22 Mei 2010

UNITED BELUM TERFIKIR CARI PENGGANTI FERGIE

http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/04/06/article-0-00F96B8A00000578-36_468x329.jpg
Pihak pengurusan Manchester United mengeluarkan kenyataan bahawa kelab gembira dengan prestasi pengurus mereka, Sir Alex Ferguson biarpun hanya berjaya menjulang Piala Carling musim lalu dan belum terfikir mencari calon pengganti tempat pengurus paling lama dalam Liga Perdana Inggeris itu. Ferguson sudah bersama-sama United sejak tahun 1986 selepas menggantikan Ron Atkinson dan sudah menghadiahkan banyak kejuaraan buat kelab berpangkalan di Old Trafford itu. Pencapaian hebat Ferguson menjadikan beliau antara jurulatih paling berjaya dalam dunia bolasepak ketika ini. Melihat kepada umur Ferguson yang bakal menjangkau 69 tahun pada 31 Disember nanti, ramai pemerhati bolasepak sudah mula berkira-kira detik persaraan warga Scotland itu dan siapa calon paling sesuai mengambilalih tempatnya di Old Trafford.

Media-media di England juga sudah mula menyebut beberapa nama yang dikira pengganti sesuai buat Ferguson antaranya David Moyes (Everton), Jose Mourinho (Inter Milan), Laurent Blanc (Bordeaux) dan juga Fabio Capello (Pengurus England). Walau bagaimanapun dengan deretan kejuaraan yang telah diberikannya kepada United selain lebih seratus anugerah peribadi yang diterimanya, Sir Alexander Chapman Ferguson menjadi individu `paling tidak boleh disentuh' termasuk oleh pemilik United sendiri, Malcolm Glazer. Ferguson adalah lelaki teragung di Old Trafford malah ada yang menganggap beliau dan United sudah tidak boleh dipisahkan lagi. Kata-kata menarik dari pertahanan kiri United, Patrice Evra bakal menjawab persoalan besar tentang masa depan Ferguson, "Dia akan mati ditempat duduknya di Old Trafford, itu takdirnya", kata Evra.

Pencapaian Ferguson Sepanjang 24 Tahun Di Old Trafford:

Kejuaraan Liga Perdana (11)
Piala FA (5)
Piala Carling/Liga (4)
Community Shield (8)
Liga Juara-Juara Eropah (2)
Piala Antarabenua (2)
Piala Kelab Dunia (1)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan