17 Ogos 2010

FERGIE PUJI PENAMPILAN SCHOLES

MANCHESTER, ENGLAND - AUGUST 16:  Paul Scholes of Manchester United in action during the Barclays Premier League match between Manchester United and Newcastle United at Old Trafford on August 16, 2010 in Manchester, England.
Penampilan hebat yang dipamerkan pemain tengah veteran, Paul Scholes ketika menentang Newcastle United awal pagi tadi mengundang pujian melambung dari Sir Alex Ferguson. Scholes yang turut beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea dalam perlawanan merebut Perisai Komuniti minggu lalu menyaksikan dua umpanannya disempurnakan Dimitar Berbatov dan Ryan Giggs manakala satu lagi gol United dijaringkan oleh Darren Fletcher. Kemenangan 3-0 ke atas skuad yang baru dinaikkan ke saingan elit Liga Perdana itu membolehkan United meraih tiga mata penuh dalam perlawanan pertama mereka musim ini. "Scholes menunjukkan bahawa usia tidak pernah membataskan kemampuan terbaiknya. Umpanan, visi dan nafsunya untuk memenangi perlawanan masih lagi seperti dia di zaman remajanya", kata Ferguson.

Walaupun menang dengan kelebihan selesa, Newcastle United sering memberikan masalah kepada barisan Red Devils terutamanya dibabak awal permainan dan Ferguson menganggap kemenangan ini sangat penting buat pasukannya. "Mereka sangat sukar untuk ditewaskan tetapi kami juga banyak membazirkan peluang yang terhidang. Berbatov boleh menjaringkan tiga atu empat gol tetapi penampilannya juga agak luar biasa", tambah Ferguson lagi. "Tiga mata di gelanggang sendiri sememangnya begitu penting. Kami menguasai bola sepanjang perlawanan, prestasi kami sangat bagus", kata pengurus berusia 68 tahun itu lagi. United akan berhadapan dengan Fulham, di Craven Cottage, Ahad ini bagi perlawanan kedua mereka musim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan