13 Mei 2009

Kunjungan Ke JJB Stadium Dalam Kesangsian

http://www.cristianoronaldoworld.com/photo_gallery/picture_cristiano_ronaldo_514.jpg
Manchester United akan berkunjung ke Stadium JJB awal pagi ini dengan seribu satu persoalan yang masih belum terjawab. Khabar angin perpindahan bintang antarabangsa Portugal, Cristiano Ronaldo nampaknya masih belum padam manakala Carlos Tevez secara terbuka menyatakan hasratnya untuk berpindah ke Anfield. Semalam, akhbar Sepanyol El Pais mengeluarkan kenyataan bahawa Manchester United telah mencapai persetujuan untuk melepaskan Ronaldo ke Santiago Bernabeu dengan nilai perpindahan sebanyak 80 juta Euro. Florentino Perez yang akan bertanding merebut jawatan presiden kelab gergasi Sepanyol itu berjanji untuk membawa Ronaldo ke dalam skuad Galacticos sebagai salah satu agendanya. Bulan lalu Ronaldo secara terbuka menyatakan bahawa dia gembira di Old Trafford dan sudah memadamkan hasratnya untuk berpindah ke Madrid.
http://static.guim.co.uk/sys-images/Football/Clubs/Club%20Home/2009/5/1/1241150831318/Carlos-Tevez-002.jpg
Sementara itu Carlos Tevez menyatakan minatnya untuk berpindah ke Anfield setelah tempoh pinjaman di Old Trafford tamat penghujung musim ini. Bagaimanapun hasrat Tevez itu mungkin sukar dicapai memandangkan Ferguson tidak sesekali akan membenarkan pemainnya berhijrah ke Anfield. Ferguson pernah menghalang hasrat Gabriel Heinze meskipun pemain itu melahirkan hasrat untuk menyarung jersi The Reds. Penyerang Argentina yang kedudukannya di Old Trafford masih menjadi teka teki turut menjadi buruan AC Milan, Real Madrid selain kelab Liga Perdana Manchester City dan Tottenham Hotspurs. Kehadiran agen pemain itu, Kia Joorabchian di San Siro menyaksikan pertemuan Milan dan Juventus turut menguatkan spekulasi bahawa pemain itu bakal berhijrah ke Serie A. Bagaimanapun pengurusan Milan menyatakan mereka lebih berminat memperkuatkan bahagian pertahanan daripada membelanjakan peruntukan besar untuk membawa Tevez ke San Siro.
http://m.gmgrd.co.uk/res/593.$plit/C_71_article_1048369_image_list_image_list_item_0_image.jpg
Bagi bekas bintang pertahanan United yang kini melatih Wigan Athletic, Steve Bruce, beliau berpendapat adalah tidak bijak sekiranya Tevez dan Ronaldo bertindak meninggalkan skuad Red Devils itu. Baginya United merupakan kelab terbaik dunia dan berpeluang mengulangi prestasi hebat musim lalu menjulang trofi Liga Perdana dan Liga Juara-Juara bahkan akan mencipta sejarah gemilang menjulang empat kejuaraan dalam semusim. Bruce yang menyarung jersi United dari tahun 1987 hingga 1996 secara terbuka melontarkan sanjungan kepada kelab lamanya itu dan mengingatkan tidak ramai pemain apabila menginggalkan Old Trafford mampu mencipta kecemerlangan di kelab lain. Awal pagi nanti kelab bimbingannya akan menanti kunjungan The Red Devils yang memburu tiga mata penuh dalam usaha juara bertahan itu mencipta hatrik kejuaraan Liga Perdana. Jika menang pagi ini, United hanya memerlukan satu mata untuk merangkul kejuaraan dan pertembungan dengan Arsenal Sabtu nanti dilihat peluang terbaik buat anak-anak buah Sir Alex Ferguson memadamkan terus harapan tipis Liverpool menjulang trofi Liga Perdana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan