12 Mac 2009

Liga Juara - United Kesuku Akhir

An unmarked Nemanja Vidic heads United into an early lead

Old Trafford: Manchester United menempah slot kesuku akhir Liga Juara-Juara setelah membenam cabaran Inter Milan 2-0 awal pagi tadi. Gol melalui tandukan oleh Nemanja Vidic hasil sepakan sudut Michael Carrick seawal minit ke 4 seolah-olah memberi gambaran awal penguasaan United. Bagaimanapun Inter bangkit selepas itu dan memperolehi peluang terbaik mereka menerusi tandukan Zlatan Ibrahimovic dan rembatan Dejan Stankovic dari jarak 25 meter berjaya ditepis keluar oleh Edwin Van Der Sar.

United seharusnya melebarkan penguasaan mereka namun tolakkan John O' Shea yang menerima lorongan cantik dari Wayne Rooney berjaya dihalang oleh Julio Cesar. Selepas itu perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun kedudukan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.
Wayne Rooney (right) congratulates Cristiano Ronaldo

Diminit ke 49, Cristiano Ronaldo akhirnya memadam cabaran Inter apabila bijak menyudahkan hantaran lintang Wayne Rooney untuk menanduk masuk gol kedua United. Sementara itu Arsenal turut melangkah kesuku akhir apabila menang 7-6 ke atas AS Roma melalui penentuan sepakan penalti setelah kedudukan agregat terikat 1-1. Dengan kemenangan ini, United dan Arsenal menyertai dua lagi kelab Inggeris iaitu Chelsea dan Liverpool yang telahpun layak ke suku akhir apabila masing-masing menyingkirkan Juventus dan Real Madrid semalam.

KEPUTUSAN LAIN-LAIN PERLAWANAN

Barcelona (4) lwn Olympique Lyon (1)
(Barcelona menang agregat 5-2)

Athletico Madrid (2) lwn Porto (2)
(Porto layak menerusi peraturan gol tempat lawan)

AS Roma (1) lwn Arsenal (0)
(Arsenal menang penentuan sepakan penalti 7-6)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan