Bayern Munich bangkit dari ketinggalan di babak pertama untuk menewaskan Manchester United menerusi dua gol lewat dari Franck Ribery dan Ivica Olic dalam perlawanan suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi tadi. Kemenangan ini bagaimanapun bukanlah bekalan selesa buat gergasi Jerman itu yang akan bertandang ke Old Trafford 8 April nanti. United bagaimanapun mengejutkan tuan rumah menerusi gol Wayne Rooney yang memanfaatkan sepakan percuma Nani dari sebelah kanan untuk menewaskan Hans Jorg Butt. Rooney yang berjaya melepasi kawalan Martin Demichelis mudah menolak masuk bagi meletakkan United di depan diminit ke 2. Gol awal itu nyata mengejutkan tuan rumah yang kemudiannya menguasai perlawanan dengan melancarkan gerakan-gerakan ke kawasan United. Mereka memperolehi peluang terbaik menyamakan kedudukan menerusi tandukan Demichelis diminit ke 12 tetapi sedikit tersasar dari pintu gol. Selepas itu, bola lebih banyak berlegar-legar di kawasan tengah padang dengan tuan rumah kerap melancarkan serangan menerusi hantaran-hantaran lintang dan percubaan jarak jauh. Walaupun menguasai permainan Bayern masih gagal menembusi benteng United yang diterajui Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic selain dihampakan ketangkasan Edwin Van der Sar.

Diminit ke 72, tuan rumah sekali lagi menguji kekebalan gawang United menerusi percubaan Ivica Olic tetapi berjaya ditepis keluar Van der Sar. Kesabaran tuan rumah akhirnya berhasil selepas memanfaatkan kesilapan Gary Neville yang memegang bola di luar kotak penalti. Sepakan percuma Franck Ribery yang terkena benteng mengelirukan Van der Sar untuk Bayern mengikat kedudukan diminit ke 76. Enam minit kemudian, Nemanja Vidic hampir meletakkan United kembali di depan tetapi tandukannya dari sepakan sudut Ryan Giggs sekadar singgah di palang gol. Olic akhirnya muncul wira Bayern melalui gerakan menariknya yang menewaskan tiga pemain United sebelum mudah menolak masuk menewaskan Van der Sar dimasa kecederaan. Sementara itu, Sir Alex Ferguson mengakui pasukannya bermain di bawah keupayaan sebenar dalam perlawanan ini namun pengendali dari Scotland itu berjanji United akan bangkit dalam perlawanan kedua di Old Trafford nanti. "Kami tidak bermain dengan baik dan kerap kehilangan bola. Mereka kerap menekan kami dan saya sedikit kecewa dengan gol kemenangan lawan diminit-minit akhir", ujar Ferguson. "Namun perlawanan kedua di Old Trafford nanti akan berbeza dan kami akan tampil lebih baik. Tiada keraguan tentang perkara itu. Kami memiliki gol di tempat lawan dan itu adalah sesuatu yang bagus", tambahnya lagi.
31 Mac 2010
29 Mac 2010
BAYERN CEMAS HADAPI UNITED
LIGA JUARA-JUARA EROPAH
(SUKU AKHIR, PUSINGAN PERTAMA)
Allianz Arena, Munich - 31 Mac 2010
BAYERN MUNICH lwn MANCHESTER UNITED

Pertembungan klasik Manchester United dan Bayern Munich dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah edisi 1999 masih lagi diperkatakan hingga ke hari ini. Dalam perlawanan akhir penuh dramatik di Nou Camp, sebelas tahun lalu, United yang ketinggalan hampir keseluruhan tempoh permainan bangkit disaat-saat akhir untuk merangkul kejuaraan tertinggi kelab Eropah buat kali kedua menerusi jaringan Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer. Selepas kekalahan itu, Bayern bangkit mengimbangi penguasaan United di pentas Eropah dan sepanjang era 2000 kedua-dua kelab telah bertemu sebanyak lima kali. Gergasi Jerman itu mencatat dua kemenangan ke atas United dalam kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara musim 2000/2001. Musim berikutnya keputusan lebih seimbang selepas kedua-dua kelab terikat dengan keputusan seri pada perlawanan timbal balik peringkat kumpulan. Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu ialah pada kejohanan pemanas badan pra musim merebut Piala Audi di Allianz Arena Julai tahun lalu yang juga berakhir dengan keputusan seri. Menjelang pertembungan peringkat suku akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara di Allianz Arena, Rabu ini, kelebihan tampak berpihak kepada skuad Red Devils yang berada dalam prestasi terbaik mereka. United hanya tewas sekali dalam 14 perlawanan terakhir mereka di peringkat domestik manakala Bayern pula seolah-olah hilang cengkaman selepas tewas tiga daripada lima perlawanan terakhir mereka di Bundesliga. Minggu lalu anak-anak buah Louis Van Gaal tewas ditangan Vfb Stuttgart, sesuatu yang pastinya meresahkan mereka menjelang kunjungan United Rabu ini, apatah lagi jika diambil kira rekod baik United ketika berkunjung ke gelanggang lawan di peringkat Eropah. (SUKU AKHIR, PUSINGAN PERTAMA)
Allianz Arena, Munich - 31 Mac 2010
BAYERN MUNICH lwn MANCHESTER UNITED
Barisan Kemungkinan United:
Edwin Van der Sar, Patrice Evra, Rio Ferdinand, Nemanja Vidic, Gary Neville, Luis Antonio Valencia, Nani, Park Ji-Sung, Darren Fletcher, Michael Carrick, Wayne Rooney
28 Mac 2010
UNITED KEKAL DI KEDUDUKAN TERATAS
27 March 2010, Bolton 0 - 4 Man Utd
Jlloyd Samuel of Bolton Wanderers reacts after scoring an own goal
27 March 2010, Bolton 0 - 4 Man Utd
Jack Wilshere of Bolton Wanderers tussles for possession with Antonio Valencia of Manchester United
Memulakan aksi di babak kedua, tuan rumah menggandakan asakan ke kubu United bagi mencari gol penyamaan. Walaupun ditekan hebat, benteng United yang diketuai Nemanja Vidic kental menangani ancaman penggempur lawan terutamanya melalui penyerang antarabangsa Sweden, Johan Elmander. Barisan United akhirnya berjaya mengendurkan asakan tuan rumah apabila mereka berjaya menambah gol kedua menerusi jaringan Berbatov diminit ke 69. Gol itu berpunca apabila rembatan Fletcher dari jarak 20 meter yang gagal ditangkap kemas Jaaskelainen dan bola yang muntah berjaya dimanfaatkan Berbatov untuk meletakkan United selesa di hadapan. Gol kedua itu ternyata menyentap semangat tuan rumah dan sepuluh minit kemudian, Berbatov sekali lagi menemui sasaran apabila menyempurnakan gerakan menarik Nani dari sebelah kiri. Nani sekali lagi menjadi ilham kepada gol keempat United apabila melakukan gerakan yang hampir sama dari sebelah kiri. Sayap antarabangsa Portugal itu berjaya memperdayakan Samuel Rickett sebelum melakukan hantaran yang disempurnakan pemain gantian Darron Gibson diminit ke 82.
Lain-lain Keputusan Perlawanan:
Chelsea (7) - Aston Villa (1)
Birmingham City (1) - Arsenal (1)
Hull City (2) - Fulham (0)
Tottenham (2) - Portsmouth (0)
West Ham (0) - Stoke City (1)
Wolverhampton (0) - Everton (0)
Lain-lain Keputusan Perlawanan:
Chelsea (7) - Aston Villa (1)
Birmingham City (1) - Arsenal (1)
Hull City (2) - Fulham (0)
Tottenham (2) - Portsmouth (0)
West Ham (0) - Stoke City (1)
Wolverhampton (0) - Everton (0)
27 Mac 2010
KEHADIRAN GIGGS MANTAPKAN UNITED
Kembalinya Ryan Giggs ke dalam skuad utama Manchester United akan menambahkan lagi sengat di barisan hadapan sekaligus mampu merealisasikan impian United mempertahankan trofi Liga Perdana Inggeris buat musim keempat berturut-turut. Keyakinan ini turut dikongsi bersama tonggak tengah United, Darren Fletcher. "Pengalaman Ryan dalam menangani tekanan amat penting buat kami. Anda boleh melihat sendiri ketika pertemuan dengan Manchester City musim ini. Ketika perlawanan memasuki minit-minit akhir, dia tidak panik. Ryan punya banyak pengalaman untuk situasi seperti ini dan kami gembira dia pulang kedalam skuad", kata Fletcher. Giggs terpaksa berehat selama sebulan selepas patah lengan ketika menghadapi AC Milan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah, Februari lalu namun sudah diturunkan sebagai pemain gantian ketika perlawanan menentang Liverpool minggu lalu. Awal pagi esok, Giggs sudah bersedia diturunkan dalam kesebelasan utama United untuk menghadapi Bolton Wanderers tetapi Sir Alex Ferguson tampak lebih memilih menurunkannya di Allianz Arena bagi menghadapi perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich.
Sementara itu, Wayne Rooney yang mengalami masalah lutut turut disahkan cergas dan akan dibawa Ferguson ke dalam skuad yang akan bertandang ke Stadium Reebok awal pagi nanti. Rooney yang lihat terhincut-hincut selepas perlawanan menentang Liverpool Ahad lalu kemungkinan tidak akan bermula dalam kesebelasan utama ketika menentang Bolton nanti. Ferguson pastinya tidak akan memperjudikan tahap kecergasan Rooney memandangkan tiga hari selepas itu, United akan berhadapan pula dengan Bayern Munich untuk perlawanan suku akhir pusingan pertama Liga Juara-Juara. Jika Rooney tidak diturunkan, Ferguson mungkin menggunakan formasi sama ketika menentang Liverpool dengan meletakkan Dimitar Berbatov berseorangan di hadapan sambil dibantu Nani. Bahagian tengah pastinya tidak banyak berubah dan Ferguson mungkin meletakkan kepercayaan kepada Luis Antonio Valencia, Darren Fletcher, Paul Scholes atau Michael Carrick dan Park Ji-Sung. Benteng United pastinya akan terus diterajui gandingan Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic sambil diapit Patrice Evra dan Rafael da Silva.
24 Mac 2010
BIMBANG CEDERA, ROONEY DIREHATKAN
Penggempur Manchester United, Wayne Rooney kemungkinan besar akan direhatkan dari aksi Liga Perdana Inggeris hujung minggu ini. United akan menentang Bolton Wanderers di Stadium Reebok dan pastinya akan berusaha mempertahankan kelebihan mereka di tangga teratas biarpun tanpa kelibat Rooney. Langkah merehatkan Rooney terpaksa dilakukan bagi mengelakkan kecederaan lebih serius selepas penyerang England itu dilihat berjalan terhencut-hencut sebaik tamat perlawanan menentang Liverpool di Old Trafford, Ahad lalu. Pasukan perubatan United pada mulanya menjangka kecederaan lutut yang dialami Rooney ketika mewakili England bulan lalu kembali menghantui penyerang itu. Walau bagaimanapun pemeriksaan susulan mendapati tiada masalah serius pada lutut Rooney tetapi Sir Alex Ferguson dijangka merehatkan ayam tambatannya itu hujung minggu ini bagi memberikan tumpuan kepada aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 31 Mac dan aksi penting Liga Perdana menentang Chelsea pada 3 April nanti.
23 Mac 2010
KEANE: ARSENAL PENCABAR UTAMA UNITED, BUKAN CHELSEA
Bekas kapten dan lagenda Manchester United, Roy Keane menganggap ketika ini hanya Arsenal yang mampu menggugat peluang bekas pasukannya untuk muncul pasukan pertama menjuarai Liga Perdana empat musim berturut-turut dan bukannya Chelsea. Menurut Keane, Chelsea tidak memiliki semangat kental seperti yang dimiliki pemain-pemain United dan Arsenal. "Mereka (Chelsea dan Arsenal) mengatakan mereka miliki semangat untuk berjuang hingga keakhir musim tetapi apabila melihat Chelsea bermain ketika menentang Blackburn, saya tidak yakin tentang perkara itu. Saya fikir ancaman terbesar untuk United ialah Arsenal", kata Keane. Menurut Keane, Arsenal mampu menghalang misi United menjuarai Liga Perdana musim ini tetapi semua bergantung kepada perlawanan mereka menentang Barcelona dalam peringkat suku akhir Liga Juara-Juara.
"Saya fikir semuanya bergantung kepada bagaimana persiapan Arsenal dari segi mental dan fizikal ketika menentang Barcelona nanti. Liga Juara-Juara akan menganggu tumpuan mereka dan ini merupakan ujian terbesar bagi mereka. Jika mereka hanya bersaing untuk Liga Perdana, saya pasti akan mempertaruhkan semua wang saya untuk mereka tetapi dengan adanya Liga Juara-Juara, kita lihat saja bagaimana reaksi mereka ", tambah Keane lagi. Keane percaya United akan menang kesemua baki tujuh perlawanan mereka selepas ini. Bekas kapten United itu berkata, "Tak perlu diragukan lagi Manchester United mampu menang kesemua baki perlawanan mereka hingga akhir musim. Mereka kelihatan segar, memiliki keseimbangan, pengalaman dan pemain-pemain yang hebat". Keane ketika ini melatih Ipswich Town yang beraksi di Liga Kejuaraan.
"Saya fikir semuanya bergantung kepada bagaimana persiapan Arsenal dari segi mental dan fizikal ketika menentang Barcelona nanti. Liga Juara-Juara akan menganggu tumpuan mereka dan ini merupakan ujian terbesar bagi mereka. Jika mereka hanya bersaing untuk Liga Perdana, saya pasti akan mempertaruhkan semua wang saya untuk mereka tetapi dengan adanya Liga Juara-Juara, kita lihat saja bagaimana reaksi mereka ", tambah Keane lagi. Keane percaya United akan menang kesemua baki tujuh perlawanan mereka selepas ini. Bekas kapten United itu berkata, "Tak perlu diragukan lagi Manchester United mampu menang kesemua baki perlawanan mereka hingga akhir musim. Mereka kelihatan segar, memiliki keseimbangan, pengalaman dan pemain-pemain yang hebat". Keane ketika ini melatih Ipswich Town yang beraksi di Liga Kejuaraan.
22 Mac 2010
UNITED BERJAYA ATASI SAINGAN LIVERPOOL
Manchester United berjaya mengatasi saingan sengit Liverpool untuk kembali menerajui takhta liga selepas mencatat kemenangan 2-1 di Old Trafford sebentar tadi. Gol kemenangan United dijaringkan pemain antarabangsa Korea Selatan, Park Ji Sung berjaya membawa United meraih mata berharga ke atas musuh tradisi mereka itu. Ini juga merupakan kemenangan pertama United ke atas Liverpool dalam empat pertemuan terakhir mereka sekaligus menebus kehampaan musim lalu selepas mereka tewas kepada The Reds 1-4 digelanggang yang sama. Diawal perlawanan, skuad bimbingan Rafael Benitez tampak akan mengulangi rentetan kemenangan mereka ke atas United selepas Fernando Torres menanduk masuk gol pendahuluan diminit ke 6. Bagaimanapun United tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Wayne Rooney diminit ke 11. Pengadil, Howard Webb tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti itu selepas Luis Antonio Valencia dikasari Javier Mascherano di dalam kawasan penalti. Mascherano turut bernasib baik apabila Webb sekadar melayangkan kad kuning kerana kekasaran itu biarpun pada awalnya tampak dia akan diperintah keluar padang. Kedudukan kekal terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, United menguasai permainan dengan lawan tampak tertekan dan dipaksa bertahan di kawasan sendiri. Walau bagaimanapun United gagal mencipta sebarang peluang terbaik untuk menambah gol dengan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati. Selepas lebih banyak menguasai permainan, United akhirnya memperolehi gol yang dicari-cari diminit ke 60 apabila Ji-Sung berjaya menanduk masuk hantaran Darren Fletcher dari sebelah kanan. Selepas gol itu, tempo permainan menjadi agak keras dan lawan membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Alberto Aquilani dan Ryan Babel bagi memberi suntikan baru kepada barisan tengah dan serangan mereka. Untuk seketika, kehadiran Aquilani dan Babel berjaya mengubah tempo permainan lawan tetapi benteng United yang diterajui Rio Ferdinand dan Nemanja Vidic ternyata terlalu ampuh untuk ditembusi. Liverpool memperolehi peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan diminit ke 89 melalui pemain gantian mereka, Yossi Benayoun tetapi tandukan lemah pemain antarabangsa Israel itu terus kedakapan Edwin Van der Sar. Tambahan masa selama 5 minit yang diberikan pegawai perlawanan tidak cukup bagi Liverpool untuk mencari gol penyamaan dan kekalahan ini mengancam peluang mereka untuk mencuri slot terakhir ke Liga Juara-Juara musim depan.
Langgan:
Catatan (Atom)