22 Ogos 2010

UNITED TURUN TANPA ROONEY DI CRAVEN COTTAGE


LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11


FULHAM lwn MANCHESTER UNITED
(Craven Cottage, 22 Ogos 2010, jam 11:00 malam)
http://d.yimg.com/a/p/ap/20100816/capt.78e95629e3384648b09e6e65539bf18e-78e95629e3384648b09e6e65539bf18e-0.jpg
Manchester United bakal kehilangan khidmat penyerang utamanya, Wayne Rooney ketika menentang Fulham malam nanti akibat jangkitan virus di perutnya. Rooney telah disenaraikan dalam skuad yang akan berangkat ke London namun doktor pasukan telah menasihatkan agar namanya digugurkan bagi mengelakkan jangkitan kepada pemain lain. Rooney bagaimanapun telah diarahkan menjalani pemeriksaan lanjut dan akan direhatkan dalam perlawanan ini. Nasib buruk seakan-akan terus menghantui Rooney di awal musim dan kegagalan untuk diturunkan malam ini menyaksikan kemarau gol penyerang antarabangsa England itu terus berpanjangan sejak disingkir Bayern Munich di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu. Dengan ketiadaan Rooney, Ferguson dijangka menurunkan penyerang barunya, Javier Hernandez dalam perlawanan ini atau menggunakan Dimitar Berbatov sebagai penyerang tunggal di hadapan. Hernandez diberi kesempatan merasai aksi sulungnya dalam saingan Liga Perdana ketika menentang Newcastle United minggu lalu apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada penghujung permainan.

United yang tewas 0-3 kepada Fulham di gelanggang lawan musim lalu perlu menang perlawanan ini bagi mengekori Chelsea yang mencatat kemenangan besar ke atas Wigan Athletic awal pagi tadi. Fulham juga pastinya menggunakan perlawanan ini untuk mengulangi pencapaian mereka ke atas United musim lalu sekaligus mencari kemenangan pertama mereka di awal musim selepas diikat Bolton Wanderers minggu lalu. Sementara itu Ferguson mula melancarkan perang psikologi terhadap Fulham apabila mengatakan bahawa The Cottagers tidak akan mampu mengulangi pencapaian mereka ke atas United musim lalu. "Kami terpaksa menggunakan pemain barisan depan sebagai pemain pertahanan ketika menentang mereka musim lalu. Itu antara penyebab utama kami tewas musim lalu, dan kali ini saya pasti mereka tidak mampu mengulangi perkara yang sama keatas kami", kata Ferguson.

21 Ogos 2010

VIDIC DIIKAT SEHINGGA 2014


Nemanja Vidic akhirnya secara rasmi menandatangani lanjutan kontrak selama empat tahun yang menyaksikan bek antarabangsa Serbia itu kekal di Old Trafford hingga 2014. Pengurus United, Sir Alex Ferguson mengatakan bahawa Vidic telah menamatkan segala spekulasi liar yang melanda kariernya di Old Trafford selepas berakhirnya kempen musim lalu. Jose Mourinho antara individu yang dikatakan begitu berminat membawa Vidic beraksi di Santiago Bernabeu. "Kami amat gembira Vidic meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa masa depannya adalah di Old Trafford. Ia sekaligus menamatkan spekulasi bodoh selama beberapa bulan terakhir ini", kata Ferguson. "Vidic muncul antara pemain pertahanan terbaik di Eropah dan kami senang dia kekal di sini dalam tempoh yang panjang", tambah Ferguson lagi. Sementara itu, Vidic juga mengakui bahawa beliau gembira untuk terus menjadi sebahagian dari anggota kelab yang memang diimpikannya sejak kecil. "Saya sangat gembira dengan lanjutan kontrak ini. Saya menyertai kelab ini ketika masih muda dan berkembang dengan bantuan pengurus, jurulatih dan rakan-rakan", kata Vidic.

17 Ogos 2010

FERGIE PUJI PENAMPILAN SCHOLES

MANCHESTER, ENGLAND - AUGUST 16:  Paul Scholes of Manchester United in action during the Barclays Premier League match between Manchester United and Newcastle United at Old Trafford on August 16, 2010 in Manchester, England.
Penampilan hebat yang dipamerkan pemain tengah veteran, Paul Scholes ketika menentang Newcastle United awal pagi tadi mengundang pujian melambung dari Sir Alex Ferguson. Scholes yang turut beraksi cemerlang ketika menentang Chelsea dalam perlawanan merebut Perisai Komuniti minggu lalu menyaksikan dua umpanannya disempurnakan Dimitar Berbatov dan Ryan Giggs manakala satu lagi gol United dijaringkan oleh Darren Fletcher. Kemenangan 3-0 ke atas skuad yang baru dinaikkan ke saingan elit Liga Perdana itu membolehkan United meraih tiga mata penuh dalam perlawanan pertama mereka musim ini. "Scholes menunjukkan bahawa usia tidak pernah membataskan kemampuan terbaiknya. Umpanan, visi dan nafsunya untuk memenangi perlawanan masih lagi seperti dia di zaman remajanya", kata Ferguson.

Walaupun menang dengan kelebihan selesa, Newcastle United sering memberikan masalah kepada barisan Red Devils terutamanya dibabak awal permainan dan Ferguson menganggap kemenangan ini sangat penting buat pasukannya. "Mereka sangat sukar untuk ditewaskan tetapi kami juga banyak membazirkan peluang yang terhidang. Berbatov boleh menjaringkan tiga atu empat gol tetapi penampilannya juga agak luar biasa", tambah Ferguson lagi. "Tiga mata di gelanggang sendiri sememangnya begitu penting. Kami menguasai bola sepanjang perlawanan, prestasi kami sangat bagus", kata pengurus berusia 68 tahun itu lagi. United akan berhadapan dengan Fulham, di Craven Cottage, Ahad ini bagi perlawanan kedua mereka musim ini.

16 Ogos 2010

VALENCIA: JANGAN PANDANG RENDAH KEPADA NEWCASTLE

LIGA PERDANA INGGERIS 2010/11

MANCHESTER UNITED lwn NEWCASTLE UNITED
(Old Trafford, 17 Ogos 2010, jam 2:55 pagi)

http://www.oleole.com/media/main/images/member_photos/group1/subgrp251/audicup2009bocajunio_282160.jpg
Pemain sayap Manchester United, Luis Antonio Valencia mengingatkan agar rakan sepasukannya tidak memandang rendah keupayaan Newcastle United biarpun pasukan itu baru sahaja dinaikkan semula ke saingan elit Liga Perdana Inggeris selepas tersingkir ke Liga Kejuaraan pada tahun 2008. Newcastle juga setakat ini gagal menandatangani sebarang pemain baru bagi menguatkan pasukan untuk menghadapi kempen Liga Perdana mereka musim ini. Awal pagi nanti, United akan menerima kunjungan skuad The Magpies itu dalam perlawanan pertama mereka musim ini di Old Trafford. Valencia juga menilai bahawa Newcastle mampu menghadirkan ancaman kepada mana-mana pasukan dan bakal menjadi pengacau dalam saingan musim ini.

"Saingan dalam Liga Perdana Inggeris tidak pernah mudah. Newcastle baru saja beraksi semula dalam saingan elit ini namun mereka memiliki sejarah yang hebat. Mereka akan datang ke Old Trafford dan memberikan masalah kepada kami", kata Valencia. "Newcastle dibarisi beberapa pemain hebat. Fabrizio Coloccini dan Jonas Guiterrez merupakan pemain hebat dari Amerika Latin manakala Joey Barton pula cukup berpengaruh di bahagian tengah. Beberapa pemain mereka cukup berpengalaman seperti Steve Harper, Kevin Nolan, Alan Smith dan Sol Campbell. Dengan barisan pemain yang ada Newcastle akan mempamerkan aksi terbaik dalam saingan liga", tambah Valencia lagi.

15 Ogos 2010

FERGUSON: UNITED TAK PERLU PEMAIN TERNAMA

Manchester United's manager Alex Ferguson talks with journalists at the Portuguese soccer federation headquarter on Tuesday, Aug. 10, 2010 in Lisbon. Ferguson was going to testify on behalf of Carlos Queiroz at a hearing into alleged misconduct by the Portugal coach.
Memiliki sifat keyakinan diri yang tinggi, itulah yang ada dalam diri Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson yang menegaskan musim ini pasukannya tidak perlu membawa masuk nama-nama besar dalam pasukan. Sebelum ini, Fergie sering dikaitkan akan membawa masuk pemain-pemain bintang dalam pasukan seperti David Villa, David Silva, Joe Cole dan terbaru bintang muda Jerman, Mesut Ozil. Pengurus berbangsa Scotland itu bagaimanapun menegaskan bahawa beliau sudah berpuashati dengan barisan yang dimilikinya sekarang dan yakin United mampu bersaing di peringkat domestik dan Eropah. "Kelab lain berlumba-lumba mendapatkan David Villa atau Lionel Messi, tapi tidak dengan Manchester United. Saya fikir pasukan ini tidak memerlukan nama-nama besar", kata Ferguson.

"Saya akan memberikan kepercayaan kepada pemain-pemain muda. Kami sudah mempunyai senarai pemain yang berpotensi besar dan saya akan mempertahankan pemain-pemain ini", tambah Ferguson lagi. Dengan nada seolah-olah menyindir jiran setempat United, Manchester City yang melakukan pembelian besar-besaran musim ini, Ferguson menegaskan bukan mudah untuk City menyaingi prestasi United. "Ramai mengatakan bahawa Manchester City akan lebih baik kerana Roberto Mancini, tetapi dia memerlukan beberapa tahun untuk meningkatkan prestasi City". Awal pagi Selasa ini, United akan membuka tirai kempen mereka dalam saingan Liga Perdana Inggeris apabila menerima kunjungan Newcastle United di Old Trafford.

09 Ogos 2010

UNITED RAMPAS TROFI COMMUNITY SHIELD

Manchester United pose for photographers after their 3-1 win over Chelsea in their English FA Community Shield soccer match at Wembley Stadium, London, Sunday Aug. 8, 2010.
Manchester United merampas semula trofi Community Shield dari tangan Chelsea selepas anak-anak buah Sir Alex Ferguson menewaskan juara Liga Perdana Inggeris itu 3-1 semalam. Kemenangan United itu turut dibantu aksi cemerlang penjaga gol veteran mereka Edwin Van Der Sar yang berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya lawan. United terlebih dahulu mencipta dua peluang awal melalui percubaan Antonio Valencia dan Paul Scholes diminit keempat dan kesembilan namun berjaya diselamatkan Henrique Hilario. Selepas itu giliran United pula menerima tekanan apabila Edwin Van der Sar dipaksa bekerja keras menepis percubaan Nicholas Anelka diminit kesepuluh dan rembatan Solomon Kalou yang melewati palang gol. Chelsea sekali menguji gawang United diminit ke 16 namun tandukan Branislav Ivanovic yang menerima hantaran Florent Malouda berjaya diselamatkan Van der Sar.

United akhirnya mendahului diminit ke 40 selepas Valencia bijak memanfaatkan hantaran silang Wayne Rooney untuk meletakkan United di depan. Memasuki babak kedua, The Blues terus berusaha mencari gol penyamaan namun percubaan lawan terutamanya dari Malouda, Kalou dan Michael Essien berjaya dipatahkan Van der Sar. Diminit ke 76, penyerang muda Mexico, Javier Hernandez mengejutkan benteng Chelsea apabila mudah menolak masuk bola hantaran Valencia untuk meletakkan United selesa mendahului dengan dua gol. Kekebalan Van der Sar di gawang akhirnya runtuh selepas lawan berjaya merapatkan jurang melalui Kalou di minit ke 82. Gol itu ternyata menyuntik kembali semangat pemain-pemain Chelsea dan mereka melancarkan serangan bertali arus ke kubu United untuk mencari gol penyamaan. Perjuangan Chelsea berakhir selepas Dimitar Berbatov berjaya menjaringkan gol ketiga United dimasa kecederaan sekaligus memberikan kejuaraan ke 18 trofi Community Shield buat skuad The Red Devils.

08 Ogos 2010

FERGIE UJI GANDINGAN ROONEY HERNANDEZ


COMMUNITY SHIELD 2010

MANCHESTER UNITED lwn CHELSEA
(Stadium Wembley, 8 Ogos 2010, Jam 1000 mlm)



Sir Alex Ferguson berkemungkinan besar akan menurunkan gandingan Javier Hernandez dan Wayne Rooney di barisan serangan United menjelang pertemuan pembukan tirai Liga Perdana Inggeris merebut trofi Community Shield menentang Chelsea malam ini. Musim lepas, Rooney kerap dilihat berseorangan dibarisan hadapan memburu gol buat United selepas ketiadaan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Real Madrid. Walaupun begitu, penyerang England itu cukup produktif apabila berjaya menjaringkan 34 gol buat United sepanjang musim lalu. Bagi mencari jalan penyelesaian, Ferguson kini punya beberapa pilihan dalam pasukan dan peluang tampak terbuka luas buat Hernandez selepas pemain muda Mexico itu mempamerkan prestasi baik sepanjang perlawanan jelajah pra musim United di Amerika Utara, Mexico dan Ireland.

"Kami memang belum mencubanya (sistem dua penyerang) sepanjang perlawanan pra musim tetapi musim lalu kami pernah menggunakan sistem dua penyerang. Kami mungkin akan menggunakan sistem ini untuk perlawanan tertentu saja", kata Ferguson. Menurut Ferguson, Hernandez merupakan pemain yang pantas dan mempunyai skil individu yang cukup baik. Ferguson juga cukup yakin, pemain muda Mexico itu mampu mengharungi saingan Liga Perdana Inggeris yang mencabar. Henandez atau lebih dikenali `Chicharito' yang dibeli dari kelab Chivas Guadalajara berjaya memukau perhatian penyokong-penyokong United melalu beberapa aksi menariknya sepanjang menyertai jelajah pra musim United dan telah menjaringkan gol pada penampilan pertama ketika United menewaskan pilihan MLS.