12 Mei 2009

Peringatan Buat Ronaldo

Cristiano Ronaldo of Manchester United competes for the ball with Micah Richards of Manchester City

Bekas bintang di Old Trafford, Andy Cole mengingatkan Cristiano Ronaldo agar tidak melakukan tindakan yang boleh merugikan dirinya sendiri. Ronaldo menunjukkan reaksi keterlaluan ketika digantikan Wayne Rooney diawal separuh masa kedua sewaktu pertemuan dengan Manchester City Ahad lalu. Bintang antarabangsa Portugal itu bercakap sesuatu dengan Ferguson, berjalan kebangku pemain dan kemudiannya menyentap tuala yang dihulurkan kepadanya oleh petugas. Hampir sepanjang separuh masa kedua Ronaldo menggelengkan kepala tanda tidak berpuas hati dengan keputusan Ferguson menariknya keluar dari permainan. Ferguson enggan mengulas panjang mengenai insiden itu namun menyatakan tindakannya itu adalah untuk memberi rehat yang cukup buat pemain utamanya memandangkan ada lagi perlawanan penting yang harus diharungi United selepas ini.
http://www.nosolodeportes.com/images/2008/11/andy-cole-manchester-united.jpg
Cole merupakan antara penggempur berbisa pernah dimiliki United dan gandingannya bersama Dwight Yorke lewat era 90 an menjadi igauan ngeri buat barisan pertahanan lawan. Cole yang pernah membantu United memenangi trofi Liga Juara-Juara pada tahun 1999 mengingatkan tindakan seperti itu tidak seharusnya dilakukan oleh pemain seperti Ronaldo dan hal ini hanya merugikan dirinya sendiri. Bagi Cole, Ferguson tahu apa yang beliau lakukan dan sebarang keputusan tidak seharusnya dibantah oleh pemain asalkan tidak merugikan pasukan. Sepanjang kerjaya panjangnya di Old Trafford, Ferguson sentiasa mendapat sokongan kuat dari peminat dan pemain manakala keputusan-keputusan penting yang diambil Ferguson sentiasa menyebelahi dirinya dan menguntungkan pasukan. Maka tidak hairanlah keputusan sensasi Ferguson menjual David Beckham dan Ruud Van Nistelrooy ke Real Madrid dan Jaap Stam ke AC Milan tidak diratapi penyokong setia United.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan