19 Februari 2011

PIALA FA PUSINGAN KELIMA: MANCHESTER UNITED lwn CRAWLEY TOWN

Manchester United's English midfielder Paul Scholes (L) is tackled by Rangers' Scottish defender Kirk Broadfoot during their UEFA Champions League Group C football game at Ibrox in Glasgow, Scotland, on November 24, 2010.

Paul Scholes menggesa rakan-rakan sepasukan di Manchester United agar bangkit mulai sekarang dan menjadi pemain yang boleh diharapkan. United akan berdepan dengan pasukan bukan liga, Crawley Town dalam pusingan kelima Piala FA di Old Trafford awal pagi nanti. Selain dari kempen Piala FA, skuad bimbingan Sir Alex Ferguson kini sedang mengetuai pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan bakal berdepan Marseille di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Rabu depan. Dengan pencabar-pencabar kejuaraan lain seperti Arsenal, Chelsea dan Tottenham turut beraksi hari ini, Scholes pantas mengingatkan rakan-rakan sepasukannya bahawa saingan musim ini kian menuju kepenghujungnya. "Anda kini mempunyai baki 12 perlawanan liga, saingan Piala FA menuju ke peringkat yang lebih penting dan kempen di Eropah dimulakan semula. Setiap perlawanan kini memnjadi lebih penting dan masanya untuk bangkit dan mula bermain", kata Scholes.

Sementara itu, penyerang veteran United, Michael Owen bakal terlepas aksi di Old Trafford awal pagi nanti berikutan mengalami kecederaan semula di pangkal peha ketika sesi latihan. Ferguson yang sudah berkira-kira mahu menurunkan Owen dalam pertemuan dengan Crawley Town bakal mengalihkan sasarannya kepada Javier Hernandez sebagai sandaran utama untuk memburu gol. Owen yang mengalami masalah hamstring sejak September lalu bagaimanapun diberitakan sempat sembuh untuk diturunkan ketika United berkunjung ke Marseille dalam kempen Liga Juara-Juara mereka. Bagi Crawley Town yang mencipta sejarah mara ke pusingan kelima dalam tempoh 17 tahun bertekad mengejutkan United dalam perlawanan ini. Kapten mereka Pablo Mills bertekad membantu pasukannya melakar kejutan terbesar dalam sejarah kelab itu dengan menyingkirkan United dari saingan kejohanan kalah mati ini. Meskipun demikina Milla menegaskan matlamat utama mereka adalah melayakan diri ke saingan liga kebangsaan England.

13 Februari 2011

ROONEY: GOL TERBAIK SAYA


Wayne Rooney muncul wira pasukannya selepas meledak gol kemenangan yang disifatkan tercantik setakat ini dalam pertemuan derby Manchester malam tadi. Rooney melakukan sepakan gunting hasil hantaran silang Nani diminit ke-77, sekaligus mengulangi kemenangan United ke atas jiran mereka itu musim lalu. "Gol itu merupakan gol terbaik saya. Saya hanya berusaha untuk berada di posisi yang tepat ketika Nani melakukan hantaran lintang", kata Rooney. "Saya hanya mencuba dan bertuah bola terus menerjah gawang". Perlawanan malam tadi berlangsung agak seimbang tetapi United berjaya mendahului lawan menerusi Nani diminit ke-40. Pemain sayap United itu yang menerima hantaran Ryan Giggs tidak menghadapi masalah mengatasi kekangan Pablo Zabaleta sebelum mudah menolak masuk menewaskan Joe Hart. City bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan diminit ke-64 menerusi David Silva apabila bola percubaan Edin Dzeko yang terkena belakang pemain antarabangsa Sepanyol itu gagal diselamatkan Edwin Van der Sar. Bagaimanapun 13 minit selepas itu, Rooney muncul pemusnah harapan City untuk terus bersaing dalam perebutan kejuaraan liga apabila melakukan sepakan gunting cantik untuk memastikan tiga mata penuh buat United.

Mengulas peluang City selepas tewas kepada pasukannya, Rooney memberitahu, "Saya fikir ini hampir pasti menghapuskan peluang mereka untuk muncul juara". Sementara itu individu paling kecewa hasil keputusan perlawanan malam tadi ialah pengurus City, Roberto Mancini. Mancini bagaimanapun masih sempat memberikan penghargaan dan mengakui kehebatan jaringan kemenangan Rooney itu sambil mengatakan beliau hanya mampu memberikan tepukan selepas menyaksikan gol tersebut. "Ketika pemain hebat seperti Rooney menjaringkan gol seperti itu, maka anda harus memberikan tepukan. Dia menjaringkan gol yang hebat", kata Mancini. "Saya akui peluang untuk mengejar kejuaraan semakin sukar. Lapan mata adalah jurang yang besar tetapi kami harus berfikiran positif". "Pertembungan derby memang memerlukan kekuatan mental, jika sesebuah memiliki kekuatan mental yang bagus mereka mampu keluar sebagai pemenang". Kemenangan ini juga menyaksikan United mengekalkan pendahuluan empat mata di takhta liga selepas pencabar terdekat mereka, Arsenal turut menang ke atas Wolverhampton Wanderers malam tadi.

11 Februari 2011

MANCHESTER UNITED lwn MANCHESTER CITY: SIAPA PALING HEBAT DI BANDARAYA MANCHESTER


Pertemuan derby antara Manchester United menentang Manchester City di Old Trafford malam esok pastinya dinanti para peminat bolasepak terutamanya penyokong kedua-dua pasukan yang berseteru itu. Perlawanan ini juga bakal menyaksikan Carlos Tevez kembali semula ke Old Trafford mengetuai cabaran menentang pasukan lamanya. Dengan hanya dibezakan 5 mata, pertemuan ini penting buat kedua-dua pasukan apatah lagi selepas menyaksikan rekod tanpa kalah United dileburkan Wolves minggu lalu, dan City pula masih segar dengan kemenangan 3-0 mereka ke atas West Bromwich Albion. Bagi United pula, mereka pastinya mahu menebus kehampaan tewas 1-2 kepada Wolves di Stadium Mollineux dan pertemuan ini bakal digunakan mereka untuk kembali ke landasan kemenangan.

Sir Alex Ferguson pastinya meletakkan Wayne Rooney beraksi bersama dengan Dimitar Berbatov di bahagian serangan setelah pemain Mexico, Javier Hernandez kepenatan selepas aksi perlawanan persahabatan di Amerika Syarikat. United agak pincang di benteng pertahanan selepas Rio Ferdinand, Chris Smalling dan Jonny Evans mengalami kecederaan. Bagi menampung kekurangan itu, Ferguson dijangka menggunakan khidmat Wes Brown untuk digandingkan bersama Nemanja Vidic. Bagi City pula, Roberto Mancini pastinya gembira kerana Tevez tidak disenarai dalam skuad Argetina untuk perlawanan persahabatan. Mancini sudah pasti meletakkan Tevez bersama Edin Dzeko di bahagian serangan memandangkan seorang lagi penyerang mereka iaitu Mario Ballotelli masih belum cergas.

NEVILLE: RAFAEL LAYAK MENGGANTIKAN SAYA


Gary Neville yakin posisi bek kanan United yang kini diambil alih oleh pemain muda, Rafael da Silva berada di tangan yang selamat. Minggu lalu, bekas kapten United itu mengumumkan persaraannya dari arena bolasepak akibat kecederaan panjang. Pemain yang dicungkil bakatnya dari akademi remaja United itu melihat potensi besar dalam diri Rafael dan percaya pemain berusia 20 tahun bakal memiliki masa hadapan yang gemilang di Old Trafford. "Buat pertama kalinya dalam tempoh beberapa tahun, anda boleh mengatakan bahawa kami sudah memiliki barisan pertahanan utama dalam pasukan", ujar Neville. "Rafael memang pemain berkebolehan. Dia pantas mendapatkan bola dari lawan, agresif, lasak dan bersemangat serta mampu mempertahankan kawasannya dengan baik". Selain itu menurut Neville, Rafael juga seperti dirinya yang boleh membantu dan membekalkan tenaga ketika pasukan melakukan serangan. "Dia mempunyai sikap yang bagus dan lebih dari mampu untuk muncul sebagai bek kanan terbaik United pada tahun-tahu mendatang".

07 Februari 2011

FERGIE & BERBA TERBAIK BULAN JANUARI




Gandingan Manchester United, Sir Alex Ferguson dan Dimitar Berbatov telah dinamakan selaku Pengurus dan Pemain Terbaik Bulanan Barclays bagi bulan Januari. United memiliki permulaan yang hebat tahun ini, menang empat, seri sekali namun tewas dalam perlawanan terakhir mereka kepada Wolverhampton Wanderers hujung minggu lalu. Ferguson tentunya tidak asing dengan anugerah itu dan memenanginya sepanjang tempoh 25 yang cemerlang dalam kariernya. Skuad United Ferguson terkenal kerana membina momentum memenangi gelaran sejak bermulanya tahun 2011, dan musim ini nampaknya tidak berbeza selepas mereka memungut 13 mata daripada 15 aksi kemungkinan untuk menyelesaikan peranannya bulan ini. Penjaring hebat Bulgaria, Berbatov mendahului senarai penjaring di di Liga Perdana musim ini, sekaligus mengatasi apa yang dilepasinya pada 2010 dengan lima gol pada bulan Januari untuk menjadikan keseluruhannya kepada 19 gol. Ini adalah kali pertama Berbatov memenangi anugerah selaku pemain United, dan yang kedua dalam kariernya selepas berkongsi anugerah Pemain Bulan April 2007 dengan bekas rakan serangannya di Tottenham, Robbie Keane.

02 Februari 2011

ROONEY INGIN TAMBAH GOL LAGI



Wayne Rooney kembali meletakkan namanya sebagai penjaring utama buat Manchester United apabila berjaya meledak dua gol disebalik kemenangan 3-1 pasukannya ke atas Aston Villa awal pagi tadi. Rooney membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 selepas menerima hantaran jauh Edwin Van der Sar dan penyerang England itu mudah menewaskan Brad Friedl di gawang Villa. Di penghujung babak pertama, Rooney menjaringkan gol keduanya buat United apabila mudah menolak masuk umpanan silang Nani di depan gawang lawan. Dua gol jaringan Rooney pagi tadi menyaksikan dia menambah koleksi jaringannya musim ini kepada enam gol. Rooney juga berharap agar kejayaannya itu bakal menyuntik kembali keyakinan dirinya dalam menghasilkan gol buat pasukannya. "Saya gembira dengan prestasi saya dan ingin menjaringkan lebih banyak gol lagi. Sebagai penyerang, anda tentunya ingin menjaringkan gol. Saya berpuashati dengan prestasi saya kecuali ketika pertemuan dengan Blackpool minggu lepas", ujar Rooney.

Rooney turut melemparkan pujian ke atas penjaga gol United, Edwin Van der Sar dan Nani yang bertindak cemerlang disebalik kejayaannya menjaringkan dua gol. "Saya jarang memperolehi peluang itu dari Edwin. Saya harus berterima kasih kepadanya. Begitu juga dengan umpanan Nani, dia begitu hebat ketika melakukan hantaran silang. Apabila dia masuk ke kawasan penalti memang sukar untuk menghentikannya". Selepas mendahului 2-0 di separuh masa pertama, pelawat merapatkan jurang menerusi jaringan Darren Bent diminit ke-58. Bagaimanapun lima minit selepas itu, Nemanja Vidic menutup terus impian pelawat untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata di Old Trafford apabila merembat kencang bola tolakan Rooney sekaligus memastikan tiga mata penuh buat skuad The Red Devils. Kemenangan ke atas Villa menyaksikan United terus melebarkan rekod tanpa kalah mereka musim ini kepada 24 perlawanan dan menerajui tangga teratas liga dengan 54 mata.

01 Februari 2011

MANCHESTER UNITED LWN ASTON VILLA: FERGUSON AKAN TURUNKAN BARISAN TERKUAT


LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11

MANCHESTER UNITED lwn ASTON VILLA
(Old Trafford, 2 Februari 2011, jam 04.00 pagi)

Manchester United's Rio Ferdinand, left, and Nemanja Vidic train with teammates at Carrington training ground, Manchester, England, Tuesday Nov. 23, 2010. Manchester United play their Champion's League soccer match against Rangers Tuesday.

Sir Alex Ferguson akan menurunkan kesebelasan terbaiknya ketika United menerima kunjungan Aston Villa di Old Trafford awal pagi nanti. Ferguson merehatkan sebahagian besar tonggak utamanya ketika United menewaskan Southampton dalam saingan pusingan keempat Piala FA hujung minggu lalu. Selepas memerlukan jaringan minit akhir Nemanja Vidic untuk berkongsi mata dengan pasukan bimbingan Gerard Houllier itu 13 November lalu, Ferguson pastinya tidak mahu mengambil risiko ketika United berusaha mencari tiga mata penuh di gelanggang sendiri sekaligus melebarkan penguasaan mereka di tangga teratas liga. Ferguson mengesahkan akan menurunkan benteng terkuatnya yang dibarisi Edwin Van der Sar, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Patrice Evra dan Rafael da Silva dalam perlawanan ini selepas merehatkan mereka ketika pertemuan dengan Southampton kelmarin. Ferdinand dan Vidic disahkan kembali cergas dari kecederaan ringan manakala Rafael yang tidak diturunkan di St Mary kerana kecederaan kepala juga telah bersedia untuk disenaraikan semula.

Dalam saingan Piala FA hujung minggu lalu Van der Sar sengaja direhatkan Ferguson bagi memberi peluang kepada Anders Lindegaard melakukan penampilan pertamanya untuk United manakala Patrice Evra pula terpaksa meninggalkan kelab atas urusan keluarga. "Kami dapat menurunkan empat pemain pertahanan terbaik kami lagi", kata Ferguson. Villa yang memperolehi suntikan semangat selepas berjaya menewaskan jiran United, Manchester City 22 Januari lalu pastinya berharap mereka mampu menjadi pasukan pertama menamatkan rekod tanpa kalah United musim ini. Tugas mereka bagaimanapun pastinya sukar memandangkan rekod skuad The Red Devils di gelanggang sendiri musim ini begitu cemerlang dan hanya West Bormwich Albion menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri satu mata di Old Trafford sepanjang musim ini. Ferguson juga dijangka menggandingkan semula Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov dalam perlawanan ini selepas sebelumnya memberi kesempatan kepada Javier Hernandez dan Michael Owen mengepalai jentera penggempur di St. Marys.