Sir Alex Ferguson membawa pasukannya ke Bucharest bagi misi memburu kemenangan pertama dalam saingan Kumpulan C, Liga Juara-Juara dengan seribu tandatanya. United yang dijadualkan berdepan juara Romania, Otelul Galati awal pagi esok tiba di Bucharest semalam, namun Ferguson mengakui bertemu pasukan penuh misteri seperti Galati amat meresahkannya. "Saya tidak tahu Galati berada dimana dan saya juga tidak pasti jika mereka menukar nama seperti kebanyakkan kelab Eropah yang lain. Apa yang pasti saya tidak pernah mendengar nama pasukan itu", kata Ferguson. Selain itu, Ferguson hanya mampu menganalisa permainan lawan menerusi rakaman video kerana tiada rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan sebelum ini. Kunjungan United ke Romania kali ini tanpa kelibat pertahanan berpengaruh mereka, Rio Ferdinand. Ferguson terpaksa menyisihkan Ferdinand dari senarai pemain kerana ingin merehatkan tonggak pertahanannya itu namun kapten pasukan, Nemanja Vidic kembali dalam pasukan selepas diketepikan sejak 13 Ogos lalu kerana masalah kecederaan. "Rio bermain dengan baik ketika menentang Liverpool namun kami mengambil keputusan untuk memberikan masa rehat untuknya. Bermain tiga perlawanan dalam tempoh tujuh hari amat berisiko untuknya tetapi kami akan memperolehi kembali khidmat Vidic".
Di gawang pasukan, Ferguson mungkin memilih David de Gea yang mempamerkan aksi cemerlang ketika bertemu Liverpool berbanding Anders Lindegaard. Selepas melakukan beberapa kesilapan diawal kemunculannya bersama United, de Gea kini dilihat semakin matang selepas melalui beberapa ujian getir, sesuatu yang jarang berlaku terhadap pemain muda sepertinya. Disamping mahu mencari kemenangan pertama dalam kempen Eropah mereka, Ferguson juga perlu bijak melakukan penggiliran pemain kerana mereka juga akan berdepan ujian getir di liga domestik hujung minggu ini. United akan bertemu jiran mereka yang juga pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Old Trafford Ahad ini. Untuk itu, Ferguson mungkin akan menggunakan Patrice Evra, Nemanja Vidic, Jonny Evans dan Chris Smalling di bahagian pertahanan manakala Antonio Valencia, Park Ji-Sung, Nani dan Darren Fletcher di bahagian tengah. Di bahagian serangan pula, kelibat Wayne Rooney dan Javier Hernandez yang hanya diturunkan selama 20 minit ketika pertemuan dengan Liverpool tempohari pasti akan digunakan sepenuhnya oleh Ferguson dalam perlawanan ini. Selepas sekadar mengutip dua mata dalam dua perlawanan awal mereka, United tiada pilihan lain selain meletakkan misi mencapai tiga mata penuh dalam perlawanan ini. Evra menjadi satu-satunya pemain United yang pernah beraksi di National Arena dan pengalamannya bersama pasukan Perancis menentang Romania di sini dalam kelayakan Euro 2012 mungkin sedikit berguna untuk perlawanan awal pagi esok. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan