13 Mac 2009

Sir Alex Ferguson

Alex Ferguson mengakui Manchester United berada dalam situasi genting ketika pertemuan kedua pusingan kalah mati LIga Juara-Juara menentang Inter Milan di Old Trafford semalam. Ferguson menjangkakan selepas mendahului lawan melalui gol tandukan Nemanja Vidic, United akan terus menguasai perlawanan namun sebaliknya Inter mencipta lebih banyak peluang dalam usaha menyamakan kedudukan setelah terikat 0-0 dalam perlawanan pertama di San Siro.


Biarpun United menempah tempat ke suku akhir, Ferguson dilihat agak kecewa dengan persembahan Red Devils serta melabel persembahan anak-anak buahnya sebagai `gopoh' dan bernasib baik tidak dibolosi dibabak pertama. Inter dilihat mempunyai sekurang-kurangnya 4 peluang terbaik dibabak pertama melalui Zlatan Ibrahimovic dan Dejan Stankovic manakala rembatan voley dari Adriano dibabak kedua terkena tiang gol.


Walaupun kecewa namun Ferguson tetap gembira kerana pasukannya berjaya menempah tempat ke suku akhir dan mengakui mereka berjaya mengharungi satu pertarungan yang sengit dan mencabar.


Ferguson mengubah strategi pasukan dibabak kedua dengan mengikat pergerakan perancang Inter, Esteban Cambiasso dari melakukan gerakan. Hasilnya United dilihat beraksi lebih baik dan jaringan Cristiano Ronaldo jelas melegakan pengurus berbangsa Scotland itu. Mara kesuku akhir merupakan satu suntikan semangat buat United dan Ferguson pasti pasukannya akan beraksi dengan lebih baik selepas ini. Glory Glory Manchester United!!!


12 Mac 2009

Liga Juara - United Kesuku Akhir

An unmarked Nemanja Vidic heads United into an early lead

Old Trafford: Manchester United menempah slot kesuku akhir Liga Juara-Juara setelah membenam cabaran Inter Milan 2-0 awal pagi tadi. Gol melalui tandukan oleh Nemanja Vidic hasil sepakan sudut Michael Carrick seawal minit ke 4 seolah-olah memberi gambaran awal penguasaan United. Bagaimanapun Inter bangkit selepas itu dan memperolehi peluang terbaik mereka menerusi tandukan Zlatan Ibrahimovic dan rembatan Dejan Stankovic dari jarak 25 meter berjaya ditepis keluar oleh Edwin Van Der Sar.

United seharusnya melebarkan penguasaan mereka namun tolakkan John O' Shea yang menerima lorongan cantik dari Wayne Rooney berjaya dihalang oleh Julio Cesar. Selepas itu perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun kedudukan 1-0 kekal sehingga separuh masa pertama.
Wayne Rooney (right) congratulates Cristiano Ronaldo

Diminit ke 49, Cristiano Ronaldo akhirnya memadam cabaran Inter apabila bijak menyudahkan hantaran lintang Wayne Rooney untuk menanduk masuk gol kedua United. Sementara itu Arsenal turut melangkah kesuku akhir apabila menang 7-6 ke atas AS Roma melalui penentuan sepakan penalti setelah kedudukan agregat terikat 1-1. Dengan kemenangan ini, United dan Arsenal menyertai dua lagi kelab Inggeris iaitu Chelsea dan Liverpool yang telahpun layak ke suku akhir apabila masing-masing menyingkirkan Juventus dan Real Madrid semalam.

KEPUTUSAN LAIN-LAIN PERLAWANAN

Barcelona (4) lwn Olympique Lyon (1)
(Barcelona menang agregat 5-2)

Athletico Madrid (2) lwn Porto (2)
(Porto layak menerusi peraturan gol tempat lawan)

AS Roma (1) lwn Arsenal (0)
(Arsenal menang penentuan sepakan penalti 7-6)

11 Mac 2009

Ferdinand Disahkan Cergas

Rio Ferdinand

Tonggak pertahanan Manchester United dan England, Rio Ferdinand disahkan cergas untuk beraksi dalam pertemuan kedua Liga Juara-Juara menentang Inter Milan di Old Trafford awal pagi esok. Pemain pertahanan tengah itu sebelum ini dikatakan belum pasti dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali ketika bertemu Fulham dalam perlawanan Piala FA Sabtu lalu.


Ferdinand menjalani latihan semalam dan dilihat sudah bersedia untuk berganding dengan Nemanja Vidic dalam usaha United untuk layak ke suku akhir saingan paling elit Eropah. Kem United juga turut mengesahkan pemain serba boleh mereka, John O'Shea turut akan diturunkan awal pagi nanti.


Khabar gembira ini juga dilihat bakal menyemarakan usaha United untuk membenam cabaran Inter sekaligus layak ke suku akhir Liga Juara-Juara mengiringi dua lagi kelab England iaitu Liverpool dan Chelsea yang masing-masing mengenepikan Real Madrid dan Juventus awal pagi tadi.

United Pertaruh Peledak Berbisa


Awal pagi nanti Manchester United akan melayan kunjungan Inter Milan dalam perlawanan peringkat kedua kalah mati Liga Juara-Juara. United dan Inter terikat 0-0 di San Siro pada perlawanan peringkat pertama 25 Feb lalu walaupun dilihat mendominasi perlawanan dan mencipta banyak peluang. United dilihat punya kelebihan berbanding skuad Jose Mourinho namun The Red Devils harus waspada dengan ancaman yang bakal hadir dari peledak berbisa lawan, Adriano dan Zlatan Ibrahimovic. Alex Ferguson bakal menurunkan kembali gandingan Wayne Rooney dan Dimitar Berbatov dan ini bermakna Carlos Tevez yang beraksi cemerlang dalam perlawanan suku akhir Piala FA minggu lalu bakal diletakkan di bangku simpanan.


Cristiano Ronaldo juga bakal kembali memperkuatkan pasukan setelah direhatkan dalam perlawanan Piala FA minggu lalu dan Ferguson berharap bintang antarabangsa Portugal ini akan meledak dibahagian sayap. Apa yang menjadi kebimbangan utama United kini ialah nasib yang menimpa tonggak pertahanan Rio Ferdinand. Ferdinand dilihat terhincut-hincut dipenghujung separuh masa pertama ketika pertembungan dengan Fulham minggu lalu dan Ferguson sedang meneliti perkembangan terkini tonggak pertahanannya itu. Andainya Ferdinand tidak dapat diturunkan, Johnny Evans pastinya akan diberikan tanggungjawab bergandingan dengan Nemanja Vidic di bahagian tengah pertahanan United.


Sementara itu perancangan Jose Mourinho sedikit terjejas apabila benteng pertahanannya agak goyah dengan kecederaan yang menimpa Marco Materrazi dan Nicolas Burdisso manakala Christian Chivu belum pulih dari kecederaan peha. Dengan Juventus telahpun tersingkir awal pagi tadi apabila sekadar seri 2-2 dengan Chelsea, Inter punya tugas berat untuk mengekang dominasi kelab-kelab Inggeris dan kunjungan mereka ke Old Trafford dilihat bukanlah pada waktu yang tepat memandangkan prestasi mengagumkan ditunjukkan oleh anak-anak buah Alex Ferguson ketika ini. Glory-Glory Manchester United!!


KEPUTUSAN PERLAWANAN PERINGKAT KE2 LIGA JUARA-JUARA

(11 MAC 2009)

Juventus (2) lwn Chelsea (2) - Chelsea (menang agregat 3-2)

Bayern Munich (7) lwn Sporting Lisbon (1) (Bayern menang agregat 12-1)

Panathinaikos (1) lwn Villareal (2) (Villareal menang agregat 3-2)

Liverpool (4) lwn Real Madrid (0) (Liverpool menang agregat 5-0)


08 Mac 2009

Piala FA - Red Devils Ke Separuh Akhir


Peluang terbaik United seterusnya hadir menerusi Wayne Rooney namun sepakannya hasil hantaran lintang Park Ji Sung sekadar mengenai tiang gol biarpun Schwarzer sudah tertewas. United memeperolehi gol kedua diminit ke35 apabila sepakan mengelirukan Carlos Tevez dari jarak 25 meter berjaya memperdayakan Schwarzer. Gol ketiga United hadir diminit ke 50 apabila tendangan Wayne Rooney dari luar petak penalti berjaya memperdayakan Schwarzer. United seterusnya memasukkan Johnny Evans, Richard Eskersley dan Danny Welbeck untuk menggantikan Rio Ferdinand, John O'Shea dan Wayne Rooney, kemungkinan bagi menghadapi Inter Milan pada perlawanan kedua Liga Juara di Old Trafford Rabu nanti.

Park Ji Sung akhirnya mengesahkan dominasi United apabila berjaya memperolehi gol keempat diminit ke 80. Kemenangan ini dilihat satu suntikan semangat buat skuad Red Devils sebelum menanti kedatangan Inter Milan dalam perlawanan kedua Liga Juara nanti. Selepas ini tumpuan anak-anak buah Sir Alex Ferguson pastinya terarah kepada kempen mereka diperingkat Eropah pula dan dengan prestasi terkini United, Inter dilihat menghadapi tugas sukar di Old Trafford nanti. Glory-Glory Manchester United!

07 Mac 2009

Piala FA (Fulham lwn Manchester United)


Alan Smith of Newcastle United tussles for possession with Wayne Rooney of Manchester United


Awal pagi esok Manchester United akan bertandang ke Craven Cottage dalam usaha skuad The Red Devils menempah tiket ke separuh akhir Piala FA. Setelah menjuarai Piala Carling Ahad lalu, anak-anak buah Alex Ferguson tampak sukar disekat tetapi apa yang menjadi kebimbangan sekarang adalah tekanan yang bakal dihadapi dalam usaha mereka memenangi 5 kejuaraan musim ini. Minggu ini merupakan minggu yang amat penting dalam kempen United musim ini memandangkan dua hari selepas itu, United akan melayan kunjungan Inter Milan dalam perlawanan kedua Liga Juara Eropah.

Bintang United dari Korea Selatan, Park Ji Sung mengakui rintangan yang bakal dihadapi tetapi yakin United mampu mengatasinya. Setelah bergelut di St James Park pertengahan minggu lalu untuk melebarkan kedudukan kepada 7 mata, United perlu fokus untuk menghadapi dua perlawanan penting mereka minggu ini. United sudahpun menjuarai Kejohanan Kelab Dunia dan Piala Carling tetapi Ferguson sedar pasukannya tidak boleh melakukan sebarang kesilapan jika mahu lebih berjaya.

Bagi Wayne Rooney pula, United telah bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pasukan selepas ini dan mengakui minggu hadapan boleh menjadi penentu kepada impian United menggapai 5 kejuaraan musim ini.

02 Mac 2009

2 Dalam Genggaman, 3 Lagi Menanti

Manchester United players celebrate with the trophy after victory during the Carling Cup Final
Akhirnya setelah bertarung selama 120 minit, awal pagi tadi Manchester United berjaya mengenggam kejuaraan kedua selepas Kejuaraan Kelab Dunia pada Disember lalu. United berada di landasan tepat dalam usaha menyapu bersih kejuaraan domestik dan dalam usaha memenangi 5 kejuaraan dalam semusim. Pujian harus diberikan kepada Spurs yang berjaya mengikat dan mengheret United hingga kemasa tambahan. Spurs juga dilihat mencipta beberapa peluang namun kekentalan pertahanan United yang diketuai oleh Rio Ferdinand dan tindakan cemerlang Ben Foster menyelamatkan beberapa percubaan terutamanya dari Aaron Lennon menyaksikan anak-anak buah Harry Redknapp pulang hampa. Dengan merehatkan beberapa pemain utamanya, Alex Ferguson tampak bergantung kepada pengalaman yang dimiliki Carlos Tevez di barisan hadapan, Paul Scholes diberikan tanggungjawab mengemudi bahagian tengah dan Rio Ferdinand sebagai tonggak pertahanan. Tindakan Ferguson dilihat sebagai persiapan menghadapi Newcastle United dalam kempen Liga Perdana pada pertengahan minggu ini di St James Park.

United seharusnya mengesahkan kejuaraan lebih awal apabila Cristiano Ronaldo yang berjaya memperdayakan dua pertahanan lawan melihat sepakannya sekadar mengenai tiang gol lawan. Pemain kedua-dua pasukan juga dilihat keletihan ketika perlawanan dilanjutkan kemasa tambahan dan keputusan seri 0-0 kekal hingga kepenghujung permainan walaupun United dilihat lebih banyak memberi ancaman sepanjang 30 minit. Akhirnya United mengesahkan kejuaraan mereka apabila mudah mengatasi cabaran Spurs dengan kemenangan 4-1 hasil penentuan sepakan penalti. Ryan Giggs tidak menghadapi masalah selaku pemain pertama mengambil sepakan dengan menewaskan Gomes manakala Jamie O'Hara gagal menewaskan Foster apabila sepakannya berjaya ditampan oleh penjaga gol kedua United itu. United seterusnya mengesahkan kejuaraan milik mereka apabila Carlos Tevez, Cristiano Ronaldo dan Anderson mudah menewaskan Gomes, manakala David Bentley merupakan pemain Spurs kedua yang gagal menewaskan Foster apabila sepakannya sekadar meliar kekanan pintu gol. Apapun diharapkan kejuaraan ini akan menjadi pembakar semangat kepada skuad Red Devils untuk merealisasikan hasrat mereka bagi mencipta sejarah baru bolasepak England dengan merangkul 5 kejuaraan dalam semusim. Glory Glory Manchester United!