10 Mei 2009

3 Mata Dalam Genggaman, Tinggal 4 Lagi Jadi Buruan

Cristiano Ronaldo of Manchester United celebrates scoring the opening goal with team mate Darren Fletcher
Manchester United semakin menghampiri gelaran liga ke 18 mereka apabila menewaskan jiran setempat, Manchester City 2-0 sebentar tadi. Gol pembukaan United dihasilkan melalui sepakan percuma Cristiano Ronaldo diminit ke 18 manakala rembatan menarik Carlos Tevez dari luar petak penalti diminit ke 45 memadai buat anak-anak buah Sir Alex Ferguson merampas kembali kedudukan teratas dari pencabar utama Liverpool. United tidak menurunkan Rio Ferdinand, Michael Carrick dan Anderson manakala Wayne Rooney dan Paul Scholes hanya dimasukkan pada pertengahan separuh masa kedua. Tevez di mana masa depannya di Old Trafford masih menjadi tanda tanya menjadi duri kepada benteng pertahanan City yang diterajui Richard Dunne. Penyerang Argentina itu melihat rembatannya diminit ke 25 sekadar mengenai tiang gol walaupun Shay Given sudah tertewas manakala tandukan susulannya dihujung permainan hasil sepakan sudut Wayne Rooney sekali lagi terhalang oleh tiang gol lawan.
Carlos Tevez of Manchester United battles for the ball with Nigel De Jong of Manchester City
Walaupun merehatkan pertahanan berpengaruh Rio Ferdinand, City jelas gagal mengancam kubu United yang diterajui Nemanja Vidic dan Jonny Evans. Robinho yang diletakkan harapan oleh Mark Hughes untuk merobek gawang United gagal mengatasi Rafael da Silva disebelah kanan dan tenggelam sepanjang perlawanan. Dengan kemenangan ini United berjaya menamatkan rentetan empat perlawanan tanpa kalah City dan kini memerlukan empat mata dari baki tiga perlawanan bagi mempertahankan trofi Liga Perdana buat musim ketiga berturut-turut. Liverpool pastinya melihat impian mereka untuk meraih gelaran pertama dalam tempoh sembilanbelas tahun semakin kabur dan dengan baki dua perlawanan milik mereka, tidak banyak yang mampu diharapkan oleh anak-anak buah Rafa Benitez. Awal pagi Khamis ini, United akan berkunjung ke JJB Stadium bagi perlawanan ke 36 mereka menentang kelab di tangga kesebelas, Wigan Athletic dan berpeluang melebarkan jurang mata kepada enam jika berjaya menewaskan skuad kendalian bekas ikon di Old Trafford, Steve Bruce. Glory Glory Manchester United!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan