Manchester United meneruskan momentum kemenangan besar mereka menjelang permulaan tahun baru apabila berjaya menewaskan Wigan Athletic 5-0. Dimitar Berbatov muncul wira apabila hatriknya memastikan United terus memberi tekanan kepada pendahulu ketika ini, Manchester City yang sekadar mencatat keputusan seri 0-0 dengan West Bromwich Albion di The Hawthorns. Park Ji-Sung menjaringkan gol pendahuluan buat United seawal minit ke-8 apabila bijak menyudahkan hantaran Patrice Evra di dalam petak penalti. Tugas pelawat untuk mencari gol penyamaan semakin sukar apabila penyerang mereka Connor Sammon dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Phil Dowd kerana menyiku Michael Carrick diminit ke-40. Selang seminit selepas itu, Bebatov menjaringkan gol kedua United hasil gerakan Darron Gibson. Bersambung di babak kedua, United semakin selesa di depan apabila Berbatov menjaringkan gol peribadi keduanya dalam perlawanan ini di minit ke-58 dan selepas itu giliran Luis Antonio Valencia pula memaksa Ali Al-Habsi mengutip bola di gawang sendiri buat kali keempat. Diminit ke-78, Berbatov melengkapkan hatriknya dalam perlawanan ini hasil sepakan penalti selepas Ji-Sung dikasari Antolin Alcaraz. Kemenangan bergaya ini juga menyaksikan barisan The Red Devils berjaya membolosi gawang lawan sebanyak 16 kali dari empat perlawanan terakhir mereka sekaligus berkongsi mata dengan Manchester City di tangga teratas. United dan City terikat 45 mata tetapi skuad bimbingan Roberto Mancini itu yang sekadar mengutip satu mata di The Hawthorns kekal sebagai pendahulu liga dengan perbezaan jaringan. Kekalahan ini juga menyaksikan rekod buruk Wigan ketika berdepan United berpanjangan kepada 14 perlawanan dan mereka juga gagal menjaringkan sebarang gol di Old Trafford sejak kali terakhir Leighton Baines melakukannya lima tahun lalu. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan