Ketiadaan Wayne Rooney dalam kesebelasan utama Manchester United di Anfield semalam pastinya meninggalkan bukan sedikit tandatanya baik dari penyokong lawan mahupun United sendiri. Sir Alex Ferguson sekadar meletakkan Rooney di bangku simpanan United bersama Javier Hernandez, sebaliknya menggunakan kombinasi `pelik' di bahagian serangan dalam perlawanan dua seteru tradisi itu. Ryan Giggs dan Danny Welbeck digunakan Ferguson sebagai penggempur utama hampir sepanjang perlawanan hinggalah Rooney dan Hernandez dibawa masuk pada penghujung perlawanan. Menjawab persoalan dari ramai pihak mengapa penjaring terbanyak liga setakat ini sekadar diletakkan di bangku simpanan dalam perlawanan yang dianggap besar seperti ini, Ferguson akhirnya mengatakan mental Rooney tidak bersedia untuk perlawanan ini. Selepas digantung tiga perlawanan oleh UEFA kerana kekasaran ketika perlawanan kelayakan Euro 2012 antara England dan Montenegro, Ferguson menganggap mental Rooney berada pada tahap terburuk. "Mental Rooney hancur kerana hukuman gantung tiga perlawanan yang dijatuhkan oleh UEFA", kata Fergie. "Ini merupakan minggu yang buruk buatnya dan memandangkan emosinya berada pada tahap rendah, adalah lebih baik dia diletakkan di bangku simpanan", tambah Fergie lagi. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan