Akhirnya setelah bertarung selama 120 minit, awal pagi tadi Manchester United berjaya mengenggam kejuaraan kedua selepas Kejuaraan Kelab Dunia pada Disember lalu. United berada di landasan tepat dalam usaha menyapu bersih kejuaraan domestik dan dalam usaha memenangi 5 kejuaraan dalam semusim. Pujian harus diberikan kepada Spurs yang berjaya mengikat dan mengheret United hingga kemasa tambahan. Spurs juga dilihat mencipta beberapa peluang namun kekentalan pertahanan United yang diketuai oleh Rio Ferdinand dan tindakan cemerlang Ben Foster menyelamatkan beberapa percubaan terutamanya dari Aaron Lennon menyaksikan anak-anak buah Harry Redknapp pulang hampa. Dengan merehatkan beberapa pemain utamanya, Alex Ferguson tampak bergantung kepada pengalaman yang dimiliki Carlos Tevez di barisan hadapan, Paul Scholes diberikan tanggungjawab mengemudi bahagian tengah dan Rio Ferdinand sebagai tonggak pertahanan. Tindakan Ferguson dilihat sebagai persiapan menghadapi Newcastle United dalam kempen Liga Perdana pada pertengahan minggu ini di St James Park.
United seharusnya mengesahkan kejuaraan lebih awal apabila Cristiano Ronaldo yang berjaya memperdayakan dua pertahanan lawan melihat sepakannya sekadar mengenai tiang gol lawan. Pemain kedua-dua pasukan juga dilihat keletihan ketika perlawanan dilanjutkan kemasa tambahan dan keputusan seri 0-0 kekal hingga kepenghujung permainan walaupun United dilihat lebih banyak memberi ancaman sepanjang 30 minit. Akhirnya United mengesahkan kejuaraan mereka apabila mudah mengatasi cabaran Spurs dengan kemenangan 4-1 hasil penentuan sepakan penalti. Ryan Giggs tidak menghadapi masalah selaku pemain pertama mengambil sepakan dengan menewaskan Gomes manakala Jamie O'Hara gagal menewaskan Foster apabila sepakannya berjaya ditampan oleh penjaga gol kedua United itu. United seterusnya mengesahkan kejuaraan milik mereka apabila Carlos Tevez, Cristiano Ronaldo dan Anderson mudah menewaskan Gomes, manakala David Bentley merupakan pemain Spurs kedua yang gagal menewaskan Foster apabila sepakannya sekadar meliar kekanan pintu gol. Apapun diharapkan kejuaraan ini akan menjadi pembakar semangat kepada skuad Red Devils untuk merealisasikan hasrat mereka bagi mencipta sejarah baru bolasepak England dengan merangkul 5 kejuaraan dalam semusim. Glory Glory Manchester United!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan