LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11
FULHAM lwn MANCHESTER UNITED
(Craven Cottage, 22 Ogos 2010, jam 11:00 malam)
Manchester United bakal kehilangan khidmat penyerang utamanya, Wayne Rooney ketika menentang Fulham malam nanti akibat jangkitan virus di perutnya. Rooney telah disenaraikan dalam skuad yang akan berangkat ke London namun doktor pasukan telah menasihatkan agar namanya digugurkan bagi mengelakkan jangkitan kepada pemain lain. Rooney bagaimanapun telah diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut dan akan direhatkan dalam perlawanan ini. Nasib buruk seakan-akan terus menghantui Rooney di awal musim dan kegagalan untuk diturunkan malam ini menyaksikan kemarau gol penyerang antarabangsa England itu terus berpanjangan sejak disingkir Bayern Munich di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu. Dengan ketiadaan Rooney, Ferguson dijangka menurunkan penyerang barunya, Javier Hernandez dalam perlawanan ini atau menggunakan Dimitar Berbatov sebagai penyerang tunggal di hadapan. Hernandez diberi kesempatan merasai aksi sulungnya dalam saingan Liga Perdana ketika menentang Newcastle United minggu lalu apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada penghujung permainan.
United yang tewas 0-3 kepada Fulham di gelanggang lawan musim lalu perlu menang perlawanan ini bagi mengekori Chelsea yang mencatat kemenangan besar ke atas Wigan Athletic awal pagi tadi. Fulham juga pastinya menggunakan perlawanan ini untuk mengulangi pencapaian mereka ke atas United musim lalu sekaligus mencari kemenangan pertama mereka di awal musim selepas diikat Bolton Wanderers minggu lalu. Sementara itu Ferguson mula melancarkan perang psikologi terhadap Fulham apabila mengatakan bahawa The Cottagers tidak akan mampu mengulangi pencapaian mereka ke atas United musim lalu. "Kami terpaksa menggunakan pemain barisan depan sebagai pemain pertahanan ketika menentang mereka musim lalu. Itu antara penyebab utama kami tewas musim lalu, dan kali ini saya pasti mereka tidak mampu mengulangi perkara yang sama keatas kami", kata Ferguson.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan