13 Mac 2009

Sir Alex Ferguson

Alex Ferguson mengakui Manchester United berada dalam situasi genting ketika pertemuan kedua pusingan kalah mati LIga Juara-Juara menentang Inter Milan di Old Trafford semalam. Ferguson menjangkakan selepas mendahului lawan melalui gol tandukan Nemanja Vidic, United akan terus menguasai perlawanan namun sebaliknya Inter mencipta lebih banyak peluang dalam usaha menyamakan kedudukan setelah terikat 0-0 dalam perlawanan pertama di San Siro.


Biarpun United menempah tempat ke suku akhir, Ferguson dilihat agak kecewa dengan persembahan Red Devils serta melabel persembahan anak-anak buahnya sebagai `gopoh' dan bernasib baik tidak dibolosi dibabak pertama. Inter dilihat mempunyai sekurang-kurangnya 4 peluang terbaik dibabak pertama melalui Zlatan Ibrahimovic dan Dejan Stankovic manakala rembatan voley dari Adriano dibabak kedua terkena tiang gol.


Walaupun kecewa namun Ferguson tetap gembira kerana pasukannya berjaya menempah tempat ke suku akhir dan mengakui mereka berjaya mengharungi satu pertarungan yang sengit dan mencabar.


Ferguson mengubah strategi pasukan dibabak kedua dengan mengikat pergerakan perancang Inter, Esteban Cambiasso dari melakukan gerakan. Hasilnya United dilihat beraksi lebih baik dan jaringan Cristiano Ronaldo jelas melegakan pengurus berbangsa Scotland itu. Mara kesuku akhir merupakan satu suntikan semangat buat United dan Ferguson pasti pasukannya akan beraksi dengan lebih baik selepas ini. Glory Glory Manchester United!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan