Marco Boriello
Phil Jagielka
Lassana Diarra
Manchester United mula menggerakkan jenteranya ketika musim perpindahan semakin hampir. United diberitakan sudah meletakkan sasaran untuk mendapatkan tiga pemain baru bagi memperkuatkan pasukan mereka musim depan. United dikatakan begitu serius dan tidak mahu bertangguh untuk membawa masuk tiga pemain baru itu secara serentak ke Old Trafford. Pemain yang menjadi sasaran Ferguson ialah penyerang AC Milan, Marco Boriello, pemain tengah Real Madrid, Lassana Diarra dan pertahanan Everton, Phil Jagielka. Boriello dilihat Ferguson sebagai pemain paling sesuai untuk digandingkan bersama Wayne Rooney dijentera serangan United. Walaupun jarang diturunkan Milan kerana mengalami kecederaan, Boriello masih sempat menjaringkan 14 gol buat skuad Rossonerri itu. Lassana Diarra menjadi pemain kedua menjadi sasaran Ferguson bagi menguatkan jentera tengah United. Kerana persaingan sengit untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Madrid, Diarra jarang diberikan tempat dalam skuad kendalian Manuel Pallegrini itu biarpun dia diakui antara pemain tengah terbaik di La Liga. Kehadiran Diarra yang juga merupakan pemain antarabangsa Perancis dilihat begitu penting buat United bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Owen Hargreaves yang masih belum pulih dari kecederaan. Sementara itu Ferguson melihat pembelian Jagielka sebagai persediaan buatnya mengisi tempat pemain-pemain yang semakin berada dipenghujung karier di barisan pertahanan United. United sudah menyediakan peruntukan sebanyak 51 juta Pound bagi mendapatkan tandatangan ketiga-tiga pemain tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan