 selepas menggantikan Ron Atkinson dan sudah menghadiahkan banyak kejuaraan buat kelab berpangkalan di Old Trafford itu. Pencapaian hebat Ferguson menjadikan beliau antara jurulatih paling berjaya dalam dunia bolasepak ketika ini. Melihat kepada umur Ferguson yang bakal menjangkau 69 tahun pada 31 Disember nanti, ramai pemerhati bolasepak sudah mula berkira-kira detik persaraan warga Scotland itu dan siapa calon paling sesuai mengambilalih tempatnya di Old Trafford.

Media-media di England juga sudah mula menyebut beberapa nama yang dikira pengganti sesuai buat Ferguson antaranya David Moyes (Everton), Jose Mourinho (Inter Milan), Laurent Blanc (Bordeaux) dan juga Fabio Capello (Pengurus England). Walau bagaimanapun dengan deretan kejuaraan yang telah diberikannya kepada United selain lebih seratus anugerah peribadi yang diterimanya, Sir Alexander Chapman Ferguson menjadi individu `paling tidak boleh disentuh' termasuk oleh pemilik United sendiri, Malcolm Glazer. Ferguson adalah lelaki teragung di Old Trafford malah ada yang menganggap beliau dan United sudah tidak boleh dipisahkan lagi. Kata-kata menarik dari pertahanan kiri United, Patrice Evra bakal menjawab persoalan besar tentang masa depan Ferguson, "Dia akan mati ditempat duduknya di Old Trafford, itu takdirnya", kata Evra.

Pencapaian Ferguson Sepanjang 24 Tahun Di Old Trafford:

Kejuaraan Liga Perdana (11)
Piala FA (5)
Piala Carling/Liga (4)
Community Shield (8)
Liga Juara-Juara Eropah (2)
Piala Antarabenua (2)
Piala Kelab Dunia (1)

16 Mei 2010

FERGUSON INGIN GANDINGKAN SUAREZ DENGAN ROONEY

http://cache.daylife.com/imageserve/02rxdCQbt64EP/610x.jpg
Minat kelab-kelab gergasi Eropah terhadap penyerang Ajax Amsterdam, Luis Suarez kian bertambah selepas Manchester United menjadi kelab terbaru berminat mendapatkan khidmat penyerang antarabangsa Uruguay itu. Pengurus United, Sir Alex Ferguson diberitakan bersedia membuat tawaran sebanyak 20 juta Pound kepada Ajax bagi membawa penyerang itu ke Old Trafford. Ferguson berpendapat Suarez adalah gandingan yang ideal buat Wayne Rooney dibarisan hadapan United untuk musim depan. Suarez juga dikatakan menjadi alternatif jika usaha Ferguson membawa Karim Benzema menemui jalan buntu. Ketajaman Suarez dihadapan gawang tidak pernah tumpul sejak menyertai Ajax pada tahun 2007 dan penyerang prolifik Uruguay itu sudah menjaringkan 35 gol untuk Ajax di Eredivisie musim lalu.

Pemain berusia 23 tahun yang bergandingan dengan Diego Forlan dalam skuad kebangsaan Uruguay juga telah menjaringkan 10 gol dari 29 penampilan di peringkat antarabangsa. Sumber terdekat menyebut bahawa United telah menghantar stafnya memantau aksi Suarez bersama Ajax sebanyak enam kali dalam tempoh sebulan. Ferguson sendiri melahirkan kekagumannya terhadap Suarez yang pada pandangan beliau memiliki keupayaan setanding Cristiano Ronaldo. "Dia mempunyai kemampuan sebagai penyerang mahupun sebagai pemain sayap", kata Ferguson. Sementara itu Dimitar Berbatov bertekad mempertahankan tempatnya dalam skuad United biarpun The Red Devils dikaitkan dengan beberapa penyerang ternama menjelang musim perpindahan nanti. Setakat ini antara penyerang yang hangat dikaitkan akan ke Old Trafford ialah Karim Benzema, David Villa, Marco Boriello dan Luis Suarez.

TIGA PEMAIN MENJADI SASARAN UNITED

DSC_8570 by Russell Tracy Photography.
Marco Boriello

ManU 0-0 Everton (2-4) by coolblue007.
Phil Jagielka

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/12/23/article-1101075-02E02A57000005DC-655_468x547.jpg
Lassana Diarra

Manchester United mula menggerakkan jenteranya ketika musim perpindahan semakin hampir. United diberitakan sudah meletakkan sasaran untuk mendapatkan tiga pemain baru bagi memperkuatkan pasukan mereka musim depan. United dikatakan begitu serius dan tidak mahu bertangguh untuk membawa masuk tiga pemain baru itu secara serentak ke Old Trafford
. Pemain yang menjadi sasaran Ferguson ialah penyerang AC Milan, Marco Boriello, pemain tengah Real Madrid, Lassana Diarra dan pertahanan Everton, Phil Jagielka. Boriello dilihat Ferguson sebagai pemain paling sesuai untuk digandingkan bersama Wayne Rooney dijentera serangan United. Walaupun jarang diturunkan Milan kerana mengalami kecederaan, Boriello masih sempat menjaringkan 14 gol buat skuad Rossonerri itu. Lassana Diarra menjadi pemain kedua menjadi sasaran Ferguson bagi menguatkan jentera tengah United. Kerana persaingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Madrid, Diarra jarang diberikan tempat dalam skuad kendalian Manuel Pallegrini itu biarpun dia diakui antara pemain tengah terbaik di La Liga. Kehadiran Diarra yang juga merupakan pemain antarabangsa Perancis dilihat begitu penting buat United bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Owen Hargreaves yang masih belum pulih dari kecederaan. Sementara itu Ferguson melihat pembelian Jagielka sebagai persediaan buatnya mengisi tempat pemain-pemain yang semakin berada dipenghujung karier di barisan pertahanan United. United sudah menyediakan peruntukan sebanyak 51 juta Pound bagi mendapatkan tandatangan ketiga-tiga pemain tersebut.

15 Mei 2010

VILLA TERLEPAS, UNITED GIGIT JARI

http://www.thespoiler.co.uk/wp-content/uploads/2008/05/villa.jpg
Daily Mail melaporkan Manchester United gagal mendapatkan penyerang Valencia, David Villa selepas pemain itu bersetuju menyertai Barcelona pada musim perpindahan akan datang. United sudah lama mengintai peluang mendapatkan khidmat Villa bagi menguatkan barisan serangan mereka yang dilihat terlalu bergantung kepada Wayne Rooney. United juga dikatakan sudah menyediakan dana sebesar 45 juga Pound bagi mendapatkan penyerang antarabangsa Sepanyol itu. Villa sendiri pada mulanya sudah bersedia berhijrah ke England namun memilih kekal di Primera Liga selepas mendapat tawaran dari Barcelona. Menurut Daily Mail, Villa memilih kekal di Sepanyol kerana kurang menggemari corak permainan fizikal di Liga Perdana Inggeris. Sementara itu media-media di Sepanyol yakin Villa akan menggantikan Zlatan Ibrahimovic dan mengisi posisi penyerang tengah Barca. Bekas penyerang Inter Milan itu diberitakan akan kembali menyertai Serie A dengan menjadikan Juventus sebagai destinasinya musim depan.

14 Mei 2010

FERGUSON TIDAK TERKEJUT SCHOLES TOLAK TAWARAN CAPELLO

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2008/12/19/article-0-020CF605000004B0-763_468x570.jpg
Pegurus Manchester United, Sir Alex Ferguson tidak terkejut atas berita bahawa Fabio Capello ingin menyenaraikan Paul Scholes dalam skuad Piala Dunia England ke Afrika Selatan. Capello diberitakan ingin memujuk pemain tengah veteran United itu agar keluar dari persaraan dan kembali kepangkuan skuad kebangsaan England. Walau bagaimanapun tawaran untuk tampil di Piala Dunia oleh Capello itu ditolak Scholes. Menurut Ferguson, keputusan Capello memanggil semula pemain tengahnya itu menyertai skuad kebangsaan adalah keputusan yang tepat tetapi Scholes punya pendirian sendiri yang harus dihormati. "Scholes sudah mengambil keputusan untuk bersara di peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun yang lalu", ujar Ferguson. "Saya fikir Capello telah melakukan keputusan yang tepat dengan memberikan kesempatan kepada Scholes tampil di Piala Dunia. Namun Scholes sudah mempunyai komitmen lain dan ingin memberikan perhatian kepada keluarganya. Dia sedang menikmati kehidupan bersama keluarganya ketika ini", tambah Ferguson lagi.