Sir Alex Ferguson memulakan rancangan membentuk skuad masa depannya apabila diberitakan meletakkan sasaran untuk mendapatkan pemain muda Belanda dan juga PSV Eindhoven, Jetro Willems. Ferguson bercadang membentuk Willems yang baru berusia 17 tahun sebagai pelapis dan pengganti kepada Patrice Evra yang kini sudahpun menjangkau usia 30 tahun. Willems sebenarnya baru menyertai Eindhoven dari Sparta Rotterdam Ogos lalu namun Ferguson sudah pun menetapkan sasaran inilah masa terbaik untuknya mendapatkan khidmat pemain muda tersebut. Selain minat yang ditunjukkan Ferguson, beberapa kelab pesaing United di Liga Perdana dikhabarkan turut berjaya menghidu potensi besar yang ada pada diri Willems. Ferguson dikatakan telahpun menghantar seorang pencari bakat ke Belanda untuk memantau prestasi Willems bersama Eindhoven di Eredivisie. Menyedari beliau (Ferguson) mempunyai pemain pelapis yang agak terhad untuk menggantikan Evra satu hari nanti, kemungkinan untuk Willems menjejakkan kakinya ke Old Trafford dilihat agak besar. Selain faktor harga yang masih rendah, Willems juga boleh digunakan United untuk menghadapi saingan di Liga Europa. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan