15 Ogos 2010

FERGUSON: UNITED TAK PERLU PEMAIN TERNAMA

Manchester United's manager Alex Ferguson talks with journalists at the Portuguese soccer federation headquarter on Tuesday, Aug. 10, 2010 in Lisbon. Ferguson was going to testify on behalf of Carlos Queiroz at a hearing into alleged misconduct by the Portugal coach.
Memiliki sifat keyakinan diri yang tinggi, itulah yang ada dalam diri Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson yang menegaskan musim ini pasukannya tidak perlu membawa masuk nama-nama besar dalam pasukan. Sebelum ini, Fergie sering dikaitkan akan membawa masuk pemain-pemain bintang dalam pasukan seperti David Villa, David Silva, Joe Cole dan terbaru bintang muda Jerman, Mesut Ozil. Pengurus berbangsa Scotland itu bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sudah berpuashati dengan barisan yang dimilikinya sekarang dan yakin United mampu bersaing di peringkat domestik dan Eropah. "Kelab lain berlumba-lumba mendapatkan David Villa atau Lionel Messi, tapi tidak dengan Manchester United. Saya fikir pasukan ini tidak memerlukan nama-nama besar", kata Ferguson.

"Saya akan memberikan kepercayaan kepada pemain-pemain muda. Kami sudah mempunyai senarai pemain yang berpotensi besar dan saya akan mempertahankan pemain-pemain ini", tambah Ferguson lagi. Dengan nada seolah-olah menyindir jiran setempat United, Manchester City yang melakukan pembelian besar-besaran musim ini, Ferguson menegaskan bukan mudah untuk City menyaingi prestasi United. "Ramai mengatakan bahawa Manchester City akan lebih baik kerana Roberto Mancini, tetapi dia memerlukan beberapa tahun untuk meningkatkan prestasi City". Awal pagi Selasa ini, United akan membuka tirai kempen mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila menerima kunjungan Newcastle United di Old Trafford.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan