Misi
Wajib Menang
United
wajib menang perlawanan ini kerana kekalahan akan menyebabkan persaingan
kepusingan kalah mati kembali terbuka kepada tiga pasukan jika RB Leipzig
menewaskan Istanbul Basaksehir di Turki. Jika situasi ini berlaku, United, PSG
dan Leipzig masing-masing mengumpul sembilan mata. Sudah tentu aksi terakhir
United menentang Leipzig di gelanggang lawan nanti bakal menjadi perjuangan
hidup dan mati dalam kempen Liga Juara-Juara mereka musim ini.
Momentum
Terbaik
United
berada dalam momentum terbaik selepas tewas dua aksi berturut-turut ketika mereka
berdepan Arsenal dan Istanbul Basaksehir. Selepas dua kekalahan tersebut,
United sudah mengharungi empat aksi mereka dalam semua peringkat kejohanan
dengan rekod kemenangan 100%. Selain daripada itu, United juga berjaya menjaringkan
purata 2.75 gol per perlawanan dari empat aksi terakhir mereka.
Jika
United berada dalam momentum terbaik, PSG pula berdepan isu konsistensi
sepanjang penampilan mereka pada bulan November. Dari enam penampilan dalam
semua peringkat kejohanan sepanjang bulan November, mereka menang tiga, tewas
dua dan seri satu perlawanan. Dua aksi terakhir mereka di Ligue 1 pula, PSG
tewas (2-3) kepada AS Monaco dan seri (2-2) ketika berdepan Bordeaux.
Faktor
Cavani & VDB
Selepas
cemerlang membantu United menewaskan Southampton pada Ahad lalu, Edinson Cavani
antara pemain yang diramal mampu memberikan perbezaan dalam perlawanan ini.
Ketika United berdepan isu konsistensi Mason Greenwood dan penurunan prestasi
Anthony Martial, ini adalah peluang terbaik buat Edi diturunkan dalam
kesebelasan utama. Perlawanan ini juga menjadi pentas terbaik buat Edi
membuktikan kepada bekas pasukannya bahawa beliau masih antara penggempur yang
wajar dihormati.
Selain
dari itu, di bahagian tengah pula keberadaan Donny Van de Beek yang sudah mula
beradaptasi dengan gaya permainan United juga satu bonus tambahan buat Ole
Gunnar Solskjaer. Donny nampaknya sudah mula serasi dengan skema formasi 4-3-1-2
yang digunakan Solskjaer di mana kehadirannya membuatkan gerakan-gerakan United
lebih fleksibel di mana mereka memiliki opsyen untuk menyerang dari tengah atau
dari sisi kanan dan kiri.
Rekod
Pertemuan
Jika
diambilkira rekod pertemuan membabitkan kedua-dua pasukan, United sedikit
unggul berbanding lawan mereka. Dari tiga pertemuan kompetitif mereka, United
berjaya menewaskan PSG dua kali di mana kedua-dua kemenangan itu diraih mereka
di gelanggang lawan. Satu kemenangan yang dilakar PSG ke atas United pula
berlaku ketika mereka menewaskan skuad The Red Devils dalam perlawanan
pertama pusingan kalah mati 16 pasukan Liga Juara-Juara edisi 2018/19.
Krisis
Kecederaan
David
De Gea, Aaron Wan-Bissaka, Alex Telles, Scott McTominay, Paul Pogba, Luke Shaw
dan Anthony Martial antara pemain yang ada dalam senarai kecederaan United.
Kehilangan Telles dalam perlawanan ini bakal memberikan masalah besar kepada Solskjaer
kerana sebelum ini beliau turut hilang sentuhan Luke Shaw di sisi kiri
pertahanan skuadnya untuk tempoh selama enam minggu. Pilihan yang ada jika Telles
tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini ialah meletakkan sama ada Timothy
Fosu-Mensah atau Brandon Williams sebagai pengganti.
Glory
Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan