Malam ini Manchester United akan menanti kunjungan Arsenal dalam perlawanan ke 37 Liga Perdana Inggeris musim ini. Kunjungan Arsenal kali ini punya erti tersendiri buat pengurus United, Sir Alex Ferguson kerana sepanjang 10 kejuaraan Liga Perdana United dibawah kendaliannya ini merupakan kali kedua United berpeluang mengesahkan kejuaraan di halaman sendiri. Kali terakhir United menjulang kejuaraan di Old Trafford ialah pada tahun 1999 di mana ketika itu mereka menewaskan Tottenham 2-1 dan ini merupakan detik terbaik buat skuad Red Devils merayakan kejuaraan mereka di hadapan penyokong sendiri sekali lagi. Walau bagaimanapun Fergie tetap berwaspada dengan ancaman yang bakal dihadirkan Arsenal dan menganggap lawan berpotensi besar untuk menangguhkan pesta kejuaraan United. Statistik pertemuan kedua-dua pasukan memihak United musim ini dengan Arsenal menewaskan United 2-1 dihalaman sendiri dalam kempen liga manakala United menang kedua-dua pertemuan peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.
Sementara itu tonggak pertahanan United, Rio Ferdinand bakal terlepas aksi malam ini berikutan masih belum pulih dari kecederaan rusuk dan tempatnya bakal diisi oleh Jonny Evans. Jika menang atau seri malam ini, United akan mengesahkan kejuaraan ke 18 mereka, menyamai pencapaian sepanjang masa Liverpool dan ke 11 di bawah kendalian Ferguson. Sebenarnya masih ada tugas besar menanti United di Old Trafford malam ini memandangkan Arsenal pastinya tidak akan membiarkan anak-anak buah Ferguson mudah menjulang gelaran di hadapan mereka. Bekas tonggak pertahanan United yang kini beraksi untuk Gunners, Mikel Silvestre berjanji akan menangguhkan pesta kejuaraan United, namun hanya kemerosotan prestasi paling buruk dalam sejarah sahaja mampu melepaskan genggaman United dari pemburuan kejuaraan ke 18 mereka itu. Glory Glory Manchester United!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan