Tonggak pertahanan Manchester United dan England, Rio Ferdinand disahkan cergas untuk beraksi dalam pertemuan kedua Liga Juara-Juara menentang Inter Milan di Old Trafford awal pagi esok. Pemain pertahanan tengah itu sebelum ini dikatakan belum pasti dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali ketika bertemu Fulham dalam perlawanan Piala FA Sabtu lalu.
Ferdinand menjalani latihan semalam dan dilihat sudah bersedia untuk berganding dengan Nemanja Vidic dalam usaha United untuk layak ke suku akhir saingan paling elit Eropah. Kem United juga turut mengesahkan pemain serba boleh mereka, John O'Shea turut akan diturunkan awal pagi nanti.
Khabar gembira ini juga dilihat bakal menyemarakan usaha United untuk membenam cabaran Inter sekaligus layak ke suku akhir Liga Juara-Juara mengiringi dua lagi kelab England iaitu Liverpool dan Chelsea yang masing-masing mengenepikan Real Madrid dan Juventus awal pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan