21 Ogos 2010

VIDIC DIIKAT SEHINGGA 2014


Nemanja Vidic akhirnya secara rasmi menandatangani lanjutan kontrak selama empat tahun yang menyaksikan bek antarabangsa Serbia itu kekal di Old Trafford hingga 2014. Pengurus United, Sir Alex Ferguson mengatakan bahawa Vidic telah menamatkan segala spekulasi liar yang melanda kariernya di Old Trafford selepas berakhirnya kempen musim lalu. Jose Mourinho antara individu yang dikatakan begitu berminat membawa Vidic beraksi di Santiago Bernabeu. "Kami amat gembira Vidic meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa masa depannya adalah di Old Trafford. Ia sekaligus menamatkan spekulasi bodoh selama beberapa bulan terakhir ini", kata Ferguson. "Vidic muncul antara pemain pertahanan terbaik di Eropah dan kami senang dia kekal di sini dalam tempoh yang panjang", tambah Ferguson lagi. Sementara itu, Vidic juga mengakui bahawa beliau gembira untuk terus menjadi sebahagian dari anggota kelab yang memang diimpikannya sejak kecil. "Saya sangat gembira dengan lanjutan kontrak ini. Saya menyertai kelab ini ketika masih muda dan berkembang dengan bantuan pengurus, jurulatih dan rakan-rakan", kata Vidic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan