16 Mei 2009

Wang Punca Dominasi United Berterusan

http://www.thedailydust.co.uk/wp-content/uploads/2009/03/rafa-benitez.jpg

Pengurus Liverpool, Rafael Benitez mendedahkan bahawa kedudukan kewangan yang kukuh menjadi punca mengapa Manchester United terus mendominasi Liga Perdana Inggeris. United hanya perlu meraih satu mata sahaja ketika menanti kunjungan Arsenal malam ini untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana buat musim ketiga berturut-turut. United dilihat Benitez mempunyai kemampuan berbelanja secara luar biasa untuk membeli pemain baru setiap musim dan perkara ini tidak mampu dilakukannya di Anfield. Menurutnya inilah faktor utama yang membezakan United dengan semua pesaingnya dalam Liga Perdana. Selain dari itu, pengendali dari Sepanyol ini juga berpendapat United memiliki skuad yang besar dan mampu menukar pemain bila keadaan memerlukan.

Ketika Liverpool membenam United di Old Trafford dalam kempen liga, bakat-bakat hebat United seperti Paul Scholes, Ryan Giggs dan Dimitar Berbatov hanya berada di bangku simpanan. Liverpool baginya tidak mampu melakukan perkara seperti itu dan mereka banyak menghabiskan masa memikirkan adakah Fernando Torres dan Staven Gerrard mampu bergandingan bersama. Di Old Trafford, Ferguson punya banyak pilihan dengan adanya Ryan Giggs, Cristiano Ronaldo, Carlos Tevez, Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov. Tetapi Benitez tidak harus lupa, musim ini United hanya membawa masuk Dimitar Berbatov dalam skuad utamanya manakala Zoran Tosic dan Adem Ladjic merupakan pembelian untuk masa depan. Berbeza situasi di Anfield, Benitez masih terus-terusan membuat pembelian kurang bijak setiap musim dan contoh paling ketara ialah Andrea Dossena dan Lukas Leiva manakala Philipp Degen langsung tidak diturunkan musim ini.

Detik Terbaik United Sahkan Kejuaraan



Malam ini Manchester United akan menanti kunjungan Arsenal dalam perlawanan ke 37 Liga Perdana Inggeris musim ini. Kunjungan Arsenal kali ini punya erti tersendiri buat pengurus United, Sir Alex Ferguson kerana sepanjang 10 kejuaraan Liga Perdana United dibawah kendaliannya ini merupakan kali kedua United berpeluang mengesahkan kejuaraan di halaman sendiri. Kali terakhir United menjulang kejuaraan di Old Trafford ialah pada tahun 1999 di mana ketika itu mereka menewaskan Tottenham 2-1 dan ini merupakan detik terbaik buat skuad Red Devils merayakan kejuaraan mereka di hadapan penyokong sendiri sekali lagi. Walau bagaimanapun Fergie tetap berwaspada dengan ancaman yang bakal dihadirkan Arsenal dan menganggap lawan berpotensi besar untuk menangguhkan pesta kejuaraan United. Statistik pertemuan kedua-dua pasukan memihak United musim ini dengan Arsenal menewaskan United 2-1 dihalaman sendiri dalam kempen liga manakala United menang kedua-dua pertemuan peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Rio Ferdinand (training)

Sementara itu tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand bakal terlepas aksi malam ini berikutan masih belum pulih dari kecederaan rusuk dan tempatnya bakal diisi oleh Jonny Evans. Jika menang atau seri malam ini, United akan mengesahkan kejuaraan ke 18 mereka, menyamai pencapaian sepanjang masa Liverpool dan ke 11 di bawah kendalian Ferguson. Sebenarnya masih ada tugas besar menanti United di Old Trafford malam ini memandangkan Arsenal pastinya tidak akan membiarkan anak-anak buah Ferguson mudah menjulang gelaran di hadapan mereka. Bekas tonggak pertahanan United yang kini beraksi untuk Gunners, Mikel Silvestre berjanji akan menangguhkan pesta kejuaraan United, namun hanya kemerosotan prestasi paling buruk dalam sejarah sahaja mampu melepaskan genggaman United dari pemburuan kejuaraan ke 18 mereka itu. Glory Glory Manchester United!!!!

14 Mei 2009

Trofi Liga Perdana Dalam Perjalanan Ke Old Trafford

Michael Carrick of Manchester United scores the winning goal
Manchester United hanya memerlukan satu mata lagi untuk mengesahkan kejuaraan ketiga berturut-turut Liga Perdana Inggeris. Gol Michael Carrick empat minit sebelum masa sebenar permainan tamat melonjakkan United enam mata di hadapan pencabar terdekat Liverpool. Dengan baki dua perlawanan, United seakan-akan sudah menutup pintu impian Liverpool bagi membawa pulang trofi Liga Perdana ke Anfield dalam tempoh 19 tahun. United hanya memerlukan keputusan seri apabila menanti kunjungan Arsenal Sabtu ini untuk mengesahkan kejuaraan kekal di Old Trafford sekurang-kurang buat semusim lagi. Bagaimanapun United terpaksa menempuh laluan sukar sepanjang 90 minit di Stadium JJB akibat tentangan bersemangat barisan Wigan Athletic kendalian Stave Bruce itu.
Carlos Tevez of Manchester United celebrates after scoring
Wigan mengejutkan United ketika perlawanan baru memasuki minit ke 2 apabila pemain sayap antarabangsa Equador, Antonio Valencia berjaya melepasi perangkap offside namun sepakannya melebar kekiri gawang United. Sorakan penyokong di Stadium JJB akhirnya bergema di minit ke 28, apabila gol Hugo Rodallega berjaya meletakkan Wigan di hadapan. Ketinggalan di babak pertama, Sir Alex Ferguson menurunkan bintang yang di ambang perpindahan, Carlos Tevez bagi menambah sengat di barisan serangan. Biarpun baru tiga minit beraksi, Carlos Tevez menceriakan penyokong United apabila melakukan kuisan menarik untuk United mengikat kedudukan 1-1 di minit ke 61. Gol itu nyata membangkitkan semangat anak-anak buat Ferguson dan United terus menggandakan asakan namun Ronaldo terlepas dua peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Michael Carrick akhirnya muncul wira apabila menyudahkan umpanan John O' Shea dari luar petak penalti ketika permainan berbaki 4 minit untuk ditamatkan bagi membolehkan United membawa pulang 3 mata penuh ke Old Trafford. Glory Glory Manchester United!!!

13 Mei 2009

Kunjungan Ke JJB Stadium Dalam Kesangsian

http://www.cristianoronaldoworld.com/photo_gallery/picture_cristiano_ronaldo_514.jpg
Manchester United akan berkunjung ke Stadium JJB awal pagi ini dengan seribu satu persoalan yang masih belum terjawab. Khabar angin perpindahan bintang antarabangsa Portugal, Cristiano Ronaldo nampaknya masih belum padam manakala Carlos Tevez secara terbuka menyatakan hasratnya untuk berpindah ke Anfield. Semalam, akhbar Sepanyol El Pais mengeluarkan kenyataan bahawa Manchester United telah mencapai persetujuan untuk melepaskan Ronaldo ke Santiago Bernabeu dengan nilai perpindahan sebanyak 80 juta Euro. Florentino Perez yang akan bertanding merebut jawatan presiden kelab gergasi Sepanyol itu berjanji untuk membawa Ronaldo ke dalam skuad Galacticos sebagai salah satu agendanya. Bulan lalu Ronaldo secara terbuka menyatakan bahawa dia gembira di Old Trafford dan sudah memadamkan hasratnya untuk berpindah ke Madrid.
http://static.guim.co.uk/sys-images/Football/Clubs/Club%20Home/2009/5/1/1241150831318/Carlos-Tevez-002.jpg
Sementara itu Carlos Tevez menyatakan minatnya untuk berpindah ke Anfield setelah tempoh pinjaman di Old Trafford tamat penghujung musim ini. Bagaimanapun hasrat Tevez itu mungkin sukar dicapai memandangkan Ferguson tidak sesekali akan membenarkan pemainnya berhijrah ke Anfield. Ferguson pernah menghalang hasrat Gabriel Heinze meskipun pemain itu melahirkan hasrat untuk menyarung jersi The Reds. Penyerang Argentina yang kedudukannya di Old Trafford masih menjadi teka teki turut menjadi buruan AC Milan, Real Madrid selain kelab Liga Perdana Manchester City dan Tottenham Hotspurs. Kehadiran agen pemain itu, Kia Joorabchian di San Siro menyaksikan pertemuan Milan dan Juventus turut menguatkan spekulasi bahawa pemain itu bakal berhijrah ke Serie A. Bagaimanapun pengurusan Milan menyatakan mereka lebih berminat memperkuatkan bahagian pertahanan daripada membelanjakan peruntukan besar untuk membawa Tevez ke San Siro.
http://m.gmgrd.co.uk/res/593.$plit/C_71_article_1048369_image_list_image_list_item_0_image.jpg
Bagi bekas bintang pertahanan United yang kini melatih Wigan Athletic, Steve Bruce, beliau berpendapat adalah tidak bijak sekiranya Tevez dan Ronaldo bertindak meninggalkan skuad Red Devils itu. Baginya United merupakan kelab terbaik dunia dan berpeluang mengulangi prestasi hebat musim lalu menjulang trofi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara bahkan akan mencipta sejarah gemilang menjulang empat kejuaraan dalam semusim. Bruce yang menyarung jersi United dari tahun 1987 hingga 1996 secara terbuka melontarkan sanjungan kepada kelab lamanya itu dan mengingatkan tidak ramai pemain apabila menginggalkan Old Trafford mampu mencipta kecemerlangan di kelab lain. Awal pagi nanti kelab bimbingannya akan menanti kunjungan The Red Devils yang memburu tiga mata penuh dalam usaha juara bertahan itu mencipta hatrik kejuaraan Liga Perdana. Jika menang pagi ini, United hanya memerlukan satu mata untuk merangkul kejuaraan dan pertembungan dengan Arsenal Sabtu nanti dilihat peluang terbaik buat anak-anak buah Sir Alex Ferguson memadamkan terus harapan tipis Liverpool menjulang trofi Liga Perdana.

12 Mei 2009

Peringatan Buat Ronaldo

Cristiano Ronaldo of Manchester United competes for the ball with Micah Richards of Manchester City

Bekas bintang di Old Trafford, Andy Cole mengingatkan Cristiano Ronaldo agar tidak melakukan tindakan yang boleh merugikan dirinya sendiri. Ronaldo menunjukkan reaksi keterlaluan ketika digantikan Wayne Rooney diawal separuh masa kedua sewaktu pertemuan dengan Manchester City Ahad lalu. Bintang antarabangsa Portugal itu bercakap sesuatu dengan Ferguson, berjalan kebangku pemain dan kemudiannya menyentap tuala yang dihulurkan kepadanya oleh petugas. Hampir sepanjang separuh masa kedua Ronaldo menggelengkan kepala tanda tidak berpuas hati dengan keputusan Ferguson menariknya keluar dari permainan. Ferguson enggan mengulas panjang mengenai insiden itu namun menyatakan tindakannya itu adalah untuk memberi rehat yang cukup buat pemain utamanya memandangkan ada lagi perlawanan penting yang harus diharungi United selepas ini.
http://www.nosolodeportes.com/images/2008/11/andy-cole-manchester-united.jpg
Cole merupakan antara penggempur berbisa pernah dimiliki United dan gandingannya bersama Dwight Yorke lewat era 90 an menjadi igauan ngeri buat barisan pertahanan lawan. Cole yang pernah membantu United memenangi trofi Liga Juara-Juara pada tahun 1999 mengingatkan tindakan seperti itu tidak seharusnya dilakukan oleh pemain seperti Ronaldo dan hal ini hanya merugikan dirinya sendiri. Bagi Cole, Ferguson tahu apa yang beliau lakukan dan sebarang keputusan tidak seharusnya dibantah oleh pemain asalkan tidak merugikan pasukan. Sepanjang kerjaya panjangnya di Old Trafford, Ferguson sentiasa mendapat sokongan kuat dari peminat dan pemain manakala keputusan-keputusan penting yang diambil Ferguson sentiasa menyebelahi dirinya dan menguntungkan pasukan. Maka tidak hairanlah keputusan sensasi Ferguson menjual David Beckham dan Ruud Van Nistelrooy ke Real Madrid dan Jaap Stam ke AC Milan tidak diratapi penyokong setia United.

10 Mei 2009

3 Mata Dalam Genggaman, Tinggal 4 Lagi Jadi Buruan

Cristiano Ronaldo of Manchester United celebrates scoring the opening goal with team mate Darren Fletcher
Manchester United semakin menghampiri gelaran liga ke 18 mereka apabila menewaskan jiran setempat, Manchester City 2-0 sebentar tadi. Gol pembukaan United dihasilkan melalui sepakan percuma Cristiano Ronaldo diminit ke 18 manakala rembatan menarik Carlos Tevez dari luar petak penalti diminit ke 45 memadai buat anak-anak buah Sir Alex Ferguson merampas kembali kedudukan teratas dari pencabar utama Liverpool. United tidak menurunkan Rio Ferdinand, Michael Carrick dan Anderson manakala Wayne Rooney dan Paul Scholes hanya dimasukkan pada pertengahan separuh masa kedua. Tevez di mana masa depannya di Old Trafford masih menjadi tanda tanya menjadi duri kepada benteng pertahanan City yang diterajui Richard Dunne. Penyerang Argentina itu melihat rembatannya diminit ke 25 sekadar mengenai tiang gol walaupun Shay Given sudah tertewas manakala tandukan susulannya dihujung permainan hasil sepakan sudut Wayne Rooney sekali lagi terhalang oleh tiang gol lawan.
Carlos Tevez of Manchester United battles for the ball with Nigel De Jong of Manchester City
Walaupun merehatkan pertahanan berpengaruh Rio Ferdinand, City jelas gagal mengancam kubu United yang diterajui Nemanja Vidic dan Jonny Evans. Robinho yang diletakkan harapan oleh Mark Hughes untuk merobek gawang United gagal mengatasi Rafael da Silva disebelah kanan dan tenggelam sepanjang perlawanan. Dengan kemenangan ini United berjaya menamatkan rentetan empat perlawanan tanpa kalah City dan kini memerlukan empat mata dari baki tiga perlawanan bagi mempertahankan trofi Liga Perdana buat musim ketiga berturut-turut. Liverpool pastinya melihat impian mereka untuk meraih gelaran pertama dalam tempoh sembilanbelas tahun semakin kabur dan dengan baki dua perlawanan milik mereka, tidak banyak yang mampu diharapkan oleh anak-anak buah Rafa Benitez. Awal pagi Khamis ini, United akan berkunjung ke JJB Stadium bagi perlawanan ke 36 mereka menentang kelab di tangga kesebelas, Wigan Athletic dan berpeluang melebarkan jurang mata kepada enam jika berjaya menewaskan skuad kendalian bekas ikon di Old Trafford, Steve Bruce. Glory Glory Manchester United!!!

Buruan Gelaran Ke 18 United


Hanya tinggal lima perlawanan memisahkan Manchester United dari mencipta sejarah gemilang sepanjang penubuhan kelab berpangkalan di Old Trafford itu. United sudah mengenggam trofi Kejohanan Kelab Dunia dan Piala Carling, sudah berada di perlawanan akhir Liga Juara-Juara dan dalam pemburuan untuk mengekalkan trofi Liga Perdana buat musim ketiga berturut-turut. United akan melayan kunjungan jiran setempat, Manchester City malam ini dan tampak cukup berkeyakinan menjelang pertemuan derby ini. Bagi Sir Alex Ferguson pasukannya memuncak bila keadaan memerlukan dan pemain seakan-akan dapat menghidu setiap perlawanan penting dan seterusnya melaksanakan misi seperti yang dikehendaki.


United akan mengharungi perlawanan ke 35 mereka malam ini dan hanya memerlukan tujuh mata dari baki empat perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan Liga Perdana. Sir Alex Ferguson bakal menurunkan Paul Scholes, Dimitar Berbatov dan Carlos Tevez yang diletakkan di bangku simpanan semasa pertembungan separuh akhir Liga Juara-Juara minggu lalu serta mendapatkan kembali sentuhan kapten Gary Neville yang baru pulih dari kecederaan. United perlu menangani kunjungan City dengan berhati-hati memandangkan skuad kendalian Mark Hughes itu pernah menghampakan mereka musim lepas di Old Trafford. City juga dilihat semakin berkeyakinan dalam kunjungan mereka kali ini setelah mencatat empat perlawanan terakhir mereka tanpa tewas. Glory Glory Manchester United!!!!!