Walaupun Manchester United ketinggalan lima mata di belakang pendahulu ketika ini Manchester City, Wayne Rooney tetap optimis peluang United untuk keluar sebagai juara sekaligus mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih besar berbanding jiran mereka itu. Bagi Rooney, City sebenarnya tidak memiliki ciri-ciri yang diperlukan untuk sesebuah pasukan bergelar juara. Sambil memberi amaran kepada mereka yang cuba mengenepikan peluang United mempertahankan kejuaraan mereka, Rooney berkata, "Adalah satu kesilapan besar sekiranya anda mengenepikan kami dari calon juara Liga Perdana. Perkara ini sudah berlaku beberapa kali apabila kami membuktikan ramalan mereka sebenarnya salah". Menurut Rooney, United memiliki barisan pemain yang bagus dan jika pasukannya berada di posisi yang baik dalam liga menjelang permulaan tahun baru, beliau yakin United akan melakukan apa yang biasanya mereka lakukan hingga ke akhir musim. Bagi Rooney, skuad The Red Devils memiliki pengetahuan dan pengalaman yang perlukan untuk memenangi kejuaraan liga, sesuatu yang tidak dimiliki seteru setempat mereka itu. Sekalipun mengakui City memulakan musim ini dengan cukup baik namun perjalanan liga yang masih panjang membuatkan Rooney tidak begitu khuatir dengan prestasi semasa City. "Sebagai pemain United, kami harus menunjukkan bahawa kami mampu memenangi kejuaraan liga sekali lagi". Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan