Pegurus Manchester United, Sir Alex Ferguson tidak terkejut atas berita bahawa Fabio Capello ingin menyenaraikan Paul Scholes dalam skuad Piala Dunia England ke Afrika Selatan. Capello diberitakan ingin memujuk pemain tengah veteran United itu agar keluar dari persaraan dan kembali kepangkuan skuad kebangsaan England. Walau bagaimanapun tawaran untuk tampil di Piala Dunia oleh Capello itu ditolak Scholes. Menurut Ferguson, keputusan Capello memanggil semula pemain tengahnya itu menyertai skuad kebangsaan adalah keputusan yang tepat tetapi Scholes punya pendirian sendiri yang harus dihormati. "Scholes sudah mengambil keputusan untuk bersara di peringkat antarabangsa sejak beberapa tahun yang lalu", ujar Ferguson. "Saya fikir Capello telah melakukan keputusan yang tepat dengan memberikan kesempatan kepada Scholes tampil di Piala Dunia. Namun Scholes sudah mempunyai komitmen lain dan ingin memberikan perhatian kepada keluarganya. Dia sedang menikmati kehidupan bersama keluarganya ketika ini", tambah Ferguson lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan